1.0 PENGENALAN
Trip Jalan-jalan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan selama tiga hari dua malam bermula dari 4 September 2025 hingga 6 September 2025. Kami sekeluarga seramai 8 dewasa dan 2 kanak-kanak menyertai trip santai ini. Sekinchan memang terkenal dengan kawasan sawah padi dan suasana kampungnya. Namun, ia juga popular dengan kawasan pantai dan kampung nelayan.
2.0 PERANCANGAN AWAL
Percutian ini telah dirancang sebulan awal dengan kami melayari internet untuk mencari homestay yang sesuai untuk kami sekeluarga, tempat-tempat yang menarik yang hendak dilawati. Kami telah mencari beberapa homestay terutama sekitar kawasan Sekincahn. Kebanyakannya homestay yang kami ingini penuh dan telah ditempah. Maklumlah masa minggu ini merupakan minggu cuti kerana terdapat dua hari cuti am. Pesanan kami, kalau hendak bercuti musim cuti panjang, perlulah mencari dan tempah lebih awal supaya tidak terlepas.
Selain dari homestay, kami juga mencari tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati, terutama kawasan yang menjadi tumpuan, tempat viral, spot pelancong dan kebanyakan orang pergi, apabila bertandang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan.
Tidak lupa juga, tempat-tempat makan dan restoran yang menjadi pilihan pengunjung ke kawasan ini.
3.0 RnR SUNGAI BULOH
Kami bergerak dari rumah kediaman dalam pukul 10.30 pagi dan singgah di tempat rehat RnR Jejantas Sungai Buloh Arah Utara. Kami berhenti untuk menikmat makanan tengahari dan makanan ringan di sini. Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke homestay Aidafzl Paddy Cottage.
4.0 AIDAFZL PADDY COTTAGE
Homestay yang kami tempah adalah Aidafdzl Paddy Cottage.
Rancangan awal hendak tinggal sekitar Sekinchan tetapi tidak kesampaian kerana kebanyakan telah ditempah oleh pengunjung lain. Dapat juga kami menempah homestay yang sesuai bagi kami sekeluarga, tetapi bukan di Sekinchan, homestay ini terletak di Tanjung Karang. Walaupun di Tanjung Karang, homestay tidak jauh dari Sekinchan, lebih kurang 20km saja.
Alamat penuh homestay ini adalah PT 4837, Jalan Tiram Buruk, Kampung Sawah Sempadan, Kampung Bendang Gemilang, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Malaysia.
Rumah Hijau ini mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air, satu ruang tamu yang luas dan dapur. Di dapur disedia alat memasak, periuk nasi, kuali dan pinggan. Kita boleh memasak di homestay ini. Selain itu terdapat juga peti ais dan mesin basuh.
Di laman homestay ini terdapat satu gazebo untuk kita bersantai sambil menikmati suasana permandangan sawah padi.
Di sebelah kiri homestay terdapat satu pentas kecil untuk kita bergambar dengan berlatarbelakang sawah padi. Sungguh cantik permandangan sawah padi yang sedang menghijau terbentang luas.
Homestay ini mempunyai kolam mandi private. Kolam mandi terletak di kawasan belakang homestay.
Terdapt dua petak kolam, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Kolam tidak bercampur dengan orang luar, khas untuk mereka yang tinggal di homestay ini sahaja boleh menggunakannnya. Kami tidak melepaskan peluang menggunakannya.
Berdekatan dengan homestay kami tinggal, terdapat sebuah surau/masjid, Surau Blok K yang agak besar juga.
5.0 TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN SPOT PELANCONG
Tidak pasti apa yang perlu dilakukan di Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan? Di sini saya akan berkongsi beberapa tempat-tempat terbaik dan spot pelancongan untuk dilakukan di kawasan ini.
Kesan daripada drama TVB berjudul Outbound Love, permata Malaysia yang dahulunya tersembunyi telah menjadi salah satu destinasi popular di negara ini.
Selepas melawatnya sendiri, kita benar-benar dapat melihat sebabnya. Sawah padi yang subur terbentang jauh di luar ufuk di samping perkampungan nelayan yang menarik yang mengekalkan semua daya tarikannya, Sekinchan dan sekitarnya sungguh cantik.
Berikut adalah beberapa catatan sempat kami lakukan di sini.
