AKTIVITI HARI KEEMPAT
Aktviti hari ini, kami ke Dandenong Ranges.
SARAPAN PAGI
Kami membeli roti Turki di Boreks Bakehouse, tempat sarapan pagi kami semalam. Kami beli bungkus, takeaway, kami makan dalam van.
Kali ini perkena kopi panas. Beraneka kopi ada dijual disini.
DANDENONG RANGE
The Dandenong Ranges merupakan satu banjarang pergunungan rendah terletak kira-kira 35 km timur Melbourne, Victoria, Australia. Ia terdiri daripada bukit-bukau, lembah curam dan diliputi hutan hujan beriklim sederhana tebal, terutamanya pokok Mountain Ash.
Dandenong Ranges merupakan kawasan yang nyaman untuk berbasikal meredah belukar dengan laluan yang luas melalui tumbuh-tumbuhan yang subur. Dari puncak Gunung Dandenong, kita boleh melihat pemandangan panorama bandar , terdapat juga penempatan-penempatan yang menarik di sekitarnya yang menawarkan penginapan, galeri, kedai dan taman-taman yang indah. Perkhidmatan keretapi wap bersejarah, he Puffing Billy, perjalanan antara Belgrade dan Gembrook, sambil menikmati pemandangan yang indah di sekitarnya.
Trestle Bridge adalah sebatang jambatan kayu dengan 15 rentang sangat terkenal dalam perkhidmatan Puffing Billy Train. Kini diklasifikasikan oleh National Trust of Victoria. Ia berukuran 91.4m (300 kaki) panjang dan 12.8m (42 kaki) tinggi.
PUFFING BILLY STEAM TRAIN RIDE
The Puffing Billy Train adalah sebuah keretapi wap yang bersejarah yang dibaik-pulih untuk tujuan tarikan pelancong. Perkhidmatan ini bermula dari Stesen Belgrave ke Stesen Lakeside dan/atau ke Gembrook.
Kami membeli tiket untuk perjalanan sehala dari Stesen Belgrave ke Stesen Lakeside. Ada dua stesen keretapi ini berhenti untuk menurunkan penumpang dan mengambil menumpang sebelum berhenti di Stesen Lakeside iaitu Stesen Menzies dan Stesen Emerald
Belgrave Station
1 Old Monbulk Road, Belgrave, VIC 3160
Stesen ini adalah ibu pejabat Keretapi. Di stesen terdapat kedai kopi, kedai cenderamata, makanan dan minuman. Kebanyakan pelancong akan memulakan perjalanan dari stesen ini. Kebanyakan keretapi Puffing Billy mula perjalanan mereka dari sini.
Menzies Creek Station
Menzies Creek Station is located in School Road, Menzies Creek, VIC 3159
Menzies Creek merupakan hentian pertama selepas Belgrave dan destinasi untuk pelbagai kumpulan. Keretapi pelancongan dalam arah yang bertentangan sering 'cross' di sini. Hanya di stesen Menzies Creek, anda boleh melihat kereta api berselisih.
Emerald Station
Bangunan stesen adalah satu-satunya bangunan stesen asal yang masih utuh.
Terdapat sebuah sekolah rendah di tepi laluan dalam perjalanan ke Lakeside.
Lakeside Station
Stesen Lakeside adalah destinasi yang sesuai untuk keluarga. Stesen ini terletak di dalam Emerald Lake Park, Stesen Lakeside adalah titik pertengahan untuk Stesen Gembrook. Stesen Lakeside ini 13.2km (8.25 batu) daripada Stesen Belgrave. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Stesen Belgrave.
Keretapi biasanya berhenti seketika di sini untuk anak-anak kapal untuk mengisi tangki air lokomotif.
Destinasi terakhir kami menggunakan perkhidmatan Puffing Billy Train.
GRANT SHEERBROOKE - BIRD FEEDING
Terletak megah di pinggir Sherbrooke Forest, antara bukit Banjaran Dandenong.
Disini terdapat banyak jenis burung terutama burung Kakak Tua. Burung-burung jinak-jinak Merpati. Kita boleh beri makan secara dekat.
