Bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan impian kami sekeluarga untuk pergi melancong ke negara China. Saya sekeluarga telah pergi melancong melalui pakej Twin City - Beijing and Shanghai oleh agen pelancongan, POTO Travel and Tours Sdn. Bhd. Tempoh lawatan pakej ini adalah selama 7 hari dan 6 malam bermula pada 2 Jun 2011 hingga 8 Jun 2011. Kami pergi secara berkumpulan seramai 27 orang termasuk pemandu pelancong, Puan Fatimah.
Duit China menggunakan matawang Yuan Renminbi ( ¥ ) atau RMB atau CNY di mana tukaran duit berbanding Ringgit Malaysia ketika ini adalah 100 CNY bersamaan dengan RM47.10.
CUACA
Waktu di Beijing dan Shanghai adalah sama seperti waktu di Kuala Lumpur.
Keadaan cuaca di Beijing ketika ini adalah panas di mana suhu di antara 20 C (malam) hingga 32 C (tengahari). Waktu siangnya lebih panjang (14 jam 55 minit) daripada waktu malam iaitu waktu terbit matahari lebih kurang jam 4:44 pagi dan waktu terbernam matahari lebih kurang jam 7:40 malam. Waktu Subuh jam 2:48 pagi.
Manakala cuaca di Shanghai ketika ini adalah mendung dan kadangkala hujan dengan suhu di antara 19 C (hujan) dan 29 C (tidak hujan) manakala waktu terbit matahari lebih kurang jam 4:49 pagi dan waktu terbernam matahari lebih kurang jam 6:56 petang. Waktu Subuh jam 3:12 pagi.
MAKANAN
Sepanjang di China, kami dihidangkan Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam. Sarapan pagi kebanyakan adalah roti dan nasi goreng dan kadang-kadang dihidangkan juga mi goreng. Minumannya memang standard iaitu Teh China dan Nescafe cair. Makan Tengahari dan Makan Malam, menunya lebih kurang sama. Kebanyakannya lauknya bergoreng dan terlalu banyak berminyak, menggunakan sos tiram, banyak lauk-lauk pelbagai sayur. Sayur yang semestinya ada, kobis bergoreng bersama sos tiram. Masakan di Beijing dan Shanghai, rasanya tidak pedas tetapi sedikit masin.
KENDERAAN
Kebanyakan kereta di China adalah buatan Eropah seperti Volkswagen, Audi, BMW dan kereta buatan Jepun sangat kurang disini. Manakala pemanduannya pula disebelah kiri seperti pemanduan dikebanyakan di Eropah. Di Bejing, jalanraya memang sesak tapi teratur.
Di China juga mempunyai pengurusan nombor pendaftaran kenderaan (plat) mengikut negeri/daerah dan penggunaan. Setiap aksara serta warna melambangkan dimana pendaftaran dibuat atau kelas kegunaan bagi kenderaan tersebut.
Motosikal yang menggunakan minyak petrol atau enjin yang mengeluarkan asap tidak dibenarkan di China kecuali motosikal kegunaan polis. Kebanyakan penduduknya menunggang basikal atau motosikal menggunakan bateri. Kebanyakan jalaraya di sini mempunyai lorong khas untuk kenderaan jenis ini.
LANDSKAP
Kebanyakan jalan-jalan di bandar Beijing dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang cantik dan menarik.
SOSIAL MEDIA
Sepanjang kami di China, kami tidak dapat menggunakan kemudahan jaringan sosial seperti Facebook kerana ia disekat dan dikawal oleh Kerajaan China walau bagaimana pun akses ke website yang lain di Internet dibenarkan dan boleh dicapai.
Kami selamat pulang pada 8 Jun 2011 dan mendarat di KLIA pada jam 4.30 petang.
ITINERARI
- HARI 01: K.LUMPUR – BEIJING (sila klik)
- HARI 02: BEIJING (sila klik)
- HARI 03: BEIJING (sila klik)
- HARI 04: BEIJING-SHANGHAI (sila klik)
- HARI 05: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 06: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 07: SHANGHAI - KUALA LUMPUR (sila klik)
LINK
Comments