SARAPAN PAGI DI HOTEL
Hari kedua, pagi ini dimulakan dengan bersarapan di Hotel Patra.
Akitiviti hari ini kami akan melawat Maeklong Railway Market. Untuk lawatan ini, elok datang awal pagi kerana cuaca agak sejuk sedikit dan tidak panas. Sebelum bergerak, kami mengambil gambar di hadapan hotel penginapan.
SAWAH GARAM
Dalam perjalanan ke Maeklong Railway Market, di Samut Sakhorn, satu permandangan macam bendang sawah tetapi bukan taman padi, rupanya bendang ini adalah perusahaan membuat garam. Memang unik.
Membuat garam daripada air laut merupakan industri utama di Thailand. Garam putih yang dihasilkan akan melalui pelbagai fasa pengeluaran. Air laut dipam dari teluk Thailand akan dialirkan ke dalam ladang segi empat tepat cetek yang dibentangkan oleh pemilik ladang. Air garam dibiarkan sejat dalam jangka masa tertentu. Apabila penyejatan berakhir, garam dikikis dan dimasukkan ke dalam timbunan kecil sebelum dikumpulkan oleh sepasukan pekerja yang mengangkut garam ke tepi jalan untuk diangkut oleh pengangkutan selanjutnya.
Pengeluaran terhenti untuk satu tempoh semasa musim hujan atau pengusaha dan pekerja mungkin berada dalam suasana percutian.
MAEKLONG RAILWAY MARKET
Lawatan ini hanya ingi melihat secara terus suasana pengalihan khemah dan barang jualan ketika keretapi melintasi kawasan tersebut. Kalau difikirkan tiada apa yang istimewa tetapi suasana ini telah menjadi tarikan pelancong di Bangkok. Pengunjung ke sini semata-mat ingin melihat suasana tersebut selain membeli-belah.
Perkhidmatan Kereta Api Maeklong akan bergerak sejauh 67 kilometer (42 batu) antara Samut Songkhram (tengah Thailand) dan Wongwian Yai, Bangkok. Laluan ini mempunyai dua bahagian iaitu Laluan Mahachai – bergerak ke timur, antara Samut Sakhon dan Wongwian Yai dan Laluan Ban Laem – bergerak antara Samut Sakhon dan Samut Songkhram.
Ia adalah salah satu kereta api paling perlahan di Thailand, dengan kelajuan purata 30 km/jam dan tiada isyarat pada laluan. Perkhidmatan laluan anatara Samut Sakhon dan Wongwian Yai sebanyak tujuh belas kali setiap hari manakala perkhidmatan laluan antara Samut Sakhon dan Samut Songkhram sebanyak empat kali sehari.
Perkhidmatan kereta api ini bermula pada tahun 1901, pada mulanya merupakan laluan pengangkutan barangan dengan 8 perhentian. Kereta api ini mengangkut hasil pertanian dan ikan ke pasar terkenal di Bangkok. Selepas berkhidmat selama bertahun-tahun dan dengan beberapa perubahan, akhirnya pada tahun 1952, perkhidmatan kereta api ini diletak di bawah kawalselia Kereta Api Negeri Thailand.
Kereta api itu menjadi destinasi pelancongan baharu kerana laluan uniknya melalui Pasar Kereta Api Maeklong yang diasaskan pada tahun 1905. Kawasan ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai pasar "umbrella pull-down" atau pasar Siang Tai ("merisikokan nyawa"), peniaga kerap mengalihkan barangan, bahagian depan kedai dan awning mereka dari laluan kereta api, ketika kereta api akan melintas. Hal seperti ini tidak hanya terjadi sekali saja dalam sehari, namun berkali-kali.
DAMOEN SADUAK FLOATING MARKET
Pasar Terapung Dameon Saduak terletak kira-kira 60 batu di barat Bangkok, di Damnoen Saduak District, Ratchaburi dan beroperasi hanya pada waktu pagi dari 7 pagi hingga 11 pagi, menjadikannya persinggahan siang yang indah yang kebanyakan pelancong meletakkan lawatan ke sini dalam senarai percutian mereka di Thailand.
Sehingga abad ke-20, orang Thai masih menyukai perkhidmatan pengangkutan sungai dan khlong (terusan). Perkhidmatan pengangkutan sungai dan khlong yang merentasi ibu kota adalah sistem pengangkutan utama di Bangkok . Dengan sebab ini, bandar Bangkok itu digelar "Venice of the Far East."
Sejak kebanyakan khlong telah diturap, pengguna mula beralih menggunakan kemudahan lebuh raya dan kereta api di ibu negara. Tetapi penduduk tempatan masih belum melepaskan kehidupan pengangkutan terusan sepenuhnya, mereka masih menggunakan Chao Phraya Express dan perkhidmatan bot lain.
