Skip to main content

09 Feb 2014 - Lawatan Hari Keempat di Seoul


09 Feb 2014, Salji masih turun di Seoul. Kebanyakan tanah kelihatan seperti kapas keputihan. Program hari ini adalah lawatan ke Taman Tema Everland. Seperti biasa, kami menggunakan perkhidmatan Subway dalam program lawatan kami. Kami turun di Stesen Gangnam. Di Stesen Gangnam terdapat komplek membeli-belah bawah tanah yang besar, Gangnam Underground Shopping Arcade yang menjual pelbagai barangan.


Perkataan Gangnam tidak asing lagi disebut-sebut dikalangan remaja kita di Malaysia atau lebih tepat Gangnam Style. Gangnam Style merupakan sebuah lagu dipopularkan oleh artis Rap Korea, PSY dengan gaya berjoget yang tersendiri, menjadi ikutan remaja di Malaysia.

Daerah Gangnam




Daerah Gangnam adalah salah satu daripada 25 daerah kerajaan tempatan yang membentuk bandar Seoul, Korea Selatan. Gangnam [kaÅ‹nam] bermaksud "Selatan Sungai". Daerah  ke-4 mempunyai penduduk paling ramai  dan daerah ketiga terbesar di Seoul. Gangnam adalah daerah terkaya di Seoul , dipenuhi dengan butik mewah, bar-bar dan kelab-kelab malam  hebat  dan restoran serta sering dikunjungi oleh selebriti. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh PSY  juga menggambarkan stiuasi sebenar gaya gangnam itu sendiri.

Perjalanan ke Everland



Kami menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi ke Everland. Dari Stesen Subway Gangnam (Line 2), kami berjalan kaki 300 meter ke Perhentian Bas no. 5002, bas ke Everland.  Sambil berjalan, kami menikmati panaroma bandar Gangnam. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di Everland. Sepanjang perjalanan kelihatan di lereng-lereng bukit keputihan diliputi salji.


Dari Stesen Bas, kami berjalan beberapa meter ke terminal bas Everland Resort.


Everland Resort

Everland Resort adalah sebuah taman tema di Yongin, sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan. Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan.

Bayaran masuk 44,000 won seorang.
Waktu operasi, jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam



Taman Tema Everland boleh terbahagi kepada  5 zon iaitu:

1. Global Fair
2. American Adventure
3. Magic Land
4. European Adventure
5. Zootopia.

GLOBAL FAIR





Apabila kita masuk pintu gate utama taman tema ini, kawasan pertama kita akan lalui adalah Global Fair. Sepanjang perjalanan, kita diperdengarkan alunan muzik, melihat keindahan bangunan pelbagai gaya seni bina, dari zaman lampau hingga zaman moden dari pelbagai negara di dunia.


K-Pop Hologram

Di zon ini, terdiri daripada restoran, kedai cenderahati, kedai makanan ringan dan gula-gula dan pusat hiburan.

Tarikan
Venezia Restaurant      - Byzantine Architecture
Oriental Restaurant      - Modern Transitional Architecture
Grand Emporium         - Byzantine Architecture
Laciun Memorium       - Saracenic architecture in India
Pororo 3D Adventure - Victorian architecture
Cookie & Candy - Mesopotamian Architecture
Celebration Center     - Renaissance Architecture
Gothic Gift                 - Gothic Architecture


AMERICAN ADVENTURE


Columbus Adventures



America Adventure berdasarkan tema 500 tahun sejarah Amerika, dari zaman Columbus menemui Benua Amerika dan hingga  tahun 1960. Bermula dari penemuan benua amerika, melalui Era perintis, Rockville, dan kemudian kebangkitan dan penyebaran Rock and Roll.

Tarikan
Columbus Adventures
Double Rock Spin
Starlite Drive-in
Burger Café America
Let’s Twist
Skyway
Hurricane


MAGIC LAND



Magic Land mempamirkan tema cerita-cerita dongeng Grandpa Aesop dan ciri-ciri Kampung Aesop, serta beberapa tarikan dan permainan untuk kanak-kanak. Satu tempat di mana harapan dan impian menjadi kenyataan. Merungkai dunia fantasi, di mana cerita-cerita yang indah diberitahu.

Tarikan
Fountain of Wisdom
Flying Rescue
Good Friends Cabin
Play Yard
Hide Away
Fable Garden
Lily Dance


EUROPEAN ADVENTURE







Eropah Adventure meniru penampilan bandar Eropah dan dipenuhi dengan bunga wangi sepanjang tahun.

Tarikan
T Express
Burger Café Europe
Rotating House
China Moon


ZOOTOPIA.






Zootopia adalah syurga haiwan yang membawa kegembiraan dan keajaiban ke dalam hidup kita. Kita dibawa dalam bas dan melihat secara live kehidupan hidupan liar.

Tarikan
Amazon Express
Animal Wonder World


Khemah dan Tiang Pemanas




Rasanya di musim sejuk ini, penganjur menyediakan kemudahan pemanas untuk keselesaan pelawat, Terdapat di beberapa tempat yang strategik di sediakan khemah atau tiang pemanas ini.



Jam dah pukul 5.00 petang, rasa tak puas dan tak habis mencuba dan menikmat permainan dan tema yang disediakan. Dari Stesen Everland, kami menaiki bas terus ke Iteawon.


RESTORAN AL-NOOR



Makan malam hari ini di Restoran Al-Noor iaitu restoran India/Pakistan yang menyediakan Nasi Briyani. Restoran ini terletak di jalan menuju ke Masjid Besar Seoul. 



Selepas makan malam, kami berjalan kaki ke tempat penginapan. Kami berjalan pelahan-lahan sambil menikati suasana malam di Iteawon.


Klip Video


Gambar kenangan di Everland.


Tamat lawatan hari keempat.


Kembali ke - Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan (sila klik)


Aturcara Lawatan

05-06 Feb 2014   - Hari Pertama   (sila klik)

07 Feb 2014        - Hari Kedua      (sila klik)

08 Feb 2014        - Hari Ketiga      (sila klik)

09 Feb 2014        - Hari Keempat

10 Feb 2014        - Hari Kelima     (sila klik)

11 Feb 2014        - Hari Terakhir    (sila klik)


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem