SARAPAN Sarapan di The Patra Hotel. Sebelum memulakan aktiviti, bersarapan dahulu di hotel. Biasa lah nasi goreng dan roti bakar. Hari ini merupakan hari ketiga kami di Bangkok. Aktiviti kami hari ini dimulai lawatan ke perusahan batu pertama, shopping di pasar minggu Chatcuchat dan menikmat makan malam dalam cruise. Belakang tu adalah restoran tempat kami bersarapan pagi. Sebelum memulakan aktiviti, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan hotel sebagai kenangan. GEMS GALLERY Lawatan ke Kilang Batu Permata Gems Gallery. Gems Gallery mempunyai empat cawangan utama di Thailand iaitu Bangkok, Chiangmai, Phuket dan Pattaya. Setiap cawangan merupakan destinasi pelancongan yang popular dan semuanya memudahkan pelawat memilih dan memiliki permata yang indah. Tempat yang kami lawati ini berada di Bangkok yang terletak di 198/23-24 Rama 6 Rd Samsen Nai, Phaya Thai, Bangkok. Gems Gallery Bangkok dibuka pada tahun 1987 di tapak seluas 1.8 ekar (7,200 meter per...