Qalqalah (قَلْقَلَةْ)
Qalqalah bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan, iaitu sama ada suku secara asli atau mendatang.
Huruf Qalqalah merangkumi 5 huruf berikut:
- Qaf (ق)
- Tha (ط)
- Ba’ (ب)
- Jim (ج)
- Dal (د)
hanya ketika berbaris sukun atau disukunkan kerana waqaf.
Cara Baca
i. Terpantul
ii. Tanpa Dengung
iii. Pendek 1 harakat
iv. Qalqalah Sugra terdapat di tengah, dibaca saat washal (diteruskan) bunyi pantulannya lemah.
v. Qalqalah Kubra terdapat diakhir, atau dibaca saat waqaf (berhenti), bunyi pantulannya agak kuat (tapi suaranya tidak ditahan lama terlebih dahulu)
vi. Pengecualian Qalqalah - Huruf yang disifati qalqalah tidak dibaca memantul apabila diidghamkan ke huruf selanjutnya.
Pembahagian Qalqalah
Qalqalah boleh dibahagikan kepada 3 jenis keadaan/situasi.
1. Qalqalah Sugra (قَلْقَلَةْ صُغْرٰى)
Lantunan yang paling rendah.
Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.
Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
Contoh Ayat
i. Surah Al-'Adiyat ayat 5
ii. Surah Al-Qadr ayat 5
2. Qalqalah Kubra (قَلْقَلَةْ كُبْرٰى)
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan.
Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
Contoh Ayat
i. Surah Al-Buruj ayat 1
ii. Surah At-Tariq ayat 1
iii. Surah Al-Ikhlas ayat 1
3. Qalqalah Akbar (قَلْقَلَةْ)
Lantunan yang paling kuat.
Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
Contoh Ayat:
i. Surah Al-Masad ayat 1
LINK
Comments