HURUF MUQATHA'AH Huruf-huruf muqata'ah adalah huruf-huruf yang muncul di awal beberapa surat dalam Al-Quran dan terdiri dari 14 huruf yang dibaca terputus-putus. Mereka dikenal juga sebagai fawatih as-suwar (pembuka surah). Terdapat 14 huruf muqata'ah yang digunakan sebagai pembuka di 29 surah dalam Al-Quran CONTOH AYAT JENIS Berdasarkan dari segi panjang bacaannya (mad), huruf-huruf muqatha’ah terbahagi menjadi 3 jenis iaitu: Tidak panjang (1 harakat); Panjang 2 harakat; dan Panjang 6 harakat. 1. TIDAK PANJANG/ 1 HARAKAT Huruf muqatha’ah yang cara membacanya tidak panjang adalah huruf alif ( ا ). (ا (اَلِفْ Cara membacanya cukup dengan membaca ‘alif’ saja tanpa bacaan panjang atau mad. 2. PANJANG 2 HARAKAT Huruf muqatha’ah yang cara membacanya panjang 2 harakat adalah huruf ي , ط , ر, ح , dan ه . Apabila huruf yang lima tersebut dipisah, maka seperti ini ح (حَا)، ي (يَا)، ط (طَا)، هـ (هَا)، ر ...