Skip to main content

Posts

Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya...

Soal Jawab HAJI (Soalan 86 dan 87)

Soalan 86 Kalau kain ihram, kena pakai yang itu sahajakah? Tidak boleh tukarkah? Jawapan Boleh tukar tetapi tukar kepada kain ihram jugalah. Bukanlah kena pakai sampai sebulan tidak bertukar atau berbasuh. Ini kotor dan memaudaratkan  kesihatan. Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram. Soalan 87 Orang ihram boleh mandi atau tidak? Jawapan Mestilah boleh mandi . Mana ada larangan ihram menyebut bahawa tidak boleh mandi. Cuma masa mandi janganlah gosok sana sini , kemudian guna pula sabun yang ada bau wangian. Guna sabun tidak salah tetapi yang ada bau wangian itu jadi masalah . Ini kerana tujuan asal penggunaan sabun bagi membersihkan bukannya berwangian. Kalau menggunakan tuala pun tidak ada salahnya. Tuala bukanlah kain yang berjahit dan bercantum. Masa mandi juga, seeloknya jangan digosok badan kuat-kuat sampai tertanggal bulu rambu t. Mandi...

MAKAN-MAKAN - Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant 13A/15A, Jalan 8/35, Seksyen 8,  43650 Bandar Baru Bangi,  Selangor Menikmati makan malam di Sri Bangi Horizan Restauran di Bandar Baru Bangi. Masakan sedap boleh cuba, harga pun boleh tahan juga.

MAKAN-MAKAN - Nasi Arab D'Arab Cafe

Restoran Nasi Arab, D’Arab Cafe Lot 3, Kompleks Anjung 7 Seksyen 7, Shah Alam Boleh try Nasi Arab di sini , nasinya best.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pada pagi 23 Mac 2015. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini. Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.  Turut ...

Soal Jawab HAJI (Soalan 84 dan 85)

Soalan 84 Apakah contoh benda harus sepanjang ihram yang selalu dibuat oleh jemaah haji? Jawapan Banyak lagi benda yang harus. Larangan ihran hanya sedikit  sahaja sesuai dengan suasana ihram itu sendiri di mana hamba menghadap Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Kalau hendak tidur, itu bukan masalah. Kalau hendak makan pelbagai hidangan pak Arab, no problem . Kalau hendak pakai tali pinggang yang besar untuk simpan duit, ok . Soalan 85 Kalau tengok larangan semasa ihram, tidak ada disebut tentang akhlak. Patutlah ramai orang suka berkelahi semasa haji. Jawapan Memanglah dalam larangan ihram, tidak disebut tentang akhlak. Sebabnya  akhlak itu sepanjang masa kena berakhlak mulia. Bukan hanya masa haji. Benda yang  dilarang semasa ihram pada asalnya adalah harus bahkan digalakkan. Potong kuku memang disuruh. Memakai wangian memang juga disuruh. Pendek kata semua larangan ihram harus sebelum ihram. Cuma ba...

Soal Jawab HAJI (Soalan 83)

Soalan 83 Boleh simpulkan larangan-larangan semasa ihram dan hikmahnya? Jawapan LARANGAN-LARANGAN SEMASA IHRAM Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Ia dapat dikategorikan kepada lima yang asas iaitu: - Pakaian - Perhiasan badan - Wangian - Seks - Alam Sekitar. Bab pakaian , perhiasan dan seks memang selalu menjadi masalah. Bab pemburuan jarang-jarang berlaku. Lagipun mana ada unta, kambing dan haiwan lain untuk diburu. Makanan sudah siap terhidang. Cuma kalau rajin pergi beli sahaja. Senang ceria, pakaian sepanjang ihram hanyalah dua helai kain putih sahaja. Kepala pun tidak boleh ditutup dengan serban, kopiah dan seumpamanya. Dalam bab pakaian , lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. Dalam bab perhiasan badan, tidak boleh menggunakan wangian, tidak boleh memotong kuku walaupun sudah panjang dan tidak boleh menghilangkan bulu sama ada melalui kaedah cukur dan cabut. Apabila wangian tidak dibolehkan, maka seks juga menjadi laranga...