Skip to main content

Posts

PERCUTIAN KE PULAU BALI, INDONESIA 2015

Percutian ke Pulau Bali bermula 14-17 Mei 2015 iaitu 4 hari 3 malam. Percutian Bali ini bersama-sama kawan-kawan/jiran di Taman Perumahan. Percutian kami ini adalah percutian persendirian. PULAU BALI Pulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara ke Pulau Bali. Sekali pandang, pulau Bali seakan-akan berbentuk seekor ayam. KLIA2-LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA NGURAH RAI, BALI Kami berangkat ke Bali dengan penerbangan AirAsia. Penerbangan ke Bali mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit. Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai MENGINAP B HOTEL BALI Sepanjang di Bali, kami menginap di B Hotel Bali. Hotel ini terletak di No. 508, Jalan Imam Bonjol, Denpasar. Hotel yang cantik, di tengah-tengah kawasannya terdapat kolam renang. M...

Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya...

Soal Jawab HAJI (Soalan 86 dan 87)

Soalan 86 Kalau kain ihram, kena pakai yang itu sahajakah? Tidak boleh tukarkah? Jawapan Boleh tukar tetapi tukar kepada kain ihram jugalah. Bukanlah kena pakai sampai sebulan tidak bertukar atau berbasuh. Ini kotor dan memaudaratkan  kesihatan. Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram. Soalan 87 Orang ihram boleh mandi atau tidak? Jawapan Mestilah boleh mandi . Mana ada larangan ihram menyebut bahawa tidak boleh mandi. Cuma masa mandi janganlah gosok sana sini , kemudian guna pula sabun yang ada bau wangian. Guna sabun tidak salah tetapi yang ada bau wangian itu jadi masalah . Ini kerana tujuan asal penggunaan sabun bagi membersihkan bukannya berwangian. Kalau menggunakan tuala pun tidak ada salahnya. Tuala bukanlah kain yang berjahit dan bercantum. Masa mandi juga, seeloknya jangan digosok badan kuat-kuat sampai tertanggal bulu rambu t. Mandi...

MAKAN-MAKAN - Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant 13A/15A, Jalan 8/35, Seksyen 8,  43650 Bandar Baru Bangi,  Selangor Menikmati makan malam di Sri Bangi Horizan Restauran di Bandar Baru Bangi. Masakan sedap boleh cuba, harga pun boleh tahan juga.

MAKAN-MAKAN - Nasi Arab D'Arab Cafe

Restoran Nasi Arab, D’Arab Cafe Lot 3, Kompleks Anjung 7 Seksyen 7, Shah Alam Boleh try Nasi Arab di sini , nasinya best.