PENGENALAN
Trip ke Bangkok selama 4 hari 3 malam bermula dari 13 Februari 2025 hingga 16 Februari 2025. Pakej ini adalah pakej berkumpulan kendalian agen pelancongan Jawahir Travel & Tours. Harga pakej yang ditawarkan adalah sebanyak RM2,290 setiap peserta, diskaun sebanyak RM100 beri kepada warga emas.
Jumlah peserta yang menyertai pakej ini adalah seramai 18 peserta termasuk seorang Tour Leader. Tour Leader yang membawa kami ialah Ustaz Mohd Fadli bin Mohd Ghani.
BANGKOK
Bangkok secara rasmi dikenali dalam bahasa Thai sebagai Krung Thep Maha Nakhon dan dalam bahasa sehari-hari sebagai Krung Thep ialah ibu kota dan bandar terpadat di Thailand. Bandar ini menduduki 1,568.7 kilometer persegi (605.7 batu persegi) di delta Sungai Chao Phraya di tengah Thailand.
Sejarah Bangkok bermula sekurang-kurangnya pada awal abad ke-15, ketika ia adalah sebuah kampung di tebing barat Sungai Chao Phraya, di bawah pemerintahan Ayutthaya.
Selepas kejatuhan Ayutthaya ke tangan Burma pada tahun 1767, Raja Taksin yang baru dinobatkan telah menubuhkan ibu kotanya di bandar itu, yang menjadi pangkalan Kerajaan Thonburi. Pada tahun 1782, Raja Phutthayotfa Chulalok (Rama I) menggantikan Taksin, memindahkan ibu kota ke Pulau Rattanakosin di tebing timur, dengan itu mengasaskan Kerajaan Rattanakosin. Tiang Kota telah didirikan pada 21 April 1782, yang dianggap sebagai tarikh asas Bangkok sebagai ibu kota.
Anggaran penduduk di Bangkok mempunyai seramai 9.0 juta orang pada 2021, merupakan 13% daripada jumlah penduduk negara itu. Lebih 17.4 juta orang (25%) tinggal di sekitar Wilayah Metropolitan Bangkok.
PENGINAPAN
Di Bangkok, kami menginap 3 malam di The Patra Hotel beralamat 27 31 Rama IX Rd, Hua Mak, Bang Kapi District, Bangkok 10240, Thailand. Bertaraf 3 bintang tetapi selesa.
TUKARAN MATAWANG
Tukaran matawang pada 6 Feb 2025 seperti berikut :
100 Baht = RM 13.26
ITERNARI PERJALANAN
Sila <klik> pada hari tersebut untuk maklumat lanjut.
1. Hari Pertama <sila klik>
2. Hari Kedua <sila klik>
3. Hari Ketiga <sila klik>
4. Hari Keempat/Terakhir <sila klik>
KLIP VIDEO
1. Hari Pertama
2. Hari Kedua
3. Hari Ketiga
4. Hari Keempat/Terakhir
RUMUSAN
Pada keseluruhan pakej ini sangat memuaskan dengan mempunyai tour guide, Cik Sofea yang bagus dan baik. Waktu solat dan tempat makanan halal terjaga serta santai dengan semua peserta yang mesra sepanjang perjalanan.
LINK
Comments