HARI KETUJUH (TERAKHIR) - 22 APRIL 2025 SARAPAN DI HOTEL Selepas sarapan, kami daftar keluar hotel Toyoko Inn Osaka, Namba Nishi. Kemudian kami dihantar ke KIX Airport untuk penerbang pulang ke Malaysia. KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT Lapangan terbang antarabangsa ini berdekatan dengan bandar utama Osaka dan Kobe. Ia terletak di pulau buatan, Kankūjima, di tengah-tengah Teluk Osaka di luar pantai Honshu iaitu kira-kira 38 km dari barat daya Stesen Ōsaka. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, biasanya dikenali sebagai Kankū ialah lapangan terbang antarabangsa utama di Kawasan Utama Osaka Jepun. Lapangan terbang ini juga terletak dalam tiga majlis perbandaran, termasuk Izumisano (di utara), Sennan (di selatan) dan Tajiri (di tengah) Wilayah Osaka. Lapangan Kansai dibuka pada 4 September 1994 untuk mengatasi masalah kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Itami), yang lebih dekat dengan Osaka. Ia terdiri dari...