Thursday, February 27, 2014

10 Feb 2014 - Lawatan Hari Kelima di Seoul


Hari merupakan hari terakhir jadual lawatan ke Seoul. Program lawatan kami adalah shopping sambil berjalan sekitar Seoul. Mengikut program kami akan melawat Namdaemun, Myeongdong, Dongdaemun dan EHWA. Kami tidak dapat melawat EHWA kerana kesuntukan masa.

Cuaca pagi ini cerah tetapi tetap sejuk.


NAMDAEMUN

Namdaemun Market, yang terletak di tengah-tengah Seoul, adalah pasaran tradisional terbesar  di Korea menjual pakaian kanak-kanak, lelaki & pakaian wanita, pelbagai barangan harian, peralatan dapur dan barangan tempatan dan yang diimport. Kebanyakan kedai-kedai mempunyai kilang-kilang dan membuat produk itu sendiri. Mereka boleh menawarkan harga borong dan harga runcit yang membolehkan pengunjung membeli pelbagai barangan pada harga yang sangat murah.

Untuk Namdaenmun, gunakan perkhidmatan Subway Line 4, berhenti di Stesen Hoehyeon dan keluar ke Exit 5.




Kedai yang dituju adalah kedai-kedai yang menjual brooch atau kerongsang. Walau pun brooch popular dikalangan rakyat Malaysia terutama wanita bertudung tetapi boleh dikatakan brooch tidak digunakan oleh wanita Korea dan ada setengahnya, mereka tidak tahu pun apa itu brooch.



Kemudian kami pergi ke kedai menjual barang-barang cenderahati. Disini harga barang cenderahati lebih murah jika dibandingkan dengan gerai-gerai di tepi jalan.



Kemudian kami pergi gerai-gerai di tepi jalan yang menjual pelbagai barangan, di sini kami mencari T-Shirt Korea.


DONGDAEMUN

Sejak pembukaannya pada tahun 1905, Dongdaemun Market  telah menjadi salah satu daripada pasar utama di Korea. Disini terdapat banyak pusat jualan pakaian secara borong dan terdapat lebih daripada 20 pusat membeli-belah. Pelbagai barangan dan fesyen dariapada hujung kepala ke kaki pada harga yang murah terdapat dalam Dongdaemun Market . Tidak hairanlah Dongdaemun Market sentiasa sesak dengan peruncit, orang asing, pelanggan dan pelancong.


Dari Namdaemun Market, kami menuju ke Dongdaemun Market. Kami pergi Dongdaemun Shopping Complex yang merupakan salah satu pasaraya yang terkenal di Korea. Kami. Disini menjual pelbagai kain, bahan, aksesori, produk perkahwinan, dan banyak lagi.




Disini kami membeli Silk Korea, penjual kain ini dah boleh bercakap Bahasa Malaysia, mungkin terlampau kerap rakyat Malaysia berkunjung ke kedai ini.


Makan Pizza Plus 



Berhenti sebentar di Restoran Pizaa Plus dan menikmati pizza disini.


MYEONGDONG




Terdapat beberapa pusat membeli-belah besar terletak di sepanjang jalan-jalan di Myeong-dong. Kedai untuk pakaian atau kosmetik dapat dilihat di setiap sudut, dan gerai-gerai jalanan di antara mereka, yang menawarkan makanan ringan yang lazat, pakaian murah, atau aksesori yang berkilauan.


 Setiap jenama kosmetik Korea mempunyai cawangan di Myeong-dong.


 Di Myeongdong, kami membeli kosmetik jenama Korea.



Selepas habis ketiga-ketiga market tersebut, kami pulang ke guesthouse. Kali ini pulang awal sedikit, mungkin shopping tadi terhad bagi kami kerana kebanyakan harga adalah mahal.



JALAN-JALAN MALAM ITEAWON




Keluar malam ke Iteawon untuk membeli makan malam dan sambil itu berjalan-jalan sekitarnya.


Tamat lawatan hari kelima.


Kembali ke - Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan (sila klik)


Aturcara Lawatan

05-06 Feb 2014   - Hari Pertama   (sila klik)

07 Feb 2014        - Hari Kedua      (sila klik)

08 Feb 2014        - Hari Ketiga      (sila klik)

09 Feb 2014        - Hari Keempat  (sila klik)

10 Feb 2014        - Hari Kelima 

11 Feb 2014        - Hari Terakhir    (sila klik)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...