Skip to main content

Posts

LANJUT BEACH & GOLF RESORT Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort terletak di Kuala Rompin antara sempadan Johor-Pahang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Resort ini terletak di tengah persekitaran hijau terbaik dengan hutan hujan tropika di Taman Negara Endau Rompin, yang berusia kira-kira 130 juta tahun. Resort amat sesuai untuk buat hari keluarga kerana mempunyai banyak bilik, 2 kolam renang yang besar, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk orang dewasa. Resort ini juga berada di tepi pantai yang panjang dan sesuai untuk diadakan sukaneka , team building dan aktitviti kekeluargaan. Disini kita dapat menikmati ketenangan disebabkan ia jauh dari kesibukan kehidupan kota. Resort ini juga menyediakan kemudahan bagi pengemar golf di Kelab Golf Lanjut, padang yang hijau yang subur. Susun atur lapangan golf 18 lubang disusun berdasarkan keindahan semula jadi hutan hujan tropika, dan memberikan ujian kemahiran dan penilaian sebenar bagi pemain golf dari semua peringkat. LINK Home SanaSini

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Condong adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan. Binaannya mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Hasrat kami untuk melawat menara ini tercapai juga pada akhirnya dan mengambil beberapa keping gambar di menara ini. LINK Home SanaSini

INFO KESIHATAN : MICROSLEEP

Badan penat selepas seharian bekerja, mengantuk dan tidak cukup tidur sebelum memulakan pemanduan jarak jauh adalah punca utama kepada microsleep.  Anda tidak digalakkan memandu jika kepenatan. Sentiasa ingat orang yang kita sayang. Berehatlah dahulu. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia LINK Home Library Info Kesihatan

INFO KESIHATAN : TOKSIK DARI KEPALA HINGGA KE KAKI

Sumber : FB Viral LINK Home Library Info Kesihatan

RESEPI : PUDING BUAH NAGA

Resipi ini diubahsuai dari youtube mengikut citarasa saya. Resipi juga telah banyak diviralkan dalam media sosial. Selamat mencuba. BAHAN-BAHAN    20 gram agar-agar bertali  Sebiji buah naga  800 ml air 1 cawan gula kastor 1 tin susu kremer sejat FN 350g CARA-CARA PEMBUATANNYA  Agar-agar dipotong dan direndam beberapa minit.  Buah naga dipotong kecil.  Panas kuali dengan air dan masukkan agar-agar  Apabila agar-agar telah larut, masukkan gula kastor kemudian susu cair.  Apabila campuran tersebut telah mendidih, masukkan buah naga.  Panaskan sehingga campuran itu kelihatan sedikit kepekatan.  Tutup api dan masukkan campuran tersebut dalam loyang yang sesuai.  Sejuk sebentar, kemudian masuk ke dalam peti ais. Kemudian boleh dihidangkan. Sumber : Sloppy Kitchen

RESIPI : KUIH KASWI

BAHAN-BAHAN : Bahan-bahan untuk A : 1 cawan gula merah 1 cawan gula putih 2 cawan air 1 helai daun pandan Bahan-bahan untuk B : 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi kayu 3 cawan air 2 sudu besar bancuhan air kapur Bahan-bahan untuk C : 1 biji kelapa parut sedikit garam Cara Penyediaan : Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit. Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong. Tips : Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih. Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan. Sumber : Resipi Che Nom