Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tajwid

KELAS TAJWID : HAMZAH WASHAL

HAMZAH WASHAL (همزة الوصل) Hamzah bererti hamzah, sedangkan washal bererti sambung. Secara singkat, hamzah washal adalah hamzah penyambung yang terletak di awal kata. Hamzah washal adalah hamzah tambahan pada awal kalimah yang berharakat sukun/mati. Penambahan hamzah ini bertujuan agar huruf pertama yang mati tersebut dapat dibaca. Cara Baca 1. Jika terdapat di awal : dibaca jelas tanpa dengung pendek 1 harakat 2. Jika terdapat di tengah atau di akhir : tidak dibaca Catatan : Keteranagan ini khusus dibaca di awal bacaan : dibaca dengan berharakat A jika diikutu huruf LAM (berbaris fatha) dibaca dengan berharakat U jika tidak diikut huruf LAM tapi huruf setelahnya harus berbaris Dhommah. dibaca dengan berharakat I jika tidak diikuti huruf LAM atau baris Dhommah, bererti dibaca Kasrah Kecuali pada Surah Al-Ahqaf ayat 4, hanya dibaca ketika di awal, tidak dibaca ketika washal. Contoh Ayat: i. Surat Al-Fatihah ayat 6 ii. Surah 'abasa a...

KELAS TAJWID : QALQALAH

Qalqalah (قَلْقَلَةْ) Qalqalah bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan, iaitu sama ada suku secara asli atau mendatang.  Huruf Qalqalah merangkumi 5 huruf berikut: Qaf (ق) Tha (ط) Ba’ (ب) Jim (ج) Dal (د) hanya ketika berbaris sukun atau disukunkan kerana waqaf. Cara Baca i. Terpantul ii. Tanpa Dengung iii. Pendek 1 harakat iv. Qalqalah Sugra terdapat di tengah, dibaca saat washal (diteruskan) bunyi pantulannya lemah. v. Qalqalah Kubra terdapat diakhir, atau dibaca saat waqaf (berhenti), bunyi pantulannya agak kuat (tapi suaranya tidak ditahan lama terlebih dahulu) vi. Pengecualian Qalqalah - Huruf yang disifati qalqalah tidak dibaca memantul apabila diidghamkan ke huruf selanjutnya. Pembahagian Qalqalah Qalqalah boleh dibahagikan kepada 3 jenis keadaan/situasi. 1. Qalqalah Sugra (قَلْقَلَةْ صُغْرٰى) Lantunan yang paling rendah . Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqal...

KELAS TAJWID : IZHAR SYAFAWI

IZHAR SYAFAWI (إدغام شفوي) Bunyi Huruf MIM disebut dengan JELAS (dengan merapatkan bibir) tanpa dengung. Tanda Izhar Syafawi adalah apabila MIM mati bertemu dengan 26 huruf Hijaiyah selain dari huruf MIM dan BA. Cara Baca Bacaan Izhar Syafawi ialah dengan cara MENZAHIRKAN atau MENJELASKAN sebutan MIM mati apabila bertemu dengan 26 huruf selain م dan ب , dengan merapatkan bibir dan menahan suara dari naik ke pangkal hidung bagi mengelakkan keluarnya suara dengung. Bagi memastikan tiada dengung pada sebutan MIM, maka bibir hendaklah dibuka semula dengan cepat setelah ia dirapatkan. i. MIM mati bertemu dengan 26 huruf selain  م dan ب ii. Tanpa Dengung Contoh Ayat: i. Surat Al-Baqarah ayat 7 ii. Surah Al-Imran ayat 6 iii. Surat Al-A'raf ayat 16 LINK Home Library Kelas Tajwid

KELAS TAJWID : IDGHAM MITSLAIN SYAFAWI

IDGHAM   MITSLAIN  SYAFAWI (إيدغام ميتسلين سيفاوي) Bunyi Huruf MIM Pertama DIGABUNGKAN ke dalam sebutan huruf MIM kedua berserta dengung 2 harakat. Tanda Idgham Mitslain Syafawi adalah apabila huruf MIM mati tanpa baris bertemu dengan huruf MIM bertanda syaddah. Cara Baca Bacaan Idgham Syafawi adalah apabila MIM mati bertemu dengan huruf MIM yang berbaris , maka hendaklah dimasukkan suara MIM mati ke dalam MIM yang berbaris itu dengan disertai dengung. Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung MIM mati itu dengan kadar 2 harakat. i. MIM mati dibaca jelas. ii. Dengung iii. Panjang 2 harakat. Contoh Ayat: i. Surat Al-Buruj ayat 20 ii. Surah Al-Qadr ayat 4 iii. Surat Qurasy ayat 4 iv. Surah Al-Humazah ayat 8 LINK Home Library Kelas Tajwid

KELAS TAJWID : IKHFA SYAFAWI

IKHFA' SYAFAWI ( إخفاء شفوي ) Bunyi Huruf MIM DISEMBUNYIKAN / DISAMARKAN dengan merengangkan bibir ke dalam sebutan huruf BA beserta dengung 2 harakat. Tanda Ikhfa’ Syafawi adalah apabila MIM mati tanpa baris bertemu dengan huruf BA seperti diatas. Cara Baca Bacaan Ikhfa’ Syafawi ialah Menyembunyikan atau Menyamarkan sebutan MIM mati iaitu dengan melafazkan sebahagian hurufnya sahaja. Cara bacaan Ikhfa' Syafawi sama seperti cara bacaan Iqlab pada hukum NUN mati iaitu dengan meringankan bibir semasa menyebut MIM mati, iaitu dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya. Ini supaya bunyi mim tidak dilafazkan dengan sempurna (disembunyikan) dan dilepaskan udara ke pangkal hidung untuk mengeluarkan suara dengung. i. MIM mati dibaca samar. ii. Dengung iii. Panjang 2 harakat. Contoh Ayat: i. Surat Al-Inshiqaq ayat 24 ii. Surah Al-Takwir ayat 22 iii. Surat An-Nazi'at yat 14 iv. Surah Al-Mutaffifin ayat 17 iv. Surah Al-Fil ayat 4 LINK Home Library Kela...