5.1 PERMADANGAN SAWAH PADI
Melihat Sawah Padi Sekinchan yang menakjubkan. Sawah Padi di Sekinchan ini memang antara lokasi yang popular di kalangan orang kita. Sebut sahaja nama Sekinchan, mereka terus terbayang sawah padi yang hijau dan luas terbentang. Sawah Padi di Sekinchan ini memang cantik.
Walaupun Sekinchan adalah sebuah perkampungan nelayan, ia lebih terkenal dengan hamparan sawah yang indah. Sawah padi ini menguasai landskap Sekinchan, dan terbaik untuk menikmati keindahan di Sekinchan. Bila kita tengok, ia sangat luas sehingga nampak garisan bumi hijau ini bertemu dengan langit biru. Kecantikan inilah yang membuatkannya antara tarikan utama di Sekinchan.
Mengunjungi sawah padi Sekinchan adalah satu kemestian jika kita datang dari bandar yang penuh tekanan kerana ia mengingatkan kita pada hari-hari yang lebih indah. Kita boleh menyaksikan pokok padi bergonyang sepoi-sepoi bebas ditiup angin, dengar kicauan bunyi burung, dan rasakan ketenangan fikiran kita.
Sekinchan tidak dinafikan antara tempat tercantik di Malaysia.
5.2 AH MA HOUSE SEKINCHAN
Ah Ma House yang terletak di Sekinchan. Ah Ma bermaksud nenek dalam bahasa Hokkien. Rumah Ah Ma ialah tarikan unik di Sekinchan yang menunjukkan sejarah yang kaya di rantau ini.
Ah Ma House merupakan kedai bakeri yang menjual Kuih Kapit (wafel telur) yang mempunyai rasa tradisional yang kaya. Rumah Ah Ma juga sesuai untuk pengunjung mengambil gambar kerana terdapat banyak barangan vintaj dan perabot serta peralatan tradisional yang digunakan selama beberapa dekad.
Siapa yang merupakan peminat kuih tradisional masyarakat Cina iaitu Kuih Kapit? Di sini lah kedai lama yang cukup sinonim dengan kuih tradisional ini.
Ah Ma’s House sudah pun beroperasi selama bertahun-tahun. Malah, pembuatan kuih Kapit mereka tetap dengan cara dan alatan tradisional. Ah Ma House mengekalkan kualiti produk mereka dengan 'buat sekarang-jual sekarang' dalam membuat wafel telur mereka. Jadi, rasanya juga cukup authentic dan asli. Pengunjung boleh merasai sendiri cara tradisional membuat Kuih Kapit / wafel telur. Kuih Kapit dibuat dengan mengapit adunan telur menggunakan acuan besi dan dibakar di atas arang. Wafel telur yang dijual di sini ialah Wafel Telur warisan nenek yang mempunyai rasa yang kaya pada zaman dahulu.
Selain dari kuih Kapit, mereka turut menjual kuih-muih lain dan makanan ringan tempatan tradisional Malaysia seperti biskut dan pencuci mulut. Makanan ringan ini membawa kembali beberapa kenangan zaman kanak-kanak. Selain dari kuih Kapit, mereka turut menjual kuih-muih lain.
Menampilkan konglomerat perkara lama seperti kamera filem, Game Boy, TV bersaiz peti sejuk dan barangan lain yang sebelum zaman saya, melangkah ke Rumah Ah Ma adalah seperti melangkah ke mesin masa. Kita boleh merasa nostalgia di rumah tradisional Cina ini.
Ah Ma’s House ini juga sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menempatkan dan mencerminkan tradisi masyarakat Cina dari zaman dahulu. Banyak barangan antik menghiasi kedai ini. Nak bergambar pon cukup menarik.
5.3 TERMINAL SEKINCHAN
'Terminal Sekinchan' menjadi Lokasi Mesti Dilawati di Sekinchan.
Terminal Sekinchan, yang menempatkan pesawat Boeing 727 di tengah-tengah sawah padi di Parit 5, akan menjadi tarikan baharu bagi sektor pelancongan di Sekinchan dan Selangor. Terminal ini, yang akan dibangunkan sebagai Kafe Outlet Premium pada masa hadapan.
Kawasan tersebut menjadi tumpuan peminat OOTD (Outfit of the Day) yang datang ke Sekinchan kerana suasananya yang unik yang menawarkan pemandangan sawah padi yang cantik.
Terminal Sekinchan telah mendapat promosi tersendiri, kerana rata-rata pengunjung menangkap gambar, termasuk penggunaan dron, untuk dimuat naik di platform media sosial masing-masing. Ia juga mendapat liputan daripada media tempatan dan menjadi viral di media sosial, malah sehingga ke peringkat antarabangsa.
5.4 PANTAI REDANG SEKINCHAN
Jika kita ingin bersiar-siar dan meneroka Sekinchan, tidak lengkaplah jika tidak ke Pantai Redang Sekinchan. Nikmati angin pantai sambil berkelah atau bermain layang-layang bersama keluarga.
Pantai Redang ialah pantai tersembunyi di Sekinchan. Pantai Redang adalah tempat tersembunyi yang patut dikunjungi di Sekinchan. Walaupun kualiti pantai Sekinchan ini tidak dapat dibandingkan dengan Langkawi, Pantai Redang masih menarik ramai pengunjungg pada hujung minggu dan cuti.
Pantai Redang terletak sangat dekat dengan kawasan restoran makanan laut di Bagan. Kita boleh pergi ke Pantai Redang selepas makan makanan laut yang lazat. Untuk mendapat view yang cantik, melawatlah Pantai Redang ketika waktu matabari terbenam. Pada waktu ini kita dapat melihat matahari terbenam yang indah di Pantai Redang.
Jika anda melancong bersama keluarga di Malaysia, Pantai Redang adalah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak anda. Mereka boleh menghabiskan berjam-jam berlari naik dan turun pasir lembut, memerhati risalah layang-layang, dan berenang di air sejuk yang menenangkan.
Di Sekitar kawasan Pantai Redang Sekinchan ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan makanan laut.
5.5 PERKAMPUNGAN NELAYAN SEKINCHAN
Sekinchan yang terkenal dengan suasana sawah padinya, juga sinonim dengan suasana perkampungan nelayan. Perkampungan Nelayan Sekinchan memang sangat popular dan digemari golongan yang sukakan sukan memancing. Bukan sahaja anda dapat memancing bersama, kita juga boleh menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan yang cukup tenang. Sangat berbeza dengan suasana kota yang sentiasa sibuk dan penuh dengan tekanan.
Bagan adalah perkampungan nelayan utama di Sekinchan. Perkampungan nelayan ini terletak di sepanjang sungai dan pelabuhan laut kecil di barat daya bandar. Industri perikanan menguasai ekonomi Bagan. Perkampungan nelayan ini akan menjadi sangat sunyi selepas semua bot nelayan pergi ke lautan untuk menangkap ikan pada waktu pagi.
Keadaan perkampungan nelayan ini akan berubah menjadi sangat sibuk semasa bot nelayan kembali ke pelabuhan, dan kita akan melihat nelayan sibuk dengan kerja mereka untuk memunggah hasil tangkapan dan pekerja di jeti sibuk mengkategorikan mengikut jenis dan saiz. Kami menggambarkan perkampungan nelayan ini sebagai Kampung Nelayan yang Tenang dan Sibuk.
5.6 HUSSIN FAUZI FARM, KUALA SELANGOR
Hussin Fauzi Farm terletak di Taman Bukit Belimbing, Hussin Fauzi Farm merupakan zoo haiwan peliharaan dengan harga mampu milik. Hussin Fauzi Farm adalah ladang yang bagus untuk dikunjungi bersama keluarga dan orang tersayang.
Untuk masuk dan melawat zoo ini, pengunjung perlu membeli tiket iaitu RM15.00 untuk dewasa dan RM7.00 untuk kanak-kanak.
Dari llama dan Alpacas ke Unta dan Burung unta, pelawat dibenarkan menyentuh dan membelai haiwan itu dengan pemerhatian rapi oleh kakitangan yang ramah.
Selain itu, pengunjung boleh memberi makan haiwan dengan makanan haiwan yang disediakan oleh pihak zoo dengan kos hanya RM2.00.
Beberapa haiwan seperti burung unta, burung merak, ayam dan rusa akan berkeliaran di kawasan itu dan menyambut pengunjung yang datang ke zoo.
Hussin Fauzi Farm juga mempunyai gerai yang menjual makanan ringan dan minuman untuk pengunjung yang ingin mengisi perut dan berehat.
6.0 TEMPAT-TEMPAT SPOT LAIN
Ada beberapa tempat-tempat menarik dan spot viral kami tidak dapat pergi melawat kerana kekangan masa iaitu seperti berikut :
6.1 MASJID RAJA LUMU, KUALA SELANGOR
Masjid Raja Lumu di Bukit Melawati dahulunya dikenali Masjid Pekan Lama Kuala Selangor adalah Masjid Diraja yang ke sembilan di negeri Selangor. Masjid Raja Lumu dipilih bersempena nama Raja Lumu yang juga Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782.
6.2 BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR
Bukit Melawati di Kuala Selangor merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim dari 1782 hingga 1826 untuk memerangi Belanda.
Bukit Melawati juga merupakan pusat pelancongan yang cukup menarik dengan kepelbagaian aktiviti dan cerita-cerita sejarah Kuala Selangor, Bukit Melawati adalah antara destinasi hujung minggu yang ideal.
Anda dan keluarga boleh luangkan masa menaiki tram, mengeni sejarah Kuala Selangor dan bergambar dengan latar belakang yang cukup cantik.
6.3 KLIP-KLIP DI KUALA SELANGOR
Jika kita mempunyai masa di Sekinchan, pertimbangkan untuk melawat bandar berhampiran Kuala Selangor. Kuala Selangor ialah sebuah pekan kecil tepi pantai yang serupa dengan Sekinchan, tetapi ia mempunyai dua tarikan utama di Malaysia: Fireflies dan Sky Mirror.
Mengalami kelip-kelip adalah salah satu perkara terbaik untuk dilakukan di Sekinchan pada waktu malam, terutamanya kerana bandar ini tidak mempunyai hiburan malam.
Namun, kerana melihat kelip-kelip adalah aktiviti malam, mungkin sukar untuk menyertainya jika anda dalam perjalanan sehari ke Sekinchan. Jika anda mampu untuk menghabiskan lebih dari 1 hari di Sekinchan, melihat kelip-kelip adalah satu kemestian.
6.4 PANTAI CERMIN / SKY MIRROR
Sebuah lagi fenomena unik di perairan Kuala Selangor ialah Sky Mirror atau Pantai Cermin.
Sky Mirror ialah satu lagi tempat yang patut dikunjungi berhampiran Sekinchan. Ia adalah tebing pasir cetek yang hanya muncul semasa air surut. Hasilnya? Tempat ajaib di mana tanah memantulkan langit dan segala-galanya di sekelilingnya. Ia agak serupa dengan Salar de Uyuni (Salt Flats) di Bolivia.
Sky Mirror ialah sebuah pantai yang muncul secara tiba-tiba di tengah perairan yang menjadikannya cetek dan membolehkan anda terokai dan bergambar di sini.
6.5 MSEKIN WONDERLAND WATERPARK
MSekin Wonderland, taman air kanak-kanak pertama di bandar Sekinchan. MSekin Wonderland ini terletak berdekatan dengan Pantai Redang Sekinchan dan bersambung dengan Sekin Hotel & Resort. Taman ini mempunyai kira-kira 10 kolam untuk pelbagai aktiviti air, menjadikannya sesuai untuk keluarga bersantai.
6.6 SEKINCHAN COCONUT FARM
Sekinchan memang banyak menempatkan ladang dan kebun buah-buahan. Sebuah lagi ladang yang perlu anda kunjungi ialah Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Sebenarnya, ia merupakan ladang kelapa, tetapi banyak gerai makanan dan minuman dibuka di sini.
6.7 LAMAN TEBU AIDIL
Laman Tebu Aidil dan Aidil Orked yang terletak di Sungai Besar. Laman Tebu Aidil ni memang sangat popular dengan minuman air tebu fresh dari ladang tebu mereka.
Sebenarnya ia merupakan sebuah ladang tebu dan Bunga Orkid. Namun, terdapat sebuah gerai di sini, di mana mereka merah air tebu secara langsung. Memang sedap, terutama sekali ketika cuaca panas.
Mereka turut menyajikan pelbagai makanan lain seperti laksa, nasi impit, nasi lemak, kepak ayam madu, buah-buahan dan macam-macam lagi.
Memang seronok makan di sini sambil menikmati suasana ladang tebu yang juga menjadi port bergambar kegemaran ramai.
