SARAPAN PAGI DI HOTEL Hari kedua, pagi ini dimulakan dengan bersarapan di Hotel Patra. Akitiviti hari ini kami akan melawat Maeklong Railway Market. Untuk lawatan ini, elok datang awal pagi kerana cuaca agak sejuk sedikit dan tidak panas. Sebelum bergerak, kami mengambil gambar di hadapan hotel penginapan. SAWAH GARAM Dalam perjalanan ke Maeklong Railway Market, di Samut Sakhorn, satu permandangan macam bendang sawah tetapi bukan taman padi, rupanya bendang ini adalah perusahaan membuat garam. Memang unik. Membuat garam daripada air laut merupakan industri utama di Thailand. Garam putih yang dihasilkan akan melalui pelbagai fasa pengeluaran. Air laut dipam dari teluk Thailand akan dialirkan ke dalam ladang segi empat tepat cetek yang dibentangkan oleh pemilik ladang. Air garam dibiarkan sejat dalam jangka masa tertentu. Apabila penyejatan berakhir, garam dikikis dan dimasukkan ke dalam timbunan kecil sebelum dikumpulkan oleh sepasukan pekerja yang mengangkut garam ke tepi ...