Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tokyo. Nagoya

PERCUTIAN KE JAPAN 2025 - DAY 3 : FUJIKAWAGUCHIKO - GOTEMBA

18 APRIL 2025 - HARI KETIGA SARAPAN DI HOTEL Sarapan dengan nasi lemak bento (bungkus) yang telah dipesan oleh agen dengan orang Malaysia yang menetap di Tokyo. Selepas sarapan daftar keluar hotel Sotetsu Fresa Inn, Kawasaki-Higashiguchi, kami bergerak ke Mt Fuji (Gunung Fuji) untuk lawatan hari ketiga. TEMPAT REHAT Mengikut peraturan pemanduan bas, pemandu perlu berhenti rehat setelah 3 jam memandu. Kami berhenti rehat di salah sebuah tempat rehat dalam perjalanan ke Mt. Fuji. Singagah di R&R. Dari sini kami berpeluang  melihat keindahan Gunung Fuji dari jauh. Selepas 20 minit berhenti kami meneruskan perjalanan ke Fujikawaguchiko untuk melawat perkampungan Jepun waktu dahulu. YAMANASHI Kawasan Yamanashi (Yamanashi-ken) terletak betul-betul di barat Tokyo di Wilayah Chubu. Separuh utara Gunung Fuji dan rantau Fuji Five Lake terletak di daerah Yamanashi. Ibu kota wilayah ialah Kofu. FUJIKAWAGUCHIKO Mount Fuji - Mercu tanda negara yang paling ikonik Fuji Five L...