SARAPAN
Sarapan di The Patra Hotel.
Sebelum memulakan aktiviti, bersarapan dahulu di hotel. Biasa lah nasi goreng dan roti bakar.
Hari ini merupakan hari ketiga kami di Bangkok. Aktiviti kami hari ini dimulai lawatan ke perusahan batu pertama, shopping di pasar minggu Chatcuchat dan menikmat makan malam dalam cruise.
Belakang tu adalah restoran tempat kami bersarapan pagi.
Sebelum memulakan aktiviti, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan hotel sebagai kenangan.
GEMS GALLERY
Lawatan ke Kilang Batu Permata Gems Gallery.
Gems Gallery mempunyai empat cawangan utama di Thailand iaitu Bangkok, Chiangmai, Phuket dan Pattaya. Setiap cawangan merupakan destinasi pelancongan yang popular dan semuanya memudahkan pelawat memilih dan memiliki permata yang indah. Tempat yang kami lawati ini berada di Bangkok yang terletak di 198/23-24 Rama 6 Rd Samsen Nai, Phaya Thai, Bangkok.
Gems Gallery Bangkok dibuka pada tahun 1987 di tapak seluas 1.8 ekar (7,200 meter persegi). Bilik pameran yang menarik perhatian mempunyai kelebihan karya agung dan permata barang kemas untuk dipilih. Ia dibuka setiap hari dari jam 09:00 pagi. - 07:00 malam.
Gems Galley ialah rangkaian kilang barang kemas berskala besar di Thailand, yang selama lebih dari dua puluh tahun telah terlibat dalam pembuatan dan penjualan barang kemas berkualiti tinggi. Di Galeri Permata kita akan menemui pelbagai jenis perhiasan eksklusif, menakjubkan dengan keindahan dan kemewahannya. Kilang barang kemas ini mengawal dengan teliti kualiti produk yang dihasilkan.
Seiring dengan peredaran zaman, permata adalah simpanan eksklusif orang kaya dan berkuasa. Pemimpin negara masa lampau seperti Cleopatra Mesir, Caesars Rom, Raja-raja England, Maharaja China atau Raja-raja Thailand, semuanya mencari batu permata untuk mencerminkan prestij dan kedudukan mereka.
Kedudukan Thailand sebagai pengedar permata dan barang kemas dunia yang utama, bahan mentah yang cemerlang serta kemahiran tukangnya telah membawa kewujudan Gem Gallery yang merupakan pusat barang kemas dan permata terbesar di dunia.
Kelebihan Gems Gallery adalah Copyright jewelery, barang kemas dan permata, yang tidak mempunyai analog di seluruh dunia dan Sijil kualiti, nilai itu disahkan oleh sijil kualiti antarabangsa.
Kami tidak dibenarkan mengambil foto di ruang pameran dan jualan barangan batu pertama.
CHATUCHAT WEEKEND MARKET
Pasar Chatuchak atau Pasar JJ di Bangkok Thailand masih merupakan pasar luar terbesar di dunia.
Dengan lebih 200,000 orang melawat Pasar Chatuchak setiap hujung minggu. Pasar Hujung Minggu Chatuchak adalah pasaran terbesar di Thailand. Ia meliput di kawasan yang luas lebih daripada 1.1 km persegi dan menempatkan kira-kira 15,000 gerai.
Ia mempunyai bahagian yang khusus untuk menjual makanan, buah-buahan kering tanpa gula dalam jumlah pukal dan seni kepada barangan antik dan fesyen. Pasar Chatuchak ini juga menjual semua yang kita boleh bayangkan. Senarai itu termasuk barang kemas, beg, pakaian, kasut, lukisan, kraftangan dan banyak lagi.
Sempat juga kami mendapat perkhidmatan urut kaki dan menikmati kopi panas di JJ Mall.
RESTORAN OLIVE, SURESTAY
Makan tengahari di Restoran Olive, SureStay.
MASJID BANG UTHIT
Pelancong Islam yang berkunjung ke Bangkok, Thailand akan sentiasa mencari tempat yang selesa untuk solat di antara aktiviti percutian mereka. Bagi mereka yang berkunjung ke Asiatique Bangkok, kita boleh bersolat di Masjid Bang Uthit yang terletak di sebelahan Asiatique. Lokasi masjid ini sangat mudah ditemukan, dekat dengan kedai 7-Eleven.
Masjid Bang Uthit dibangun pada awal abad ke-20 oleh umat muslim Thailand. Pada 2015 masjid diubahsuai dengan bantuan kerajaan Turki. Tidak hairan, senibina masjid ini mirip dengan masjid-masjid di Turki. Kubah bulat berwarna emas, dan ukiran warna-warni di dinding masjid sangat indah untuk dipandang.
Kami solat Jamak Zohor & Asar di Masjid Bang Uthit.
ASIATIQUE
Asiatique merupakan mercu tanda pelancongan di tepi sungai yang terbesar di Thailand. Kami mengambil kesempatan bersiar-siar sekitar Asiatique sebelum tiba masa untuk menikmati makan malan di atas cruise.
Asiatique The Riverfront di Bangkok ialah pusat membeli-belah terbuka yang sangat terkenal dengan restoran yang indah, gerai beli-belah dan pasar makanan. Melawat Asiatique apabila melancong ke Bangkok adalah satu kemestian. Sebabnya, Asiatique merupakan pusat membeli belah yang berkonsepkan unik.
Kita boleh membeli-belah di kedai-kedai yang berada di sekitar Asiatique, serta melakukan aktiviti lain seperti menaiki roda Ferris yang besar, memasang kunci gembok cinta, mengambil gambar dan menikmati matahari terbenam di pelabuhan dan banyak lagi aktiviti lain.
ROYAL PRINCES CHAOPHRAYA
Naik Cruise di Sungai Chaophraya. Pelayaran ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Pelayaran Princes Chao Phraya ini termasuk bufet makan malam serta menikmat lagu secara live.
Semasa pelayaran ini, kita dapat melihat tempat-tempat tarikan seperti The Grand Palace, Jambatan Rama VIII, Memorial Bridge, Wat Pho, Wat Arun, Jambatan Taksin dan Wat Kanlaya. Selain dari itu, kita boleh melihat Sunset yang indah.
Selepas tamat pelayaran cruise, tamatlah aktiviti hari ketiga.
KLIP VIDEO
Klip video hari ketiga.
ITERNARI PERJALANAN
Sila <klik> pada hari tersebut untuk maklumat lanjut.
1. Hari Pertama <sila klik>
2. Hari Kedua <sila klik>
3. Hari Ketiga
4. Hari Keempat/Terakhir <sila klik>
LINK
Comments