Skip to main content

Posts

RAWATAN ALTERNATIF : MEMBUKA SALUR DARAH JANTUNG TERSUMBAT

Rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass , bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. Bahan diperlukan : 1 cawan jus lemon 1 cawan jus halia 1 cawan jus bawang putih 1 cawan cuka epal Cara Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil. Sumber : dari facebook

Soal Jawab HAJI (Soalan 46 dan 47)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 46 : Dari manakah datangnya ketetapan miqat-miqat untuk mengerjakan ibadah ini?  Jawapan : Dalil miqat ini adalah daripada Rasulullah S.A.W. sendiri. Menurut sebuah riwayat yang sahih, Ibn Abbas r.a. berkata : Maksud : " Nabi S.A.W menentukan bagi penduduk Madinah akan Zul Hulaifah, dan bagi penduduk Syam akan al-Juhfah, dan bagi penduduk Najd akan Qarnul Manazil, dan bagi penduduk Yaman akan Yalamlam ." MIQAT MAKANI 1. Zul Hulaifah (Bir Ali) Miqat bagi penduduk Madinah. Jaraknya lebih kurang 10 km dari Madinah. Mungkin sekitar 460 km dari Makkah. Bagi Jemaah yang pergi ke Madinah dahulu, maka di sinilah miqatnya. 2. Al-Juhfah Miqat bagi penduduk Syam, Mesir, Sepanyol, Maghribi dan negeri-negeri dari arahnya. Jaraknya pula sekitar 180 km dari Makkah. 3. Qarnul Manazil Miqat bagi penduduk dari arah Najd, Kuwait dan Malaysia (melalui udara). Jaraknya sekitar 89 km dari Makkah. 4. Yalamlam Miqat bagi penduduk Yaman. ...

MANA MAK!

Gambar Hiasan Mana Mak?' Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “ Along mana ?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan mak an.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana ?” Mak jawab, “ Angah mandi, baru balik main bola .” Ayah tanya Mak, “ Ateh mana ?” Mak jawab, “ Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam ?” Ayah tanya lagi, “ Adik dah balik ?” Mak jawab, “ Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik .” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahar...

JAMUAN HARI RAYA PPPBCJ 2013

              Jamuan Hari Raya PPPBCJ 2013/1434H telah diadakan di Padang Permainan Fasa 2B pada 24 Ogos 2013 bermula jam 9.00 malam.        

Lebaran Ini (1434H)

1 Syawal 1434H di Taman Cheras Jaya Lagu : Lebaran Ini Artis :  Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai

OH! RAMADHAN 1434H

AYAT AL-QURAN Apabila tiba bulan Ramadhan maka kita sering terdengar ayat-ayat Al-quran berikut dibaca dan dihuraikan oleh penceramah dan ustaz. Ayat tersebut adalah Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ."  (183) " (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demi...

RESEPI - UDANG MASAK MENTEGA (BUTTER PRAWN)

Bahan-bahannya 15-20 ekor udang 3 biji telur 1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh) 3 helai daun kari 1 batang daun sup 1 batang cili hijau 2 sudu kecil serbuk lada hitan 1 sudu kecil serbuk lada putih garam dan ajinomoto Cara membuatnya : 1. Asingkan telur yang kuning dan putih di dalam bekas yang berbeza. 2. Tuang putih telur ke atas udang 3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Gaulkan 4. Masukkan cili hijau dan gaulkan 5. Masukkan sesudu lada putih dan sesudu lada hitam dan gaulkan 6. Masukkan daun sup dan daun kari. Gaul rata 7. Masukkan 1/4 buku butter ke dalam kuali. Goreng udang 8. Goreng udang sampai udang tukar warna oren 9. Angkat dan toskan udang itu. Biar dia duduk dalam tos tu 10. Untuk kuning telur, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta sesudu lada hitam. Pukul kuning telur sampai kembang 11. Masukkan baki butter tadi semua ke dalam kuali panas. Tunggu sampai butter panas, cair dan berb...