BAB 5 - MIQAT HAJI
Soalan 46 :
Dari manakah datangnya ketetapan miqat-miqat untuk mengerjakan ibadah ini?
Jawapan :
Jawapan :
Dalil miqat ini adalah daripada Rasulullah S.A.W. sendiri. Menurut sebuah riwayat yang sahih, Ibn Abbas r.a. berkata :
Maksud :
"Nabi S.A.W menentukan bagi penduduk Madinah akan Zul Hulaifah, dan bagi penduduk Syam akan al-Juhfah, dan bagi penduduk Najd akan Qarnul Manazil, dan bagi penduduk Yaman akan Yalamlam."
MIQAT MAKANI
1. Zul Hulaifah (Bir Ali)
Miqat bagi penduduk Madinah. Jaraknya lebih kurang 10 km dari Madinah. Mungkin sekitar 460 km dari Makkah. Bagi Jemaah yang pergi ke Madinah dahulu, maka di sinilah miqatnya.
2. Al-Juhfah
Miqat bagi penduduk Syam, Mesir, Sepanyol, Maghribi dan negeri-negeri dari arahnya. Jaraknya pula sekitar 180 km dari Makkah.
3. Qarnul Manazil
Miqat bagi penduduk dari arah Najd, Kuwait dan Malaysia (melalui udara). Jaraknya sekitar 89 km dari Makkah.
4. Yalamlam
Miqat bagi penduduk Yaman. Jaraknya sekitar 89 km dari Makkah.
5. Zatu I'rqin
Miqat bagi penduduk dari Iraq. Jaraknya sekitar 90 km dari Makkah. Ini bersabit dengan satu hadis :
Maksud : "Dan miqat penduduk Iraq ialah Zatu I'rqin"
Pada hari ini Jemaah yang melalui kawasan-kawasan tersebut melalui udara pun berniat seperti penduduk kawasan itu. Oleh itu, miqat orang dari Malaysia adalah di Qarnul Manazil.
Sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya : "Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang yang dating melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan haji dan umrah".
Soalan 47:
Apakah miqat bagi penduduk kota Makkah?
Jawapan :
Miqat mereka ialah Tanah Haram iaitu Makkah sendiri iaitu di rumah-rumah mereka. Kalau hendak ihram haji di Masjilharam pun boleh.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...

(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments