HARI KETUJUH (TERAKHIR) - 22 APRIL 2025
SARAPAN DI HOTEL
Selepas sarapan, kami daftar keluar hotel Toyoko Inn Osaka, Namba Nishi.
Kemudian kami dihantar ke KIX Airport untuk penerbang pulang ke Malaysia.
KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT
Lapangan terbang antarabangsa ini berdekatan dengan bandar utama Osaka dan Kobe. Ia terletak di pulau buatan, KankÅ«jima, di tengah-tengah Teluk Osaka di luar pantai Honshu iaitu kira-kira 38 km dari barat daya Stesen Åsaka.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, biasanya dikenali sebagai Kankū ialah lapangan terbang antarabangsa utama di Kawasan Utama Osaka Jepun.
Lapangan terbang ini juga terletak dalam tiga majlis perbandaran, termasuk Izumisano (di utara), Sennan (di selatan) dan Tajiri (di tengah) Wilayah Osaka.
Lapangan Kansai dibuka pada 4 September 1994 untuk mengatasi masalah kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Itami), yang lebih dekat dengan Osaka. Ia terdiri daripada dua terminal: Terminal 1 dan Terminal 2.
Flight dijadual berangkat pada jam 11.05 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada jam 5.05 petang.
KLIA
Selamat tiba di KLIA pada jam 5.10 pm.
Tamat percutian kami sekeluarga ke Japan selama 7 hari 6 malam. Semoga percutian ini menjadi kenangan indah. Diharap kami diberi rezeki dan peluang melancong lagi.
Tamat aktiviti lawatan hari ketujuh dan percutian kami ke Jepun.
ITERNARI PERJALANAN
Sila <klik> pada hari tersebut untuk maklumat lanjut.
Sedang dikemaskini
LINK
Comments