KELAS TAJWID : IQLAB

IQLAB Iqlab (اقلاب) menurut bahasa adalah menukar atau mengganti. Dalam Tajwid, Iqlab diertikan dengan satu hukum yang jatuh pada pertemuan NUN Mati atau Tanwin dengan Huruf BA’. Kerana hanya memiliki satu huruf saja, Iqlab menjadi sebahagian hukum paling mudah dihafal dalam pembahasan NUN mati dan Tanwin. Hanya ada satu huruf Iqlab iaitu BA'. Cara Baca Dalam penjelasan cara baca, Iqlab memiliki proses tertentu. NUN mati diubah menjadi MIM, huruf yang memiliki makhraj sama dengan Huruf BA’. Tetapi, MIM gantian dari NUN mati tersebut tidak diidghamkan dengan BA’. Sehingga cukup seperti membaca MIM mati yang disandingkan begitu saja dengan Huruf Iqlab BA’. i. NUN mati atau Tanwin berubah menjadi MIM. ii. Dengung iii. Panjang 2 harakat. iv. NUN mati atau Tanwin berubah menjadi MIM sukun tetapi bunyi MIM tidak terdengar sempurna kerana kedua bibir tidak tutup sempurna/rapat. Contoh Ayat: i. Surat Al-'ALaq ayat 7 ii. Surah Al-Balad ayat 5 iii. Surat Al-Mursalat Ay...

KELAS TAJWID : IDGHAM BILAGUNNAH

IDGHAM BILAGUNNAH Idgham (إدغام) menurut bahasa adalah memasukkan sesuatu kepada sesuatu dan Bilaghunnah ertinya tanpa dengung. Idgham Bilaghunnah إدغام بلاغنًة adalah apabila NUN mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham yang dua maka dinamakan Idgham Bilaghunnah . Ada 2 huruf Idgham bilaghunnah iaitu LAM dan RO'. Cara Baca Cara membaca Idgham Bighunnah إدغام بِغُنَّة adalah dengan memasukkan bunyi NUN mati atau Tanwin kepada huruf Idgham Bilaghunnah yang ada dihadapannya sepenuhnya tanpa dengun. Pada waktu mengidhamkan bunyi harus ditasyidkan kepada huruf Idgham Bilaghunnah yang ada di depan NUN mati atau Tanwin, kemudian ditahan dengan tanpa dengung (bilaghunnah) ketika membaca. i. NUN mati atau Tanwin dibaca samar. (NUN mati atau Tanwin melebur ke huruf Bilagunnah, seolah-olah huruf tersebut bertasydid) ii. Tanpa Dengung iii. Panjang 2 harakat. Contoh Ayat: i. Surat Al-'ALaq ayat 7 ii. Surah Al-Balad ayat 5 iii. Surat Al-Mursalat Ayat 15 ...

KELAS TAJWID : IZHAR

IZHAR Izhar bermaksud Jelas. Secara pengertian dalam Ilmu Tajwid, Izhar adalah bacaan yang terjadi sebab Huruf Izhar berada setelah Tanwin atau NUN Mati (iaitu NUN sukun atau Tanwin bertemu huruf-huruf Izhar). Ada 6 huruf Izhar Halqi iaitu : Cara Baca 1. NUN sukun / Tanwin dibaca jelas. 2. Tanpa dengung. 3. Pendek 1 harakat. Contoh Ayat: i. Surat Al-Fajr ayat 2 ii. Surah At-Tin ayat 6 iii. Surat Al-Qadr Ayat 3 iv. Surah Al-Qari'ah ayat 11 LINK Home Library Kelas Tajwid

KELAS TAJWID - BACAAN TARQIQ (RO' Dan LAFAZ JALALAH)

TARQIQ Tafkhim bermaksud Tipis. Ada 7 huruf Istia'al iaitu : Bacaan Tipis terjadi pada Huruf RO dan Lafaz Jalalah dalam beberapa sitiuasi. RO' 1. Ada 4 situasi, di mana RO' dibaca Tarqiq (Tipis). 2. Ketika RO' berbaris bawah serta kedudukannya sama ada pada awal, tengah dan hujung kalimah. Contoh Ayat: i. Surat Al-Qadr ayat 3 3. RO’ sukun dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah (kasrah) dan sesudahnya bukan huruf Isti’la. i. Surah An-Naziat ayat 17 4. RO’ sukun karena diwaqafkan, huruf sebelumnya YA’ sukun dan  sebelumnya huruf berbaris bawah (kasroh) Contoh : i. Surat Al-'Adiyat Ayat 11 5. Ro’ sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya huruf mati selain YA’ atau bukan huruf Isti'la dan  sebelumnya huruf berbaris bawah (kasroh) Contoh : i. Surah  6. Apabila RO' bertanda sukun (mati) didahului oleh huruf berbaris bawah dan selepasnya diikuti oleh huruf isti'la yang tidak berbaris bawah. Contoh : i. Surah Al-An'am ayat 7: 2. S...