HURUF MUQATHA'AH
Huruf-huruf muqata'ah adalah huruf-huruf yang muncul di awal beberapa surat dalam Al-Quran dan terdiri dari 14 huruf yang dibaca terputus-putus. Mereka dikenal juga sebagai fawatih as-suwar (pembuka surah). Terdapat 14 huruf muqata'ah yang digunakan sebagai pembuka di 29 surah dalam Al-Quran
CONTOH AYAT
JENIS
Berdasarkan dari segi panjang bacaannya (mad), huruf-huruf muqatha’ah terbahagi menjadi 3 jenis iaitu:
- Tidak panjang (1 harakat);
- Panjang 2 harakat; dan
- Panjang 6 harakat.
1. TIDAK PANJANG/ 1 HARAKAT
Huruf muqatha’ah yang cara membacanya tidak panjang adalah huruf alif (ا).
Cara membacanya cukup dengan membaca ‘alif’ saja tanpa bacaan panjang atau mad.
2. PANJANG 2 HARAKAT
Huruf muqatha’ah yang cara membacanya panjang 2 harakat adalah huruf ي , ط , ر, ح, dan ه.
Apabila huruf yang lima tersebut dipisah, maka seperti ini
ح (حَا)، ي (يَا)، ط (طَا)، هـ (هَا)، ر (رَا)
3. PANJANG 6 HARAKAT
Huruf س, ع, ص, ق, ك, ل, م , dan ن merupakan huruf muqatha’ah yang cara membacanya adalah panjang 6 harakat.
Apabila huruf yang lapan tersebut dipisah, maka seperti ini
(نُوْنْ), (قَافْ), (صَادْ), (عَيْنْ), (سِيْنْ), (لَامْ), (كَافْ) dan (مِيْمْ).Cara Membaca
Cara membaca huruf muqathaah adalah dengan mengeja atau menyebutkan nama hurufnya.
LINK
Comments