Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tokyo

PERCUTIIAN KE JAPAN 2025 : DAY 7 : OSAKA - KUALA LUMPUR

HARI KETUJUH (TERAKHIR) - 22 APRIL 2025 SARAPAN DI HOTEL Selepas sarapan, kami  daftar keluar hotel Toyoko Inn Osaka, Namba Nishi. Kemudian kami dihantar ke KIX Airport untuk penerbang pulang ke Malaysia. KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT Lapangan terbang antarabangsa ini berdekatan dengan bandar utama Osaka dan Kobe. Ia terletak di pulau buatan, KankÅ«jima, di tengah-tengah Teluk Osaka di luar pantai Honshu iaitu kira-kira 38 km dari barat daya Stesen ÅŒsaka. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, biasanya dikenali sebagai KankÅ« ialah lapangan terbang antarabangsa utama di Kawasan Utama Osaka Jepun. Lapangan terbang ini juga  terletak dalam tiga majlis perbandaran, termasuk Izumisano (di utara), Sennan (di selatan) dan Tajiri (di tengah) Wilayah Osaka. Lapangan Kansai dibuka pada 4 September 1994 untuk mengatasi masalah kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Itami), yang lebih dekat dengan Osaka. Ia terdiri dari...

PERCUTIIAN KE JAPAN 2025 : DAY 6 : NARA - KOBE

HARI KEENAM - 21 APRIL 2025 Selepas sarapan pagi, kami bergerak ke Nara. Nara terletak lebih kurang dari satu jam perjalana dari Kyoto dan Osaka.  NARA Nara adalah ibu negara pertama Jepun. Bandar Nara ialah ibu kota wilayah yang terletak di Kansai, Jepun. Bandar ini terletak di bahagian utara Wilayah Nara dan bersempadan dengan Wilayah Kyoto. Nara adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan tradisi. Hari ini, Nara kekal sebagai bukti kejayaannya sebagai pusat kebudayaan Jepun sebelum ini. Alam semula jadi adalah sama berharga di bandar ini, di mana pokok-pokok dan taman-taman diperlihara dan jaga begitu. Rusa-rusa wujud bersama dalam harmoni yang sempurna. Nara adalah tempat lahirnya tamadun Jepun. Ramai maharaja awal membina istana mereka di Wilayah  Nara, dahulunya dikenali sebagai Yamato. Pada tahun 710, Nara dipilih sebagai lokasi ibu kota tetap pertama Jepun, Heijo (Bandar Nara hari ini). Sebelum ini, ibu kota telah  berkali-kali bertukar dan berpi...