Skip to main content

KLUANG - Perintis Bandar Sihat Dan Selamat

BANDAR KLUANG

Bandar Kluang bakal menjadi perintis Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengekalan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Selamat dan Sihat. Pembangunan projek itu antara lain membabitkan cadangan pembinaan laluan pejalan kaki dari Stesen Keretapi Kluang ke Taman Merdeka yang menjadi tumpuan masyarakat serta lokasi strategik. (Petikan Berita Harian - 11 Januari 2016)

Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang. Walaupun Kluang telah membangun dengan pelbagai deretan bangunan lama dan moden megah tersergam di bandar, selain turut menjadi pusat pentadbiran dan kawasan tumpuan perindustrian serta perniagaan, namun persekitarannya cukup bersih.

Justeru, tidak hairan apabila Kluang menerima pengiktirafan sebagai antara 10 Bandar Bahagia pada 2022 hasil kajian Indeks Kebahagiaan yang dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022.

Kluang adalah bekas ibu negeri Johor di bawah pemerintahan awal British tetapi sejak itu telah mencipta nama untuk dirinya dalam industri jubin dan pertanian organik.

Nama Kluang berasal daripada perkataan ‘keluang’ yang membayangkan sejenis kelawar buah atau lebih tepat sejenis kelawar, yang dahulunya banyak terdapat di daerah ini beberapa dekad yang lalu. Ia diasaskan pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai ibu kota pentadbiran Johor semasa zaman keemasan, di mana hampir semua landasan kereta api utama melaluinya kerana pembangunan pantas.

JALAN OMAR

Lokasi Jalan Omar, Kluang terletak antara Jalan Sultanah ke Jalan Abu Bakar, atau dari Pejabat Pos/ Stesen Keratapi Kluang ke Gereja St Louis.

Dahulu di kiri kanan jalan ini terletak deretan kaurters kerajaan, kini telah berubah dengan berdiri beberapa deretan kedai dan flat-flat kediaman.

Di sini juga tempat aku dibesarkan. Banyak kenangan terutama zaman kanak-kanak dan remaja.

SURAU BANDAR JALAN OMAR

Surau Bandar ini diujudkan dengan hasil kutipan daninfak pekerja-pekerja KTMB, penduduk Jalan Omar dan orang ramai. Dahulu surau ini adalah tempat pertemuan masyarakat sekeliling untuk menghidupkan suasana  dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan seperti samabutan maulud nabi dan majlis bacaan yassin dan tahlil.

Pada tahun 2019, satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah anjuran Geng Jalan Omar untuk arwah-arwah ibu bapa, adik-beradik dan sahabat yang telah meninggal dunia. Semoga usaha dan hajat kita tercapai dan di terima Allah.

Apa aktiviti dan tempat makan terbaik yang ada di Kluang?

1. FOUNTAIN KLUANG

Sebuah taman permainan dan santai di mana pada waktu petang, kami akan datang ke sini untuk bermain bersama-sam raka sebaya, main buai, gelongsor dan pelbagai lagi alat permainan. Seronaok zaman kanak-kanak ketika itu. Kini tinggal kenangan.

2. KLUANG STREET ART

Kluang Street Art merupakan salah satu tempat tarikan pelancong terletak di Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kluang. Di lorong-lorong belakang di situ, dipenuhi dengan hasil-hasil seni yang dilukis oleh pelukis tempatan yang berbakat.

Apa yang menariknya, hasil seni di sini juga bukanlah lukisan biasa tetapi ianya lukisan 3D. Memang sangat mengujakan. Pelukis juga memanfaatkan paip-paip atau wayar-wayar di belakang lorong sebagai ‘props’ dalam lukisan mereka. Ianya adalah tindakan yang sangat kreatif dan lukisan-lukisan di situ nampak lebih realistik.

Laman Kreatif juga tidak mempunyai waktu beroperasi. Ianya terbuka untuk orang ramai dan boleh masuk secara percuma.

3. GUNUNG LAMBAK

Gunung Lambak mempunyai ketinggian 510 meter dan menawarkan pemandangan bandar Kluang di puncaknya. Gunung Lambak adalah destinasi pendakian yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari Singapura.

Gunung Lambak mempunyai dua puncak, iaitu puncak rendah dan puncak tinggi. Pendaki boleh memilih untuk mendaki salah satu atau kedua-duanya. Laluan pendakian adalah jelas dan dilengkapi dengan tangga dan pegangan. Pendaki juga boleh melawat menara telekomunikasi dan pokok besar yang terdapat di sepanjang laluan.

4. KILANG KOPI KLUANG

Kilang Serbuk Kopi Kluang telah ditubuhkan pada tahun 1966 di Jalan Mersing. Pihak pengurusan memutuskan untuk berkembang bagi memenuhi permintaannya yang semakin meningkat dan mengautomasikan operasi perniagaannya, dan kilang itu telah dipindahkan ke tapak semasa di 76, Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor pada tahun 2003.

Nikmati Siri Kopi Tradisional Kopi Kluang, daripada Kopi-O Kosong hingga Kopi Cham, semuanya dihasilkan dengan adunan istimewa kami dari biji Robusta, Arabica & Liberica.

Kluang Coffee Powder Factory yang terkenal dalam penghasilan Kopi Cap Televisyen.

5. KLUANG RAILCOFFEE

Bermula sebagai sebuah kantin di stesen kereta api pada tahun 1938, cawangan kecil itu telah maju dari semasa ke semasa, menjadi "Kluang Rail Coffee" yang terkenal, dan berkembang kepada 4 cawangan baharu dan moden di Kluang. Kedai asal telah mengekalkan kedesaan dan rasa "masa lama", ia akan menjadi seperti mengembara ke masa lalu apabila menjamu selera di sini.

i. Kluang RailCoffee, Stesen Keretapi Kluang

Kluang begitu sinonim dengan keenakkan kopinya. Oleh itu anda wajib singgah ke Kluang Rail Coffee yang merupakan sebuah kopitiam yang terletak dalam Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM). Kopitiam yang terkenal dengan menu Kopi Kluang dan roti bakar kaya.

Selain di Stesen Kerapi Kluang, terdapat tiga lagi Kluang RailCoffe yang lebih moden dengan menu-menu yang memenuhi citarasa penduduk setempat tetapi masih mengekalkan menu asal iaitu Roti Bakar Kaya, Roti Kukus Kaya dan Nasi lemak Bungkus.

ii. Kluang RailCoffee, Taman Tasik, Kluang

Sarapan pagi di Kluang RailCoffee. Kami cuba mee karinya, sedap.

iii. Railway Coffee, Kluang Perdana

iv. Kluang Rail Coffee, Seri Impian, Kluang

Breakfast di Kluang Rail Coffee @ Seri Impian, Kluang.

6. ARENA WARNA, AIR HITAM

Arena Warna ialah sebuah bazar di Ayer Hitam, Johor. Ia mempunyai gerai yang menjual pelbagai jenis produk tempatan, terutamanya barangan makanan seperti buah-buahan dan makanan ringan. Ia adalah tempat di mana pembekal tempatan mempunyai tempat untuk menjaja barangan mereka dan lokasi sehenti untuk pelancong yang melaluinya.

Lain-lain tempat menarik adalah :

1. UK Farm Agro Resort

2. Mastor’s Clogs Gallery (Galeri Terompah Mastor)

3. Kilang Makanan Hairee

4. Hutan Lipur Gunung Belumut

5. Ladang Organik ZENXIN

6. Taman Tasik MPK

7. Taman Tema Air Gunung Lambak

8. Kluang Container Hotel


LINK



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...