12 Mac 2016, lebih kurang jam 6.00 petang, kami bertolak dari rumah kediaman ke KLIA2 untuk menaiki kapalterbang ke Melbourne yang dijadualkan pada 10.30 malam. Kami menggunakan perkhidmatan AirAsia X yang ditempah pada awal bulan Februari. Perjalanan KLIA2 ke Melbourne mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan dan kami selamat sampai ke Airport Melbourne kira-kira jam 9.30 pagi waktu Melbourne. Waktu Melbourne adalah 3 jam awal dari waktu Malaysia.
Lapangan Terbang Melbourne merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Australia, dan juga terkenal sebagai Lapangan Terbang Tullamarine, kerana ia terletak bersebelahan dengan pinggir bandar Tullamarine. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 23 km, atau 14 batu dari pusat bandar Melbourne.
Hampir satu jam kami beratur untuk melepasi imigeren dan kastam Melbourne, perkhidmatan sangat lembap jika dibanding dengan perkhidmatan imigresen dan kastam di Malaysia.
Kami dijemput oleh wakil agen pelancongan kemudian ke restoran untuk menikmati sarapan pagi. Kami singgah di A1 Bakery, sebuah restoran yang diusahakan oleh keluarga dari Lebanon yang menyediakan pelbagai pie dan pizza.
Selepas sarapan, kami dibawa ke hotel penginapan kami sepanjang tinggal di Melbourne.
Selepas check-in dan solat jamak, kami dibawa melawat bandar Melbourne.
Tiga tempat yang sempat kami lawati
• Queen Victoria Market
Queen Victoria Market merupakan salah satu daripada pasar terbuka terbesar di Melbourne. Ia juga dikenali sebagai Vic Markets. Pasar ini terletak di sudut Jalan Victoria dan Jalan Elizabeth di Melbourne.
Vic Markets adalah satu tarikan pelancong utama dan terkenal. Pasar ini menawarkan segala-galanya daripada keluaran ladang segar menghasilkan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging makanan laut dan produk ayam, pelbagai kedai cenderahati dan hadiah, kedai alat elektronik yang diimport, mainan, t-shirt, pakaian, barangan komputer dan lain-lain.
• Shrine of Remembrance
Shrine of Remembrance, terletak di Kings Domain dekat dengan Jalan St Kilda, Melbourne, Australia. Ia dibina sebagai peringatan kepada penduduk Victoria yang berkhidmat dalam Perang Dunia I dan kini merupakan peringatan kepada semua warga Australia yang telah berkhidmat dalam peperangan. Ia a merupakan salah satu memorial perang terbesar di Australia.
• DFO - Direct Factory Outlet
Direct Factory Outlet terdapat pelbagai kedai yang menjual barang, pakaian, beg, barang kemas dan peralatan dapur yang berjenama di bawah satu bumbung, seperti Cotton On, Country Road, Diana Ferrari, Guess, Industrie, Jacqui E, Just Jeans, Portmans dan Witchery dengan tawaran hebat di South Wharf.
Disini juga terdapat medan selera, kafe dan bar jus.
Lain-lain tempat di dalam aturcara, kami hanya sempat melihat dari dalam van iaitu
• Royal Exhibition Building
Royal Exhibition Building ialah Dewan Besar dibina sebagai ruang pameran dan masih digunakan untuk tujuan itu. Siap pada 1880 untuk Pameran Antarabangsa pertama di Melbourne, Bangunan ini merupakan tapak Parlimen Australia yang pertama pada tahun 1901. Pada tahun 2004 ia menjadi bangunan pertama di Australia dijadikan senarai Warisan Dunia.
• Federation Square
Sejak dibuka pada 2002, Federation Square telah menjadi salah satu tarikan yang paling dikunjungi di Melbourne dengan lebih daripada 10 juta lawatan setahun.
• Fire Show at Crown
Lapan menara di sepanjang Melbourne Southbank menyemburkan bola api ke udara di waktu malam dalam masa lebih kurang seminit setiap selang satu jam bermula jam 10.00 malam hingga jam 1.00 pagi.
BERBASIKAL
Penduduk Melbourne gemar berbasikal, samada untuk bersenam, ke pejabat atau ke mana sahaja.
Di Melbourne juga menyediakan sewaan basikal untuk bersiar-siar di bandar. Kemudahan tempat letak basikal dan lorong khas disediakan di sini.
MAKAN MALAM DI LITTLE IPOH
Makan malam di Little Ipoh, sebuah restoran yang diusahakan oleh orang Malaysia berasal dari Perak. Ia terletak di Level 1, La Trobe St, Melbourne, Melbourne, VIC.
Sebelum pulang ke hotel, kami pusing-pusing dan pergi melihat semburan bola api di Crown.
Tamat hari pertama.
ATURCARA PERJALANAN
- 13 Mac 2016 Day 1: Airport Pickup dan Melbourne City Tour
- 14 Mac 2016 Day 2: Phillip Island Eco Tour
- 15 Mac 2016 Day 3: Great Ocean Road Coastal Road Trip
- 16 Mac 2016 Day 4: Dandenong Ranges
- 17 Mac 2016 Day 5: Free and Easy (Airport Drop)
LINK
Comments