PENGENALAN
Alhamdulillah dan syukur kerana diberi peluang kepada ku bersama isteri dan anak-anakku untuk pergi melancong ke bumi matahari terbit, Jepun. Jepun merupakan salah-satu negara dalam senarai aku untuk dilawati.
Melancong ke Jepun ini merupakan buat kali pertama bagi kami. Kami bercadang menggunakan perkhidmatan agen pelancongan kerana mudah bagi untuk melancong nanti terutama masalah bahasa dan tempat makanan halal. Sejak dari tahun lepas, aku buat kajian beberapa agen pelancong yang mengurus trip ke Jepun, kami pun memilih ARBA Travel dan Tour. Pakej kami ini adalah 7 hari 6 malam bermula pada 16 April hingga 22 April.
Dalam pakej ini, kami akan melawat beberapa bandar penting di Jepun iaitu Tokyo, Nagoya, Kyoto, Osaka dan Kobe. Sebelum berangkat kami mencari maklumat berkenaan tempat-tempat yang dimaklumkan di internet.
Maklumat berkenaan Jepun boleh diperolehi dengan melayari website https://www.japan-guide.com/
TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DALAM PAKEJ
- Arashiyama - Tempat makanan halal & hutan buluh tercantik di Jepun.
- Deer Park - Taman rusa jinak untuk kita beri makan & bermesra di Nara.
- Shin-Kobe Ropeway - Kereta kabel menuju Nunobiki Herbs Garden di Kobe.
- Dotonbori - Lubuk shopping, streetfood, naik cruise & sightseeing di Osaka.
- Iyashi no Sato (samurai Village) - Kampung samurai berlatar belakang Gunung Fuji.
- Nagoya Castle - Istana diraja Jepun berusia 600 tahun dibina di Nagoya.
- Namba - Terkenal dengan beli-belah, makanan, dan kehidupan malam.
- Nunobiki Herbs Garden - Taman herba Kobe dengan pemandangan, aromaterapi.
- Wagyu A5 - Makan daging wagyu gred A5 yang halal secara BBQ.
- Shinkansen - Experience bullet train dari Mikawa Anjo - Nagoya dari 1 jam menjadi 15 minit.
- Sushi Class - Belajar buat sushi dengan chef sebenar & dapat sijil penyertaan.
- Gunung Fuji - Sightseeing Gunung Fuji di Tokyo & sepanjang perjalanan ke Kyoto.
- Rusa Baka Jepun - Bermesra dengan rusa yang peramah di Nara Deer Park.
- Shinkobe Ropeway - Naik cable car ke puncak tertinggi di bandar Kobe & sightseeing.
- Kimono Experience - Experience pakai kimono & samurai dengan view Gunung Fuji.
- Shopping - Beli pakaian, gajet dan kosmetik berkualiti tinggi berharga murah.
MUSIM BUNGA SAKURA
Mengikut ramalan yang dikeluarkan oleh pusat pelancongan Jepun untuk tahun 2025, bunga Cherry Sakura mula berkembang di bandar-bandar utama :
- Tokyo : 31 Mac - 8 April
- Kyoto : 4 April - 10 April
- Osaka : 5 April - 10 April
- Nagoya : 1 April - 9 April
Jika diteliti pada tarikh-tarikh dan tempat tersebut, berkemungkinan percutian kami ini tidak berpeluang menikmati kemuncak suasana kembangan bunga Sakura yang indah. Kami berharap agar dapat melihat saki baki kembanganan bunga tersebut nanti. Sekiranya kita ingin melihat bunga Sakura sedang berkembang mekar, kita perlu menyemak dan mencari maklumat tersebut sebelum tempahan tarikh percutian.
TUKARAN MATAWANG
Mata wang yang digunakan di Jepun adalah Japanese Yen (JPY). Disyorkan membawa wang belanja sekitar RM1,500 hingga RM2,000 per orang dan menukar duit siap-siap di Malaysia.
Kadar tukaran matawang Ringgit Malayasia dengan Yen Jepun pada tarikh 07 April 2025 seperti berikut :
1000 Yen = RM 30.80 sen
KEPERLUAN ASAS
1. Paspot
Periksa dan memastikan tempoh sah pasport sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh trip untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa trip.
2. Pakaian dan Kasut
Pakaian yang betul dan sesuai adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan dan keselesaan anda semasa trip. Pastikan kasut yang dibawa selesa dipakai untuk perjalanan.
3. Aplikasi Solat dan Halal
Waktu solat di Tokyo adalah sangat berbeza dengan Malaysia terutamanya pada waktu subuh. Pada musim panas, waktu subuh lebih awal berbanding Malaysia manakala pada musim sejuk waktu subuh lebih lambat berbanding Malaysia.
Aplikasi yang boleh digunakan sebagai rujukan Muslim Pro.
4. Socket Plug
Socket Plug yang di gunakan di Jepun adalah 2/3 pin socket. Kebanyakan di Jepun menggunakan soket plug jenis A (Type A). Pasti kita membawa travel universal adaptor.
5. Visit Japan Web
Untuk ke Jepun bagi Warganegara Malaysia tidak perlukan visa melancong tetapi kita perlu mengisi Visit Japan Web untuk setiap individu, sekurang-kurangnya 1 hari sebelum berlepas, namun kita digalakkan isi awal untuk mengelakkan apa-apa masalah yang tidak diingini.
6. Ubat-ubatan
Pastikan bekalan ubat-ubatan kita dibawa dan dilabel sebetulnya. Kos ubat dan rawatan di negara asing biasanya lebih mahal.
HOTEL DAN PENGINAPAN
- 2 malam di Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi
- 1 malam di Tokyo Inn Shin-fuji-eki, Minami-guchi
- 1malam Hotel Keihan, Nagoya
- 2 malam di Toyoko Inn Osaka, Namba Nishi
- Hari 1 : KUALA LUMPUR - TOKYO <klik>
- Hari 2 : ASAKUSA - UENO <klik>
- Hari 3 : FUJIKAWAGUCHIKO - GOTEMBA<klik>
- Hari 4 : GOTEMBA - NAGOYA <klik>
- Hari 5 : KYOTO - OSAKA<klik>
- Hari 6 : NARA - KOBE <klik>
- Hari 7 : OSAKA - KUALA LUMPUR <klik>
Hari 02 - Lawatan ke Asakusa
Sedang dikemaskini
LINK
Comments