MT DANDENONG SKYHIGH
Sky High merupakan satu tempat di atas bukit Dandenon di mana dari tempat ini kita boleh melihat seluruh bandar Melbourne dan Port Phillip Bay serta melihat keindahan cahaya lampu-lampu di bandar Melbourne pada waktu senja.
MASJID HALLAM
Dari Dandenong Ranges pulang ke Pusat Bandar, kami singgah di Masjid Hallam untuk solat Jamak. Masjid ini terletak di 131-133 Belgrave-Hallam Road, Narre Warren North, Victoria 3175. Masjid ini diurus oleh Islamic Education and Walfare Association of Dandenong (IEWAD).
Masjid ini dibina pada tahun 1985 yang diusahakan dan dibiayai pembinaannya oleh sekumpulan masyarakat Islam dari kawasan Kishava. Perancanagn pembinaan masjid ini telah bermula sejak tahun 1970-an lagi.
BRIGHTON BEACH
Pantai Brighton merupakan destinasi tepi pantai pilihan di Melbourne. Brighton terletak di Dendy Street Beach di City of Bayside iaitu 17 km ke Port Phillip Bay.
Disini terdapat deretan kotak yang seragam tersusun cantik, merupakan tanda atau ikon pantai Brighton. Semua kotak ini mengekalkan ciri-ciri senibina Victorian klasik dengan kerangka kayu, weatherboards dan bumbung beratap zink, Ia dicat dengan pelbagai warna dan corak berwarna-warni menjadi tarikan pelancong.
Kotak-kotak kayu ini merupakan tempat mandi bagi pengunjung pantai setelah bermandi-manda dan membuat aktiviti pantai.
ST KILDA
St Kilda terletak di pinggir bandar Melbourne, 6 km tenggara Pusat Bandar Melbourne.
MAKAN TENGAHARI
Singgah di Restoran Indonesia, Blok M Express yang terletak di 380 Lt Bourke St, Melbourne, VIC, 3004.
Makan tengahari dah lewat petang. Kami cuba Nasi Ayam Penyek dengan Gado-gado.
EUREKA SKYDECK 88
Eureka Skydeck 88 merupakan dek platform pemerhatian yang tinggi terletak di tingkat 88, Menara Eureka, Bright St, Southbank. Ia juga merupakan dek peninjau awam yang paling tinggi di dalam sebuah bangunan di Hemisfera Selatan iaitu 285 m (935 kaki).
Melangkah ke dalam Skydeck, pengunjung disajikan dengan pemandangan 360 darjah bandar Melbourne dan sekitarnya. Pada hari yang cerah, kita dapat melihat sejauh 75 kilometer dalam setiap sudut. Ini merupakan Melbourne Sightseeing pada yang terbaik.
- The Edge
Salah satu keistimewaan di sini terdapat satu kiub kaca 'The Edge' berukuran 3m (10 kaki) bergerak keluar dari bangunan. Jika kita berada di dalamnya, kita seolah-olah digantung.
- The Walk Experience
Ia yang memberikan pelawat ilusi bahawa mereka menyeberangi atas tali tegang digantung tinggi di atas kota Melbourne.
PASAR MALAM QUEEN VICTORIA MARKET
Pasar Malam ini diadakan pada setiap malam hari Rabu. Kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan. Ada juga beberapa gerai yang menjual cenderhati, t-shirt dan keperluan lain.
Malam ini juga ada persembahan band kugiran tempatan. Boleh tahan juga jumlah penonton.
Pekena Air Kelapa Muda.
POSSUM
Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa melihat possum iaitu sejenis spesis tupai yang tinggal di celah-celah pokok di taman.
Possum ini bersaiz kucing tempatan dengan muka yang tajam, telinga bujur panjang, hidung merah jambu dan ekor hitam lebat.
ATURCARA PERJALANAN
- 13 Mac 2016 Day 1: Airport Pickup dan Melbourne City Tour
- 14 Mac 2016 Day 2: Phillip Island Eco Tour
- 15 Mac 2016 Day 3: Great Ocean Road Coastal Road Trip
- 16 Mac 2016 Day 4: Dandenong Ranges
- 17 Mac 2016 Day 5: Free and Easy (Airport Drop)
LINK
Comments