Skip to main content

Posts

PERCUTIAN SANTAI KE BANGKOK - Hari Kedua 14-02-2025

SARAPAN PAGI DI HOTEL Hari kedua, pagi ini dimulakan dengan bersarapan di Hotel Patra. Akitiviti hari ini kami akan melawat Maeklong Railway Market. Untuk lawatan ini, elok datang awal pagi kerana cuaca agak sejuk sedikit dan tidak panas. Sebelum bergerak, kami mengambil gambar di hadapan hotel penginapan. SAWAH GARAM Dalam perjalanan ke Maeklong Railway Market, di Samut Sakhorn, satu permandangan macam bendang sawah tetapi bukan taman padi, rupanya bendang ini adalah perusahaan membuat garam. Memang unik. Membuat garam daripada air laut merupakan industri utama di Thailand. Garam putih yang dihasilkan akan melalui pelbagai fasa pengeluaran. Air laut dipam dari teluk Thailand akan dialirkan ke dalam ladang segi empat tepat cetek yang dibentangkan oleh pemilik ladang. Air garam dibiarkan sejat dalam jangka masa tertentu. Apabila penyejatan berakhir, garam dikikis dan dimasukkan ke dalam timbunan kecil sebelum dikumpulkan oleh sepasukan pekerja yang mengangkut garam ke tepi ...

PERCUTIAN SANTAI KE BANGKOK - Hari Pertama 13-02-2025

HARI PERTAMA - 13-02-2025 KLIA Peserta Trip ke Bangkok diminta berkumpul di KLIA pada jam 5.00 pagi. Sebelum berangkat, wakil syarikat memberi penerangan berkenaan pakej kami. The Self-Service Baggage Drop (SSBD) Penurunan Bagasi Layan Diri (SSBD) adalah kemudahan mesra pengguna di Bangunan Terminal Utama (MTB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1, membolehkan penumpang menurunkan bagasi mengikut keselesaan mereka sendiri. Untuk menggunakan SSBD, penumpang mesti sudah menyediakan pas masuk dan tag bagasi mereka, yang boleh diperoleh melalui daftar masuk kiosk. Kami semua menggunakan perkhidmatan ini untuk daftar masuk beg. Cara ini lebih mudah dan mempercepatkan urusan daftar masuk bagasi. First time saya guna perkhidmatan ini. KETIBAAN DI BANGKOK Kami selamat mendarat di Suvanphumi International Airport, Bangkok jam 9.50 am waktu Bangkok. Perjalanan dari KLIA ke Bangkok mengambil masa 1 jam 50 minit. Suvanahumi International Airport Lapangan...