Skip to main content

MELBOURNE Day 3 : Great Ocean Road Coastal Road Trip

AKTIVITI HARI KETIGA


Aktiviti hari ketiga, perjalanan ke Great Ocean Road (GOR).

SARAPAN PAGI DI BOREKS BAKEHOUSE

Boreks Bakehouse terletak di Elizabeth Street, CBD, Melbourne berdekatan dengan Queen Victoria Market. Borek adalah perkataan umum Turki untuk pastri berinti dan dicipta di Wilayah-wilayah Anatolia zaman Empayar Uthmaniyyah.

Borek Bakehouse menghidangkan makanan, roti dan pencuci mulut resepi negara Turki dan Timur Tengah. Ia terkenal dengan jualan makanan secara takeaway, yang paling istimewa harganya murah. Kafe ini dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

ALBANIAN MOSQUE @ NORTH CARLTON

Dalam perjalanan kami ke GOR, kami singgah sebentar di Masjid Albania. Masjid Albania juga dikenali sebagai masjid Albanian Australian Islamic Society. Ia dibina dalam tahun 1969. Masjid ini terletak di Drummond Street, Carlton North iaitu 3 km dari Stesen Royal Park dan 4 km dari stesen Rushall. Masjid ini boleh menampung 200 jemaah dalam satu masa. Masalah bagi masjid ini kesediaan parkir kerana masjid ini terletak dalam kawasan kediaman.

THE GREAT OCEAN ROAD (GOR)

The Great Ocean Road salah satu tempat yang tersenarai dalam Warisan Negara Australia. Ia merupakan salah satu laluan di dunia yang paling indah dengan jarak perjalannya sejauh 243 km sepanjang garis pantai tenggara Australia atau barat daya Victoria. Ia bermula daripada bandar Torquay hingga ke Allansford. Jalan ini dibina oleh tentera Australia sekitar tahun 1919 hingga tahun 1932.

GOR merupakan tempat yang paling terkenal hebat dan keajaiban alam semulajadi. Memandu sambil kecapi pemandangan panorama yang menakjubkan di sepanjang puncak tebing sehingga tanjung, turun ke tepi pantai, di muara sungai dan melalui hutan hujan yang subur.

Di samping melalui rupa bumi yang cantik dan menakjubkan di sepanjang pantai, terdapat juga beberapa bandar-bandar besar dan tempat-tempat menarik sepanjang Great Ocean Road seperti Torquay, Lorne, Kennett River, Apollo Bay dan Port Campbell.

Berhenti sebentar di pintu gerbang GOR.

AIREYS INLET LIGHTHOUSE

Rumah Api ini terletak di Aireys Inlet, tidak jauh dari Great Ocean Road. Pada asalnya dipanggil Eagles Nest Point, rumah api ini dibina pada tahun 1891 dan ia masih menggunakan kanta Fresnel asal buatan British. Pada tahun 1919 ia mula beroperasi secara automatik.

Semasa kami singgah disini, tiupan angin begitu kuat sehingga sukar kami untuk mengambil gambar.

Separuh jalan perjalanan Great Ocean Road, kita bertemu Apollo Bay dikelilingi oleh bukit-bukau hijau dan lautan,sering digambarkan sebagai tempat pertemuan bukit dengan laut.

Bandar Apollo Bay pernah menjadi kampung nelayan suatu ketika dahulu, tetapi kini merupakan bandar tepi pantai sederhana dengan banyak kafe dan restoran. Apollo Bay adalah destinasi percutian yang meriah semasa musim panas.

Kami singgah sebentar untuk solat jamak kemudian bersiar-siar di kawasan bandar ini.

12 APOSTLES

Kami menerusikan perjalanan ke 12 Apostles yang terletak di sebelah barat Melbourne iaitu kira-kira 275 km dari bandar Melbourne. 12 Apostles ini juga berada berdekatan dengan susunan tanah dan batu lain yang terkenal dan indah seperti Steps Gibson, Loch Ard Gorge, London Arch dan Grotto.

Mengikut pengiraan sekarang jumlah sebentar apostles adalah lapan sahaja. Disini telah disediakan lorong dan laluan berjalan kaki untuk kemudahan pengunjung mendapat pot yang sesuai untuk melihat keindahan apostles dan boleh turun ke pantai.

LOCH ARD GEORGE

Mengikut sejarah nama Loch Ard Gorge diambil ekoran selepas kapal Inggeris Loch Ard yang malang terkandas di berdekatan Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878, setelah ia belayar hampir tiga bulan dari England ke Melbourne. Kapal tersebut tenggelam bersama-sama dengan semua penumpang dan anak kapal kecuali dua orang yang terselamat. Mereka berdua ini mendarat dan mendapat perlindungan di tempat kini dikenali sebagai Loch Ard Gorge.

PORT CAMPBELL

Merupa bandar atau tempat terakhir yang kami singgah. Bandar ini menjadi tertarik untuk pelancong kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Taman Negara Port Campbell, damparan kepada 12 Apostles dan menjadi mercu tanda bandar Great Ocean Road.

Kami tiba sudah Maghrib, jadi kami pusing-pusing melihat bandar dari dalam van sahaja.

MAKAN MALAM - KEBAB LAGI

Hari ini lagi lewat kami tiba di bandar, dekat pukul 1.00 pagi. Apa lagi kami terus menuju ke Kafe Hall Town Kebab Fish n Chips.

Pulang ke hotel, tamat aktiviti hari ketiga.

ATURCARA PERJALANAN

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...