Skip to main content

MELBOURNE Day 2 : Phillip Island Eco Tour

AKTIVITI HARI KEDUA

Bersiap-siap sedia di awal pagi untuk lawatan hari kedua ke Pulau Philip. Bergambar dulu di sekitar hotel sementara menunggu pemandu pelancongan kami sampai.

Kampus Cawangan Universiti Monash terletak bersebelahan hotel kami.

SARAPAN PAGI DI SAHARA CAFE

Kebanyakan kedai makanan di Melbourne buka jam 10.00 pagi. Berpusing-pusing juga kami untuk mencari kedai makanan halal yang telah berniaga. Kebanyakan kedai makanan halal terletak di Jalan Sydney kawasan Brunswick yang diusahakan oleh peniaga dari Timur Tengah dan Asia.

Pagi ini bersarapan di Sahara Cafe di Jalan Sydney, sebuah kafe yang menyediakan makanan halal seperti pizza,gourmet pizza, kebab dan pelbagai pilihan kek. Kami cuba Roti Bakar bersama Tuna dan English Tea.

FEEDING THE PELICAN - SAN REMO

Pada asalnya San Remo merupakan sebuah perkampungan nelayan, tetapi kini ekonomi San Remo lebih banyak berasaskan aktiviti pelancongan. Ia terletak di hujung barat Semenanjung Anderson, iaitu kira-kira 122 km tenggara Melbourne melalui South Gippsland Highway, dan bertentangan Newhaven di Pulau Phillip.

Pintu masuk antara San Remo dan Newhaven ke Westernport Bay dikenali sebagai "The Narrows", terdapat sebatang Jambatan West Gate Bridge yang menawarkan pemandangan yang baik ke atas bandar ini.

Kawasan di sekitar San Remo dan Pulau Phillip terkenal dengan kehadiran pelbagai burung yang cantik terutamanya burung Pelican. Pada setiap hari pada jam 11.30 pagi, acara memberi makan kepada burung Pelican diadakan di tepi pantai San Remo yang bersebelahan dengan armada penangkapan. Tetapi acara tersebut, kami tidak dapat melihat kerana kami tiba lewat sedikit di mana acara tersebut telah selesai diadakan.

PHILIP ISLAND CHOCOLATE FACTORY - PANNY'S

Di Phillip Island, lawatan pertama kami ke kilang coklat Panny's. Lokasinya lebih kurang  1 km selepas dari jambatan, kilang di sebelah kanan.

Tidak lengkap lawatan ke kilang coklat ini jika tidak melawat Pannys Amazing World of Chocolate. Disini kita boleh belajar bagaimana coklat dihasilkan, mesin-mesin interaktif, air terjun coklat antara terbesar di dunia, kedai menjual coklat dan cederahati serta kafe.

A MAZE 'N THINGS

Kemudian singgah ke A Maze'N Things. Di luar kawasan terdapat padang mini golf 19 lubang, padang permainan, ilusi limpahan air paip di atas bangunan, maze 3 dimensi dan aktiviti lasak yang mencabar.

 

Kami tidak masuk untuk melihat di dalam bangunan yang dikhabarkan terdapat Illusions Rooms, a Mirror Maze, the Rotating Room dan pelbagai perkara yang menarik dan mencabar yang perlu dilakukan.

Taman kehidupan liar ini begitu luas kira-kira 60 ekar, dan terdapat lebih 100 spesies haiwan yang berbeza di sini. DI taman ini, kita bukan sahaja boleh melihat, tetapi ada haiwan boleh kita sentuh dan memberi makanan terus kepada haiwan tersebut.

Kita boleh melihat Kanggaru dan Wallabies berkeliaran bebas di seluruh kawasan. Kita juga boleh menyuapkan makanan dan lap mereka.

Banyak spesies burung juga terdapat di taman ini dengan kedengaran pelbagai kicauan merdu mereka.

THE NOBBIES

Pusat Nobbies sebagai destinasi eko-pelancongan yang terletak di Point Grant, di hujung barat Pulau Phillip, Victoria, Australia.

Satu rangkaian laluan pejalan kaki atau pelantar di bina di luar pusat ini bertujuan untuk pelancong melihat lebih dekat menikmati permandangan menakjubkan Seal Rocks, Nobbies dan blowhole.

Setelah dikenali sebagai Seal Rocks Sea Life Centre, pusat ini diuruskan oleh Taman Alam Pulau Phillip, dan mempunyai paparan informasi dan pendidikan, kafe, kawasan permainan kanak-kanak, dan kedai cenderamati.

PENGUIN PARADE

Perarakan harian penguin kecil pulang, telah menarik pelawat dari seluruh dunia.

Penguin kecil ini bangun seawal pagi keluar untuk mencari makan dan berenang kira-kira lebih daripada 100 kilometer sehari. Peguin si kecil ini akan pulang ke sarang waktu senja. Kepulangan mereka dengan gaya tersendiri menjadi tarikan pengunjung yang sedia menunggu di tepian pantai.

Perkara yang tidak menyeronaknya tidak boleh mengambil gambar dan video ke atas peguin tersebut.

TOWN HALL KEBAB FISH AND CHIPS

Lebih kurang jam 11.00 malam kami sampai ke bandar Melbourne dari Pulau Phillip. Kebanyakan kedai makan atau kafe telah tutup. Hanya kedai kebab ini yang beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.

Seorang pekerja berasal dari Pakistan berkerja di sini. Kami pesan  untuk takeaway satu Kebab Kambing dan satu Kebab Ayam, makan di hotel.

Pulang ke hotel, tamat aktiviti hari ke-2.

ATURCARA PERJALANAN

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...