Skip to main content

Posts

Soal Jawab HAJI (Soalan 103, 104 dan 105)

Soalan 103 Katakan saya terlepas wuquf kerana masalah kesihatan sikit. Sampai-sampai sudah 10 Zulhijah? Jawapan Kalau terlepas wuquf, tiada hajilah tahun itu. Wuquf tidak boleh diqada . Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Haji adalah Arafah. Sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam hari Muzdalifah maka (hampir) sempurnalah hajinya " ( Riwayat al-Nasa'i, no. 4011 ) Hadis ini menunjukkan bahawa kalau dapat wuquf di Arafah pada masanya, dapatlah haji . Kalau tidak, tak adalah haji. Soalan 104 Eloknya semasa wuquf ini, apa aturannya yang molek? Jawapan Aturan Semasa Wuquf 1. Masuk Arafah Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari , berada di Masjid Namirah sengga masuk waktu Zohor. 2. Melakukan wuquf selepas solat jamak. Mealkukan wuquf selepas solat jamak . Melakukan soalat jamak (solat Zohor dan Asar secara jamak takdim) kerana ibadah ini mengikut sunnah Nabi. 3. Zikir, doa, takbiah dan membaca al-Quran Disunat...

Soal Jawab HAJI (Soalan 100, 101 dan 102)

Soalan 100 Di mana kita berwuquf? Jawapan Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf . Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf ." ( Riwayat Abu Daud no. 1936 ) Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut  sunah Nabi SAW. Soalan 101 Kena ada wudukkah ketika  berwuquf? Jawapan Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada  hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf. Soalan 102 Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat? Jawapan Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW: Maksudnya " " Sebaik-baik doa  ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah  (tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa .)" ( Riw...

SELAMAT HARI LAHIR KU 2015

HARI LAHIR KU KE-52 Waktu berjalan tiada henti.  Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.  Mengiringi usiaku yang terus bertambah hari ke hari.  Hingga saat ini. Pada hari ini, apapun impian yang aku impikan,  semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.  Apapun rencana yang akan aku buat,  semoga semua itu tercapai.  Semoga kegembiraan mengisi diriku dalam setiap waktu.  Hari ini aku berdoa sepenuh hati : " Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat,  dan sentiasa dalam redha Allah SWT ." Aamiin.

Soal Jawab HAJI (Soalan 98 dan 99)

Soalan 98 : Ada orang nampak macam wuquf lebih awal sebelum gelincir? Jawapan : Memang ada kerana pendapat mazhab Hambali bahawa waktu wuquf bermula daripada terbit fajar har 9 Zulhijjah . Maknanya pagi lagi sudah boleh wuquf. Mungkin moleknya juga pendapat ini. Sabda Nabi SAW: Maksudnya : "... dan dia telah berwuquf sebelum itu di Arafah malam atau siang, maka sempurnalah hajinya ." ( Riwayat al-Tirmizi no. 819 ) WAKTU WUQUF Dalam hadis ini, siang zahir hadir menunjukkan siang adalah waktu wuquf. Ia tidak terikat dengan gelincir matahari. Namum majoriti ulama menyatakan bahawa amalan Nabi SAW dan khalifah al-Rasyidin menunjukkan bahawa mereka berwuquf selepas gelincir matahari. Oleh itu, boleh sebenarnya untuk kita memulakan wuquf lebih awal sebelum gelincir. Walau bagaimanapun, kenalah tunggu juga gelincir matahari barulah bolhe meninggal Arafah. Soalan 99 : Kena berwuquf siang dengan malamkah? Jawapan : Sunatn...

TUA MENGERJA KITA

Lirik sebuah lagu " TUA MENGERJA KITA " yang didendangkan oleh artis Fauziah Latif suatu ketika dahulu, bila diamati lirik, ia penuh memberi makna kepada kita yang meningkat tua. TUA MENGERJA KITA  Ingatkah semua Hari tua pasti menjelma Detik waktu yang laju Pantasnya tak akan menunggu Begitu usia Makin hari makin meninggi Siang malam berganti Yang pergi tak berulang sekali lagi Begitu cepat putaran masa Terkadang tanpa pun kita sedar Siapa yang lebih bersedia Dialah yang selesa Tua mengejar Pasti tiba masanya Kau merasa Hidup tak segagah Waktu remaja Di mana tenaga Menyala-nyala Di hari tua Makin terpadam semua Tua mengejar di mana kau berada Tak berbeza semua kan merasa Itu hakikat tak bisa hindari Walau seinci bersihkan diri Sebelum terlewat nanti Hey kawan semua Aku cuma memberi pesan Andai cukup bekalan Tak mungkin kita kehausan Usahlah menunggu Uban memutih di rambutmu Cepat-cepat b...

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA 1436H

Bacaan Labbaik allahumma labbaik oleh Mishari Alafasy  

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015

Kemerdekaan hanya datang sekali. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya. Pemimpin mahupun rakyat, kita cintakan negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Di sini tanah tumpahnya darahku!