Skip to main content

PERCUTIAN KE JAPAN 2025 - DAY 3 : FUJIKAWAGUCHIKO - GOTEMBA

18 APRIL 2025 - HARI KETIGA

SARAPAN DI HOTEL

Sarapan dengan nasi lemak bento (bungkus) yang telah dipesan oleh agen dengan orang Malaysia yang menetap di Tokyo.

Selepas sarapan daftar keluar hotel Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi, kami bergerak ke Mt Fuji (Gunung Fuji) untuk lawatan hari ketiga.

TEMPAT REHAT

Mengikut peraturan pemanduan bas, pemandu perlu berhenti rehat setelah 3 jam memandu. Kami berhenti rehat di salah sebuah tempat rehat dalam perjalanan ke Mt. Fuji.

Singagah di R&R. Dari sini kami berpeluang  melihat keindahan Gunung Fuji dari jauh.

Selepas 20 minit berhenti kami meneruskan perjalanan ke Fujikawaguchiko untuk melawat perkampungan Jepun waktu dahulu.

YAMANASHI

Kawasan Yamanashi (Yamanashi-ken) terletak betul-betul di barat Tokyo di Wilayah Chubu. Separuh utara Gunung Fuji dan rantau Fuji Five Lake terletak di daerah Yamanashi. Ibu kota wilayah ialah Kofu.

FUJIKAWAGUCHIKO

Mount Fuji - Mercu tanda negara yang paling ikonik

Fuji Five Lakes (Fujigoko) - Resort tasik di kaki Gunung Fuji

Kofu - Ibu kota wilayah yang dikelilingi oleh ladang anggur

Mount Fuji

Gunung Fuji (Fujisan) adalah gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Ia terletak di sempadan antara wilayah Yamanashi dan Shizuoka. Gunung ini boleh dilihat dari Tokyo dan Yokohama pada hari yang cerah. Gunung Fuji ialah gunung berapi aktif, yang paling terbaru meletus ialah pada tahun 1707.

Tidak menghairankan bahawa gunung berapi yang berbentuk hampir sempurna telah disembah sebagai gunung suci. Gunung ini sungguh terkenal di kalangan orang Jepun sekian berabad-abad lamanya.

Satu lagi cara mudah untuk melihat Gunung Fuji adalah dari kereta api dalam perjalanan antara Tokyo dan Osaka. Jika kita menaiki Tokaido Shinkansen dari Tokyo ke arah Nagoya, Kyoto dan Osaka, pemandangan terbaik gunung boleh dinikmati dari sekitar Stesen Shin-Fuji di sebelah kanan kereta api, kira-kira 40-45 minit perjalanan.

Jika kita ingin menikmati Gunung Fuji pada kadar yang lebih santai dan dari persekitaran semula jadi yang indah, anda harus pergi ke rantau Fuji Five Lake (Fujigoko) di kaki utara gunung, atau ke Hakone, sebuah pusat peranginan mata air panas berdekatan.

Fuji Five Lakes (Fujigoko)

Wilayah Fuji Five Lake (Fujigoko) terletak di pangkal utara Gunung Fuji kira-kira 1000 meter di atas paras laut di sekitar tasik Kawaguchiko, Saiko, Yamanakako, Shojiko dan Motosuko. Ia adalah salah satu tempat terbaik untuk melihat Gunung Fuji dari jarak yang dekat dan tapak yang baik untuk mendaki gunung.

Fujigoko dikenali sebagai kawasan peranginan tasik, di mana mendaki, berkhemah, memancing dan sukan salji adalah antara aktiviti luar yang popular yang boleh dinikmati. Terdapat juga banyak mata air panas dan muzium yang terdapat di kawasan ini, bersama-sama dengan Fuji Q Highland, salah satu taman hiburan paling popular di Jepun dengan roller coaster.

