Skip to main content

Posts

MELBOURNE Day 3 : Great Ocean Road Coastal Road Trip

AKTIVITI HARI KETIGA Aktiviti hari ketiga, perjalanan ke Great Ocean Road (GOR). SARAPAN PAGI DI BOREKS BAKEHOUSE Boreks Bakehouse terletak di Elizabeth Street, CBD, Melbourne berdekatan dengan Queen Victoria Market. Borek adalah perkataan umum Turki untuk pastri berinti dan dicipta di Wilayah-wilayah Anatolia zaman Empayar Uthmaniyyah. Borek Bakehouse menghidangkan makanan, roti dan pencuci mulut resepi negara Turki dan Timur Tengah. Ia terkenal dengan jualan makanan secara takeaway, yang paling istimewa harganya murah. Kafe ini dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. ALBANIAN MOSQUE @ NORTH CARLTON Dalam perjalanan kami ke GOR, kami singgah sebentar di Masjid Albania. Masjid Albania juga dikenali sebagai masjid Albanian Australian Islamic Society. Ia dibina dalam tahun 1969. Masjid ini terletak di Drummond Street, Carlton North iaitu 3 km dari Stesen Royal Park dan 4 km dari stesen Rushall. Masjid ini boleh menampung 200 jemaah dalam satu masa. Masalah bagi masj...

MELBOURNE Day 2 : Phillip Island Eco Tour

AKTIVITI HARI KEDUA Bersiap-siap sedia di awal pagi untuk lawatan hari kedua ke Pulau Philip. Bergambar dulu di sekitar hotel sementara menunggu pemandu pelancongan kami sampai. Kampus Cawangan Universiti Monash terletak bersebelahan hotel kami. SARAPAN PAGI DI SAHARA CAFE Kebanyakan kedai makanan di Melbourne buka jam 10.00 pagi. Berpusing-pusing juga kami untuk mencari kedai makanan halal yang telah berniaga. Kebanyakan kedai makanan halal terletak di Jalan Sydney kawasan Brunswick yang diusahakan oleh peniaga dari Timur Tengah dan Asia. Pagi ini bersarapan di Sahara Cafe di Jalan Sydney, sebuah kafe yang menyediakan makanan halal seperti pizza,gourmet pizza, kebab dan pelbagai pilihan kek. Kami cuba Roti Bakar bersama Tuna dan English Tea. FEEDING THE PELICAN - SAN REMO Pada asalnya San Remo merupakan sebuah perkampungan nelayan, tetapi kini ekonomi San Remo lebih banyak berasaskan aktiviti pelancongan. Ia terletak di hujung barat Semenanjung Anderson, iaitu kira-kir...