Hari Ketiga sungguh bertuah kerana salji ringan mulai turun dari malam. Ini adalah suasana pertama pengalaman kami. Ramai juga pelancong yang bercuti di Korea dalam musim sejuk tetapi mereka tidak dapat merasai salji turun walau pun mereka berpeluang merasai salji yang berkumpul di tanah.
Lawatan kami hari ini ke Pulau Nami (Pulau Namiseom) yang terkenal dengan Drama Percintaan Korea - Winter Sonata. Hari ini kami keluar awal sedikit kerana perjalanan ke Pulau Nami mengambil masa lebih kurang 2 jam dari penginapan kami. Paspot mesti dibawa untuk memasuki Pulau Nami.
Dari mana-mana stesen subway, kita perlu menuju ke Stesen Gapyeong iaitu stesen paling dekat dengan terminal feri ke Pulau Nami.
Dari Stesen Gapyeong, kami menggunakan perkhidmatan teksi ke terminal feri.
Di Terminal feri, menunggu giliran untuk naik feri. Untuk mendapatkan tiket feri, perlu tunjuk paspot.
Feri mula bergerak, perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit dari terminal ke Pulau Nami.
Pulau Nami
Pulau Nami telah wujud hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Ia sebuah pulau berbentuk bulan sabit. Di pulau ini juga terletak kubur General Nami, yang mengetuai pemberontakan menentang pemerintah beraja, ketika itu adalah Raja Sejo, raja ke-7 Dinasti Joeson.
Jauh Pulau Nami dari Seoul ke arah Chuncheon adalah 63 km, dan terkenal dengan pokok-pokok chestnut dan pokok poplar yang indah ditaman sepanjang jalan-jalan di pulau ini. Untuk sampai ke sini dari Chuncheon lebih kurang 30 minit manakala dari bandar Seoul lebih kurang 1 jam. Memandangkan pulau ini tidak jauh dari Seoul, ramai pasangan dan keluarga datang melawat ke sini.
Satu ciri khas Pulau Nami ialah tidak ada tiang telefon dan elektrik. Ini kerana semua wayar telefon dan elektrik telah dibina di bawah tanah agar pengunjung dapat merasa suasana landskap semula jadi keindahan Pulau Nami.
Di tengah-tengah pulau, terdapat padang rumput. Ia terdiri daripada kemudahan pendidikan dan latihan, tapak perkhemahan, kolam renang dan kemudahan sukan air untuk perahu bermotor dan ski air. Terdapat juga sebuah taman tema dengan merry-go-round, padang sasar menembak, roller skating rink, dan terdapat juga kemudahan penginapan seperti resort dan banglo.
Nasi Goreng Goncang
Sebelum set nasi goreng sampai, kami diberi sarung tangan merah. Sarung tangan ini perlu dipakai untuk menggoncang nasi goreng sebelum dimakan. Selepas makan set perlu diangkat dan diserahkan kepada pencuci, sungguh tertib.
Musolla
Di sini terdapat Musolla, runag solat. Sebelum masuk ke ruang solat, terdapat Galeri N iaitu satu kawasan galeri buku untuk bacaan umum.
Siar-siar
Selepas makan dan solat, mengambil kesempatan menikmati suasana di pulau ini. Bergmabar ditempat-tempat yang terdapat dalam drama Winter Sonata.
Jam 5.00 petang, kami mulai bergerak ke terminal untuk pulang. Pulau ini di tutup jam 6.00 petang. Sebelah petang ini, salji turun dengan lebat sekali.
Dari Stesen Gapyeong, kami menggunakan perkhidmatan keretapi ITX terus ke Stesen Central Seoul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Restoran My Kebab, Iteawon
Dari Seoul Central, ke Iteawon. Kami singgah di Restoran My Kebab untuk makan malam kami. Resotran ini diusahakan oleh orang Turki.
Selepas makan kebab, kami berjalan pulang ke penginapan kami. Salji masih turun dengan lebat dan rasa seronok berjalan dalam salji.
Klip video - Gambar Kenang Pulau Nami
Kembali ke - Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan (sila klik)
Aturcara Lawatan
05-06 Feb 2014 - Hari Pertama (sila klik)
07 Feb 2014 - Hari Kedua (sila klik)
08 Feb 2014 - Hari Ketiga
09 Feb 2014 - Hari Keempat (sila klik)
10 Feb 2014 - Hari Kelima (sila klik)
11 Feb 2014 - Hari Terakhir (sila klik)
Comments