Saturday, March 1, 2014

11 Feb 2014 - Lawatan Hari Terakhir di Seoul


Hari ini merupakan hari keenam dan hari terakhir kami di Seoul. Rasa nak tinggal lama lagi di sini. Jam pukul 4.00 pagi waktu Seoul, kami mulai bangun mengemas dan menyiap diri agar tiada yang tertinggal. Selepas siap mandi, kami menunggu Solat Subuh iaitu jam 5.58 pagi. Selepas solat, kami pun beredar dari rumah penginapan kami, Ines Inn. Cuaca di luar masih gelap lagi, kami telah mulai menarik beg-beg besar ke Stesen Nuksapyoeng.



Perjalanan dianggarkan 2 jam ke Incheon. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheoan, kami tidak dapat buat apa-apa, check-in bagasi, naik train ke terminal, naik van terus ke pesawat.  Penerbangan kami dijadualkan jam 9.35 pagi waktu Seoul.




Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami selamat mendarat di LCCT, pada jam 3.12 petang waktu Malaysia. Terasa sangat perbezaan cuaca disini, baru 20 minit dah mula berpeluh.




Selepas tuntutan bagasi, kami meninggalkan LCCT dan singgah di Bandar Baru Bangi untuk menikmati makan tengahari makanan Malaysia. Kami singgah di Islamic Kitchen.


Selepas makan kami pulang ke rumah. Semoga kami dimurahkan rezeki untuk dapat pergi melancong lagi. Amin.


Tamat percutian kami ke Seoul, Korea Selatan.


Kembali ke - Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan (sila klik)


Aturcara Lawatan

05-06 Feb 2014   - Hari Pertama   (sila klik)

07 Feb 2014        - Hari Kedua      (sila klik)

08 Feb 2014        - Hari Ketiga      (sila klik)

09 Feb 2014        - Hari Keempat  (sila klik)

10 Feb 2014        - Hari Kelima     (sila klik)

11 Feb 2014        - Hari Terakhir   


1 comment:

aishah mohd hassan said...

salam, ingin bertanya... untuk semua kos dari tiket kapal terbang, penginapan di Ines Inn srta makanan, berapa semua di peruntukkan untuk 6 hari itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...