Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tanjung Karang

Cuti Santai ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan 4-6 September 2025

1.0   PENGENALAN Trip Jalan-jalan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan selama tiga hari dua malam bermula dari 4 September 2025 hingga 6 September 2025. Kami sekeluarga seramai 8 dewasa dan 2 kanak-kanak menyertai trip santai ini. Sekinchan memang terkenal dengan kawasan sawah padi dan suasana kampungnya. Namun, ia juga popular dengan kawasan pantai dan kampung nelayan. 2.0   PERANCANGAN AWAL Percutian ini telah dirancang sebulan awal dengan kami melayari internet untuk mencari homestay yang sesuai untuk kami sekeluarga, tempat-tempat yang menarik yang hendak dilawati. Kami telah mencari beberapa homestay terutama sekitar kawasan Sekincahn. Kebanyakannya homestay yang kami ingini, penuh dan telah ditempah. Maklumlah masa minggu ini merupakan minggu cuti kerana terdapat dua hari cuti am. Pesanan kami, kalau hendak bercuti musim cuti panjang, perlulah mencari dan tempah lebih awal supaya tidak terlepas. Selain dari homestay, kami juga mencari tempat...