17 APRIL 2025 - HARI KEDUA
SARAPAN DI HOTEL
Hari ini kami bersarapan di hotel Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi dengan mee kari bento (bungkus).
Kami makan dalam bilik hotel.
Selepas sarapan, sebelum memulakan aktiviti, kami mengambil peluang bergambar di hadapan hotel sementara menunggu bas. Hari ini kami akan bergerakbergerak ke Asakusa-Kaminarimon untuk lawatan tempat-tempat tarikan sekitarnya.
Ini pemandu bas yang akan membawa kami sepanjangan lawatan kami di Jepun. Lupa pulak namanya.
ASAKUSA
Asakusa merupakan daerah dengan suasana Tokyo lama. Asakusa ialah pusat shitamachi Tokyo iaitu salah satu daerah di mana suasana Tokyo masa lampau yang masih kekal.
1. Kaminarimon Gate
Kaminarimon (Gerbang Guruh) ialah bahagian luar dari dua pintu masuk besar yang akhirnya menuju ke Sensō-ji (bahagian dalam adalah Hōzōmon) di Asakusa, Tokyo, Jepun.
2. Nakamise Shopping Street
Nakamise merupakan lorong membeli-belah bersejarah bermula sejak 1716, menjadikannya salah satu kawasan membeli-belah tertua di Jepun.
Jalan bersejarah ini penuh dengan gerai-gerai yang menjual dan menawarkan barangan tradisional Jepun, daripada kimono hingga pelbagai makanan ringan dan cenderahati. Kebanyakan kedai di sini dikendalikan oleh keluarga yang sama selama beberapa generasi.
3. Sensoji Temple
Sensoji (juga dikenali sebagai Kuil Asakusa Kannon) ialah sebuah kuil Buddha lama yang terletak di Asakusa yang dibina pada abad ke-7. Ia adalah salah satu kuil yang paling berwarna-warni dan popular di Tokyo. Kuil ini pernah musnah semasa Perang Dunia II dalam masa pengeboman udara di Tokyo.
3. Rikisho Tour (Ride a Rickshaw)
Untuk pengalaman Asakusa yang unik, kita boleh melawat sekitar kawasan ini dengan menaiki beca sebagai alternatif untuk bersiar-siar. Beca ini dikendalikan dengan kudrat manusia (kenderaan berkuasa manusia).
5. Tokyo Skytree
Tokyo Skytree merupakan bangunan tertinggi di Jepun, strukturnya sangat mengagumkan. Walaupun dari jauh, kita boleh merasai keunikan dan keanggunannya.
6. Asakusa Culture Tourist Information Center
Asakusa Culture Tourist Information Center merupakan bangunan Jepun terkenal dengan senibina dan rekabentuknya.
ASAKUSA MOSQUE
Selepas melawat Asakusa Street, kami bertolak ke Asakusa Mosque untuk solat Jamak.
Masid Daar Al-Arqam, biasanya dikenali sebagai Masjid Asakusa. Ia terletak di Asakusa, pusat bandar Tokyo, yang dibina pada tahun 1998. Ia diuruskan oleh Yayasan Masjid Jepun (JMF) yang merupakan salah satu jabatan di institut Lingkaran Islam Jepun.
Masjid Dar Al-Arqam terletak dalam jarak berjalan kaki (kurang daripada 2 km) dari Tokyo Skytree. Oleh itu, para pelancong boleh hadir ke masjid untuk solat, apabila berada di sekitar Tokyo Skytree. Selain itu, masjid ini hanya 500 m dari Taman Sumida, di mana anda boleh melihat pemandangan Tokyo Skytree yang indah dan juga boleh melihat bunga sakura (sakura) semasa musim bunga.
HALAL SAKURA RESTAURANT
Makan tengahari di Halal Sakura Restaurant, Tokyo.
Kami dihidangkan makanan Uzbekistan Palov.
Lawatan seterusnya ke Ueno.
UENO
Daerah Ueno bersejarah ini menawarkan gabungan khazanah budaya yang menawan, ketenangan dan pengalaman membeli-belah yang sibuk.
Ueno adalah salah satu taman di Tokyo, terletak di utara Stesen Tokyo. Ueno terkenal dengan taman yang besar yang mempunyai banyak kuil, muzium dan zoo. Ueno juga mempunyai beberapa jalan yang sibuk seperti Ameyoko.
1. Ameyokocho Shopping Street
Ameyokocho Shopping Street adalah jalan pasar yang meriah di Ueno. Lokasinya di sepanjang laluan Yamanote Line antara stesen Ueno dan Okachimachi.
Nama "Ameyoko" ialah singkatan dari nama "Ameya Yokocho" (lorong kedai gula-gula), kerana gula-gula secara tradisinya dijual di sana. Sebagai alternatif, "Ame" juga bermaksud "Amerika", kerana banyak produk Amerika pernah tersedia apabila jalan itu menjadi tapak pasar malam pada tahun-tahun selepas Perang Dunia 2.
Hari ini, produk seperti pakaian, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah ratus dijual di sepanjang Ameyoko.
Waktu buka dan hari tutup bergantung pada kedai inpidu, tetapi ia biasanya dibuka sekitar jam 10:00 pagi dan ditutup sekitar jam 20:00 malam.
2. Hard Rock Cafe Tokyo Uyeno Eki
Hard Rock Cafe Tokyo Uyeno Eki ini terletak di dalam Stesen Kereta Api Ueno yang bersejarah, tempat orang dari utara tiba dengan impian besar untuk memulakan kehidupan baru di Tokyo.
Selepas melawat Ueno, kami bergerak menuju Akihabara.
AKIHABARA
Akihabara merupakkan daerah di pusat Tokyo yang terkenal dengan barangan elektronik dan pusat budaya otaku.
Di sini terdapat beratus-ratus kedai elektronik, daripada gerai-gerai kecil perseorangan hingga kepada gedung-gedung elektronik yang besar, berbaris di jalan utama Chuo Dori dan di tepi-tepi jalan di sekitar Akihabara. Mereka menawarkan segala-galanya daripada komputer, kamera, televisyen, telefon mudah alih, alat ganti elektronik dan peralatan rumah baharu hingga kepada barangan terpakai dan barangan buangan elektronik.
Akihabara telah muncul sebagai pusat budaya otaku dan anime Jepun, dan berpuluh-puluh kedai yang mengkhusus dalam anime, manga, permainan video retro, patung, permainan kad dan koleksi lain telah memenuhi ruang antara peniaga barang elektronik.
Beberapa tarikan Otaku seperti :
a. Maid Cafes
b. Don Quijote
c. Radio Kaikan
d. Super Potato
e. Gamer
HALAL WAGYU YAKINI PANGA
Makan malam dengan hidangan daging wagyu di Restoran Yakiniku Panga.
Halal Wagyu Yakiniku Panga adalah A5 halal Wagyu restoran di Tokyo. Panga terletak berdekatan dengan Ueno, Asakusa, Akihabara.
Menikmati Wagyu gred terbaik dan freah.
SOTETSU FRESA INN
Kembali ke hotel Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi untuk penginapan.
Tamat aktiviti hari kedua.
- Hari 1 : KUALA LUMPUR - TOKYO <klik>
- Hari 2 : ASAKUSA - UENO <klik>
- Hari 3 : FUJIKAWAGUCHIKO - GOTEMBA<klik>
- Hari 4 : GOTEMBA - NAGOYA <klik>
- Hari 5 : KYOTO - OSAKA<klik>
- Hari 6 : NARA - KOBE <klik>
- Hari 7 : OSAKA - KUALA LUMPUR <klik>
Sedang dikemaskini
LINK
Comments