Skip to main content

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.

Penginapan

Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse. Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini.

Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini terdapat kemudahan dapur memasak, alatan memasak, tv, peti sejuk dan mesin basuh. Disini juga disediakan perkhidmatan WiFi Internet.

Matawang

Won (원) (Simbol: ; Kod: KRW) adalah matawang Korea Selatan. Satu unit won bersamaan dengan 100 jeon. Joen kurang/tidak lagi digunakan dalam transaksi harian cuma digunakan dalam pasaran saham.

Kadar tukaran matawang ketika ini berbanding Ringgit Malaysia adalah 1000₩ = RM 3.17.

Note kertas bermula dengan 1000, 5,000 , 10,000 dan 50,000 dan manakala syiling 500 dan 100. 100 merupakan nilai paling kecil yang pernah kami gunakan sepanjang berada di Korea Selatan.

Cuaca

Suhu sepanjamg percutian

Korea Selatan adalah negara beriklim empat musim, winter, summer, autumn dan spring. Winter (musim sejuk) di Seoul, bermula bulan Disember hingga penghujung Mac. Kemuncak suhu sejuknya pada bulan Januari iaitu sekitar -6°C hingga -1.5°C

Kami amat bertuah kerana dapat merasakan suasana salji iaitu bermula petang hari Jumaat dengan salji ringan sehingga petang hari Sabtu. Petang hari Sabtu, salji turun dengan lebat dan berangin. Kesan daripada cuaca salji itu sehingga kami balik masih terdapat longgokan salji lagi.

Waktu Solat

Makanan dan Restoran

Digalakkan membawa makanan dari Malaysia kerana restoran halal amat sedikit di Seoul atau di Korea Selatan. Kebanyakan restoran halal terletak di sepanjang  jalan ke Masjid Besar Seoul (Seoul Central Masjid), yang terletak di atas bukit di Iteawon.

Restoran ini kebanyakan diusahakan oleh warga Pakistan, India, Turki dan beberapa warga Arab. Di kawasan ini juga terdapat Mini Market yang menjual bahan mentah halal untuk dimasak.

Gelagat Orang Korea

Dalam permerhatian kami, orang Korea tidak berapa ambil peduli dengan orang lain, mereka membuat hal sendiri sahaja. Mereka asyik dengan gajet handphone, melihat tv, melayari internet, menghantar mesej, kadangkala menggunakan laptop. Kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan subway dan sentiasa bergegas dan berjalan laju, macam kelam kabut nampaknya.

Seoul Subway

Seoul mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap termasuk kedua-dua keretapi bawah tanah (Subway) dan bas. Sistem subway menawarkan cara yang mudah untuk pergi bandar-bandar di Korea Selatan. Seoul mempunyai sembilan jalur laluan subway utama yang semua beroperasi di seluruh bandar hingga ke pinggir bandar dan kawasan sekitarnya. Subway ini amat popular bagi mengatasi sesakan trafik terutama waktu puncak. Ia adalah satu sistem yang besar, keretapi bergerak setiap 5 minit dan keadaannya bersih.

Keretapi bawah tanah mempunyai 7 level ke bawah dalam tanah. Kemudahan lif dan escalator untuk turun dan naik antara satu level ke satu level yang lain. Lif kebanyakan digunakan oleh warga tua dan golongan OKU. Di dalam keretapi juga disediakan tempat golongan warga tua atau cacat. Orang Korea sangat displin dan sanggup berdiri walaupun tempat khas itu kosong.

Pastikan anda mempunyai peta laluan subway bagi memudahkan perancangan destinasi yang ingin dituju. Kita perlu tahu di mana stesen perlu turun dan sambung perjalanan dengan keretapi yang lain. Adakala kita terpaksa bertukar beberapa kali keretapi untuk ke sesuatu destinasi.

Peta : Map Subway (sila klik)

Lain-lain Keperluan

Antara yang penting untuk dibawa adalah Plug Adapter 2 Pin jenis bulat untuk kegunaan mengecas handphone, kamera, laptop dan barang elektrik yang lain. Ini kerana di Korea, semua plug jenis ini.

ITERNARI PERJALANAN

Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.

RUMUSAN

Percutian yang sungguh bermakna bagi kami sekeluarga. Semoga kami dapat pergi melancong lagi ke Korea, mungkin dalam musim bunga pula.

LINK


Comments

Anonymous said…
assalamualaikum.. sekadar mahu bertanya.. berapa anggaran wang Malaysia yang dibelanjakan sepanjang keberadaan saudari ketika berada di Korea? Dari segi makannya, pakainya, penginanpan, travel agensinye.. semuanyalah.,. sbb bercita2 nk ke korea in shaa Allah dlm tahun depan.. so nk kira budget dan kumpul skit2 dr skrg.. lebih slamat g sendiri atau gunakan khidmat travel agensi.. thank u... :-)
Anonymous said…
Cantiknya tempt di korea! Rasa nak pergi sgt!
Insyaallah one day. :)

Jemput visit blog sy juga ya. http://naziramiswan.blogspot.com
lzran said…
Assalamualaikum, Bole bagi saya contact no tour guide
Salam. Boleh try pergi ke pyeongchang trout festival di pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais
kyana said…
Bole berikn no telefon en nolharizat 0123672821
kyana said…
Bole berikn no telefon en nolharizat 0123672821