Skip to main content

Posts

TAJWID - MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT-SIFATNYA

Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija'iyyah. Terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus. 1. Al-Halq Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak. 2. Al-Lisan Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah. Makharaj Lidah ini pula terbahagi kepada bahagian 10. 3. As-Syafatain Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain. Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja. 4. Al-Jauf Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf MAD yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut. Terdapat 3 huruf MAD yang keluar dari rongga mulut. 5. Al-Khaisyum Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( Ù… ) dan Nun ( Ù† ) yang berbaris mati dan syad...

03101963 - SEMOGA ALLAH MEMBERI BARKAH ATAS UMURKU

ALHAMDULILLAH Ya Allah, syukur padaMu terhadap usia yang telah Engkau berikan padaku. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Terima kasih untuk setiap dugaan dan ujian yang telah Engkau turunkan terhadapku. Ya Allah! Panjangkan umur ku, sihatkan jasad ku, terangi hati ku, tetapkan iman ku, baikkan amalan ku, luaskan rezeki ku, dekatkan ku pada kebaikan dan jauhkan ku dari keburukan, kabulkan semua cita-cita dan hajat ku dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan padaku, namun terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Ampunkanlah aku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda. Namun, dengan limpah rahmatMu, Engkau masih memberiku peluang mencari redhaMu. Terima kasih Ya Allah.

RESEPI : Tom Yam Santan

Tom Yam Santan Yang Pedas Dan 'Creamy' Bahan-bahan (pes tom yam) : - 15 keping cili kering - 1 biji bawang besar - 3 ulas bawang putih - 1 inci lengkuas - 1 inci belacan bakar - 2 batang serai - Jus limau nipis Bahan-bahan (lain-lain) : - Daun limau purut - 1 inci halia - 1 inci lengkuas - 7 biji cili padi - Dada ayam - Sotong - Udang - Tomato - Jagung - Cendawan tiram - 1 cawan santan - 1 sudu besar sos ikan - Garam - Gula - Daun ketumbar Cara- cara : 1. Kisar bahan untuk pes tom yam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis hingga garing. 3. Masukkan daun limau purut, serai, lengkuas, halia dan cili padi. 4. Masukkan air dan biar didih. 5. Kecilkan api dan masukkan tomato, jagung, cendawan tiram dan dada ayam. 6. Masukkan sotong dan udang. 7. Masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan daun ketumbar. Kacau. 8. Siap untuk dihidang! Resepi berpandukan klip video berikut dan ubahsuai ikut citarasa sendiri. Klip Video Selam...

RESEPI : Udang Goreng Telur Masin

BAHAN-BAHAN 1. 25 ekor Udang bersaiz sederhana. 2. 1 cawan Tepung Goreng Rangup Serbaguna 3. 3 biji Telur Masin ( saya guna putihnya sekali ) 4.  Daun Bawang ( dihiris ) 5.  2 inci Halia ( dihiris halus ) 6.  1 labu Bawang Putih ( dihiris halus ) 7.  10 biji Cili Padi ( dihiris halus ) 8.  1 biji Telur Ayam 9.  Sedikit Jus Lemon 10. Sedikit serbuk Lada Hitam  11. Beberapa helai Daun Kari. 12. Minyak Masak ( untuk mengoreng udang ) CARA MEMBUATNYA : Saya memasak resepi ini berdasarkan video berikut, dengan sedikit pindaan iaitu: 1. Semasa pembersihan udang, saya tidak membuang kepala udang. 2. Saya merebus telur masin dan saya guna keseluruhan telur masin (termasuk putih telur). KLIP VIDEO Kredit :  Mrs Culinanry SELAMAT MENCUBA.

KELAS TAJWID : MAD TAMKIN

MAD TAMKIN Cara dibaca : Panjang 2 harakat. Suara dianyun tidak melebihi 2 harakat. Contoh Ayat LINK Home Library Kelas Tajwid

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat fardhu. Solat Sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat Rawatib yang muakkad dan  sunat Rawatib yang ghaira muakkad . Disamping itu juga, sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori iaitu dikenali sebagai solat sunat Qabliyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas). Solat Sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita. Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib. ( 10 Rakaat ) Dahlil tentang sunat melakukan solat ini, Sebuah hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim; Maksudnya : " Dari Abdullah bin Umar, katanya 'Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah S.A.W dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh '. " (Muttafaq'alaih). ...

2018 FIFA WORLD CUP RUSSIA - FRANCE JUARA

Tiga puluh dua negara bermain dalam 64 perlawanan di 11 bandar raya Rusia yang berlainan selama satu bulan dan dua hari untuk menentukan pemenang Piala Dunia - hadiah paling hebat dalam bola sepak dan sukan paling berprestij di dunia. Kejohanan ini bermula di Stadium Luzhniki Moscow pada 14 Jun dan berakhir di tempat yang sama pada 15 Julai. Didier Deschamps mengekalkan kesebelasan pemain Perancis yang sama seperti di peringkat separuh akhir iaitu dibarisi oleh Lloris (Penjaga Gol), Pavard, Varane, Umtiti, Hernandez, Pogba, Kante, Matuidi, Griezmann, Giroud dan Mbappe. Pasukan Croatia juga mengekalkan kesebelasan pemainnya ketika menang menentang England diperingkat separuh akhir. Pasukan Croatia pernah bertemu dengan Perancis 20 tahun lalu dalam diperingkat separuh akhir tetapi mereka tewas. Kesebelasan pemain Croatia iaitu Subasic (Penjaga Gol), Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic, Rakitic, Brozovic, Rebic, Modric, Perisic dan Mandzukic. Perancis (France) t...