6.8 GALERI PADI SEKINCHAN
Galeri Padi Sekinchan merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai, 4 dalam 1. Di sini kita boleh mempelajari dan ketahui tentang padi dan beras iaitu tentang makanan asasi orang kita.
Di sini, kita akan dibawa ke galeri padi, menonton sebuah dokumentari tentang sejarah padi di Selangor ini, cara ia ditanam pada zaman dahulu dan sejarah perkembangan teknologi penanaman dan penyemaian padi.
Di sini, kita juga boleh menyaksikan sendiri proses penanaman padi dari mula ia ditanam sehingga ke proses pengilangan yang akhirnya menjadi sepaket beras yang kita beli dari pasaraya.
7.0 TEMPAT-TEMPAT MAKAN YANG KAMI SINGGAH
7.1 KEDAI TOMYAM
Sebenarnya pada masa ini, kami ingin makan di Restoren Seafood D'Bendang tetapi restoran itu tutup kerana ada majlis yang telah ditempah lebih awal. Kami terpaksa mencari tempat lain dan kami singgah di sebuah gerai tomyam di antara Sekinchan ke arah Tanjung Karang (lupa nama gerai ini).
Walau gerai ini nampak malap tetapi makanan yang disajikan sungguh sedap. Rasa puas hati juga walaupun tidak dapat menikmati makanan di Seafood D'Bendang.
7.2 ABAH IKAN BAKAR
Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan merupakan salah satu restoran makanan laut halal yang popular di Sekinchan. Ikan Bakar adalah salah satu masakan yang menarik dan terkenal di restoran ini.
Setelah menunggu dan meikmati masakan di sini, kami rasa tidak puas hati dengan makan disediakan. Sudah serve nya sangat lambat, tidak mesra dan lama menunggu, makanan pula tidak sedap. Selepas itu kami tengok orang ramai beri komen tentang masakan/makanan di sini, rata-rata mereka memberi komen yang negatif. Saya juga syor jika ada tempat lain, pergilah gerai-gerai lain.
7.3 AROMA MEDAN IKAN BAKAR
Restoran Aroma Ikan Bakar terletak di Jeram, dekat dengan Pantai Remis, dan lebih kurang 17 km dari bandar Kuala Selangor.
Restoran Aroma Ikan Bakar adalah tempat yang bagus untuk menikmati makanan laut tempatan gaya Melayu, terutamanya dalam kumpulan besar. Restoran ini menawarkan persekitaran yang luas dengan banyak meja besar untuk menampung kumpulan yang besar.
Di Restoran Aroma Ikan Bakar, kita boleh menikmati pelbagai hidangan laut segar yang dibakar dengan rasa yang istimewa. Menu mereka merangkumi pelbagai pilihan ikan bakar, udang, sotong dan lain-lain yang dihidangkan dengan nasi atau roti. Masakan di restoran ini memuaskan, Bawal Hitam dan Siakap masakan dalam sos 3-Rasa adalah sangat baik.
Selain itu, restoran ini juga menawarkan suasana yang santai dan selesa, menjadikannya tempat yang sempurna untuk makan malam keluarga atau makan tengah hari dengan rakan-rakan. Dengan suasana yang menyenangkan dan makanan yang sedap, Restoran Aroma Ikan Bakar pasti akan memenuhi keinginan anda untuk hidangan laut yang berkualiti.
Suasana dipertingkatkan dengan muzik secara langsung dan bunyi laut berdekatan, menjadikannya pengalaman makan yang romantis.
Pada keseluruhan masakan/makanan ini sedap dan memuaskan tetapi harga agak mahal. Kalau sekali-sekali datang ke sini, okey je.
Masjid Ar-Ridhuan, Pekan Jeram
Setelah makan tengahari di Aroma Medan Ikan Bakar, kami peri menuju ke Masjid Ar-Ridhuan untuk menunaikan solat. Setelah selesai, kami berangkat pulang ke rumah kediaman.
8.0 RUMUSAN
Ini pertama kali saya bersama-sama anak-anak, menantu dan cucu dapat bersekali bercuti rehat. Satu pengalaman yang indah dan seronok. Semoga percutian seumpama ini dapat diadakan lagi agar keakraban kekeluargaan terus terpelihara. Semoga Allah memaqbul.
9.0 KLIP VIDEO
(akan dikemaskini)LINK
Comments