Ditubuhkan atas nama khlong yang menghubungkan sungai Mae Klong dan Tha Chin, Pasar Terapung Damnoen Saduak ialah sebuah institusi pelancongan Thai yang menjalankan perniagaan (hampir) sepenuhnya di atas air. Pada dahulu, penduduk tempatan datang ke sini dengan menaiki sampan menyusuri terusan untuk membeli dan menjual menjual hasil, barangan kering, cenderahati dan makanan jalanan. Tetapi kini kebanyakannya adalah pelancong dan bukannya penduduk tempatan menaiki smapan untuk membeli baranagan.
Pasar ini terletak kira-kira 60 batu di barat Bangkok, di Damnoen Saduak District, Ratchaburi dan beroperasi setiap hari bermula seawal waktu pagi dari jam 7 pagi hingga jama 11 pagi, menjadikannya persinggahan siang yang indah yang banyak pelancong meletakkan lawatan ini dalam senarai cuti di Thailand.
Kami tidak melepaskan peluang merasa suasana menaiki sampai sambil berbelanja.
RESTORAN ISAAN
Selepas merasai menaiki sampan, kami dibawa untuk makan tengahari.
Mengikut jadual, kami sepatutnya menikmat makan tengahari di kantin Masjid Samut Songkhram dan seterusnya menunaikan solat tetapi kebetulan ada kematian yang sedang diuruskan di masjid, kami dibawa ke Restoran Isaan di kampung berdekatan.
Restoaran ini terletak di dalam kampug sedikit. Walaupun jauh ke kawasan perkampungan, kami merasaikan amat selesa kerana dapat menikmati masakan Thai dalam suasana perkampungan mereka yang nyaman.
MASJID SAMUT SONGKHRAM
Meskipun Buddha merupakan agama terbesar di Thailand, namun Islam adalah agama terbesar kedua di Negeri Gajah Putih ini, sehingga mencari masjid untuk beribadah tidak terlalu susah terutama di kawasan-kawasan penduduk Islam.
Masjid ini berdiri tegak di tengah-tengah kawasan komuniti masyarakat Muslim di Amphawa. Di sekitar masjid ini juga terdapat beberapa kedai makanan yang menjual aneka makanan halal seperti mi goreng, nasi goreng daging, dan sup daging dengan harga yang sangat murah.
Kami berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Samut Songkhram.
THE PLATINUM MALL
Shopping di The Platinum.Fashion Mall. Kalau nak shopping di Bangkok, di sini tempatnya.
Platinum Fashion Mall terletak di tengah-tengah kawasan Pratunam yang dikenali sebagai Hab Fesyen Borong Terbaik ASEAN. Pusat Beli-belah diklasifikasikan sebagai pusat beli-belah borong dan runcit yang besar untuk pakaian bergaya moden dengan lebih daripada 2,500 kedai yang menawarkan berbagai pakaian lelaki, pakaian wanita, beg, produk kulit, kasut, aksesori dan kemudahan dan utiliti yang komprehensif.
Pusat Beli Belah ini sangat popular di kalangan peniaga dan pembeli yang terdiri daripada warga tempatan dan asing.
RESTORAN CHASIAW CAFE
Makan Malam di Restoran Chansiaw Cafe, Bangkok
RAMKHAMHAENG NIGHT MARKET
Pasar malam Ramkhamhaeng dinamakan sempena Raja Ram Khamhaeng yang Agung, Raja Sukothai. Menurut sejarah, beliau ialah raja ketiga dinasti Phra Ruang, dari 1278–1298, semasa salah satu zaman yang paling berkembang dalam sejarah Tha.
Pasar Malam Ramkhamhaeng terletak di daerah Muslim Ramkhamhaeng, jauh dari kawasan membeli-belah utama di Bangkok. Ia terletak bersebelahan Universiti Ramkhamhaeng dan menawarkan pelbagai jenis makanan halal, menjadikannya syurga bagi penggemar makanan Muslim. Pasar Malam Ramkhamhaeng adalah pasar yang khusus untuk penduduk tempatan.
Ia dibuka setiap hari, bermula dari jam 15:30 petang hingga jam 22:30 malam (tutup hari Rabu), dan biasanya pengunjung akan datang pada lewat petang. Oleh kerana kedudukannya betul-betul bertentangan dengan Universiti Ramkhamhaeng, semua yang dijual di sini adalah memenuhi keperluan pelajar dengan harga berpatutan seperti lidi daging, nasi bungkus, teh susu serta pakaian dan aksesori.
Pulang ke hotel untuk penginapan. Tamat aktiviti hari kedua di Bangkok.
KLIP VIDEO
Klip video hari kedua.
LINK
Comments