HARI PERTAMA - 16 APRIL 2025
KLIA 2
Semua peserta diminta untuk berkumpul di KLIA2 pada jam 10.30 pagi.
Selepas wakil agen memberi taklimat, kami mula membuat check-in beg.
Selepas check-in beg dan masa masih lama lagi untuk boarding, kami singgah salah sebuah restoran di KLIA2 untuk menikmati sarapan pagi.
Pakej kami ini terdapat seramai 37 orang. Encik Roslan salah seorang peserta pakej ini. Beliau menyertai pakej ini bersama isteri beliau.
Kami mula check ke dalam flight jam 14.20 petang.
Penerbangan ke Haneda Airport, Tokyo mengambil masa lebih kurang 7 jam dan dijangka tiba pada jam 10.35 malam.
TOKYO
Tokyo adalah Ibu kota dan bandar terbesar Jepun.
Tokyo ialah ibu negara Jepun dan bandaraya paling ramai penduduk di dunia. Tokyo juga merupakan salah satu wilayah daripada 47 wilayah di Jepun dan terdiri daripada 23 bahagian pusat bandar serta beberapa bandar, pekan termasuk kampung di barat pusat bandar. Kepulauan Izu dan Ogasawara juga merupakan sebahagian daripada wilayah Tokyo.
Sebelum tahun 1868, Tokyo dikenali sebagai Edo iaitu sebuah bandar istana kecil, Edo menjadi pusat politik Jepun pada tahun 1603 apabila Tokugawa Ieyasu menubuhkan kerajaan feudalnya di sini. Beberapa dekad kemudian, Edo telah berkembang menjadi salah satu bandar terbesar di dunia. Dengan Pemulihan maharaja Meiji pada tahun 1868, ibu kota Jepun berpindah dari Kyoto ke Edo, yang dinamakan semula sebagai Tokyo (Ibukota Timur). Sebahagian besar Tokyo telah musnah dalam Gempa Besar Kanto pada tahun 1923 dan serangan udara pada tahun 1945 semasa perang dunia kedua.
Hari ini, Tokyo menawarkan berbagai pilihan membeli-belah, hiburan, budaya dan tempat makan yang nampaknya tidak terhad kepada pengunjungnya. Sejarah bandar ini boleh dibanggakan seperti di daerah Asakusa di mana terdapat banyak muzium, kuil bersejarah dan taman yang sangat cantik. Tokyo juga menawarkan beberapa kawasan hijau yang menarik di pusat bandar.
HANEDA AIRPORT
Selamat tiba di Haneda Airport.
Dapat berkenalan dengan Dr Norazmi bersama isteri, peserta dalam pakej ini.
Tour Guide Jepun
En Huzair, Tour Guide kami akan membawa kami melawat Jepun mengikut itinerari yang disediakan. En Huzair merupakan rakyat Malaysia, beliau pernah belajar di Jepun beberapa tahun yang lalu dan fasih berbahasa Jepun. Kami berharap beliau dapat membantu kami khususnya dalam urusan membeli makanan yang halal di Jepun.
Lapangan Terbang Haneda
Lapangan Terbang Haneda dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo. Lapangan Terbang ini dibuka pada tahun 1931. Ia terletak ke selatan pusat Kota Tokyo iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan. Jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Narita, Lapangan Terbang Haneda jauh lebih dekat dengan pusat bandar.
Lapangan Terbang Haneda mengendalikan lebih banyak penerbangan domestik berbanding dengan penerbangan antarabangsa. Setakat ini ia merupakan lapangan terbang paling sibuk di Jepun dan juga di antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.
Pada tahun 1978, Lapangan Terbang Narita yang baru dibina mengambil alih sebahagian besar trafik udara antarabangsa Tokyo manakala Haneda telah ditetapkan untuk mengendalikan lalu lintas udara domestik ibu kota. Haneda kembali mengendalikan peningkatan bilangan penerbangan antarabangsa pada 2010 dengan penyiapan landasan baharu dan bangunan terminal antarabangsa.
Airport pickup
Setelah selesai urusan di airport, kami dibawa dengan bas ke hotel penginapan.
Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi
Kami menginap di Sotetsu Fresa Inn dalam daerah Kawasaki-Higashiguchi, Tokyo. Kami menginap dua malam di sini.
Tamat aktiviti hari pertama.
Comments