Kofu

Kofu ialah bandar terbesar dan ibu kota Wilayah Yamanashi. Bandar ini terletak di lembangan semula jadi yang besar yang dikelilingi oleh gunung di empat sisi dengan Gunung Fuji di selatan. Kofu dan kawasan sekitarnya juga terkenal dengan buah-buahan iaitu anggur.

IYASHI SATO VILLAGE

Lawatan ke Iyashi Sato Village.

Lokasi Iyashi Sato Village berdiri di pantai barat Tasik Saiko dan mempunyai pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan. Tempat ini dibuka sepanjang tahun dan sangat cantik semasa musim sakura.

Perkampungan ini merupakan perkampungan tradisional Jepun yang didirikan atas bekas perkampungan pertanian yang musnah akibat bencana alam. Kampung ini telah musnah akibat tanah runtuh semasa taufan pada tahun 1966.

Empat puluh tahun kemudian, rumah tradisional beratap jerami di kampung ini dibina semula dan dibuka sebagai muzium terbuka dan perkampungan kraf tradisional di mana orang ramai boleh belajar tentang budaya dan mencuba serta membeli pelbagai kraftangan tempatan yang berbeza.

Di sini terdapat sebanyak 21 buah rumah yang telah diubah suai dan kini digunakan untuk pelbagai tujuan. Beberapa rumah merupakan restoran yang menjual hidangan Yamanashi (hoto) dan  dango. Rumah-rumah  yang lain digunakan untuk menjual barangan seperti tembikar, kesenian kraf dan kerja kain krep. 

Salah satu rumah kegemaran ialah rumah yang mempunyai pameran samurai dan penyewaan kimono. Kita boleh menyewa pakaian kimono atau samurai.

Memperagakan pakaian kimono dan samurai.

MAKAN TENGAHARI

Makan tengahari di Mamoya. Terletak di Minamitsuru-gun, Yamanashi, berdekatan Iyashi Sato Village.

Makan tengahari, makanan sukiyaki beef.

Lambaian daripada pemilik restoran dan chef.

GOTEMBA OUTLET

Gotemba Premium Outlets ialah pusat membeli-belah paling popular di Jepun, terletak di Bandar Gotemba di dasar Gunung Fuji, tidak jauh dari Hakone. Pusat beli-belah ini mempunyai kira-kira 300 buah kedai dan restoran, medan selera, roda Ferris setinggi 50 meter, hotel dan mandian mata air panas awam.

Kedai-kedai yang terdapat di Premium Outlets ialah kedai-kedai menjual barangan berjenama terkenal di peringkat antarabangsa. Di sini terdapat pelbagai fesyen, barangan sukan, makanan, barangan rumah, barangan elektronik dan terdiri daripada barangan harian hingga barangan mewah. Harganya tidak begitu murah, tetapi ia lebih baik secara purata daripada apa yang kita dapati di kedai-kedai biasa di Jepun. Secara keseluruhan ia adalah tempat yang sesuai membeli-belah dengan banyak variasi dan harga yang berpatutan.

SOLAT DI GOTEMBA OUTLET

Di Gotemba Outlet ini terdapat ruang solat untuk pengunjung Muslim. 

Kmai solat Jamak Zohor dan Asar di sini.

RESTORAN INDIA GOTEMBA

Makan malam di Restoran India Gotemba, Shizuoka.

Menu kali ini Nasi Briyani & Roti Naan. Memang sedap.

TOKYO INN SHIN-FUJI-EKI MINAMI-GUCHI

Selepas selesai lawatan pada hari ini, kami berdaftar masuk di hotel Tokyo Inn Shin-fuji-eki Minami-guchi untuk penginapan. Lokasi hotel ini terletak di 310-1 Yanagishima, Fuji-shi, Fuji, Gotemba, Japan, 416-0932.

Malam ini menginap di Hotel Toyoko Inn, Shin-Fiji-Eki.

Tamat aktiviti lawatan hari ketiga.

ITERNARI PERJALANAN
Sila <klik> pada hari tersebut untuk maklumat lanjut.
KLIP VIDEO KENANGAN

Sedang dikemaskini

LINK



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...