Pada Sabtu 25 Disember 2010, saya sekeluarga pergi percutian sehari ke Universal Studio, Singapura . Universal Studio ini terletak di sebahagian Pulau Sentosa. Isteri dan anak-anak saya belum pernah menjejaki Negara Singapura, saya telah beberapa kali masuk ke Singapura, ketika zaman sekolah, waktu berkerja tetapi saya juga belum pernah ke Universal Studio. Kami bertolak dari Hotel Mutiara, Johor Bahru pada jam 9.20 pagi dan bersarapan di Taman Pelangi sebelum menuju Komplek CIQ ( Custom & Immigration Quarantine ) Johor Bahru. Kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melepas Woodland Checkpoint, Singapura. Dari Woodland Checkpoint, kami terus menuju kawasan Orchard Road dan singgah sebentar di Merlion Park untuk bergambar. Lebih kurang 40 minit, kami menuju ke Sentosa untuk ke Universal Studio. Kami telah dimaklumkan tiket untuk memasuki Universla Studio telah habis dijual untuk tempoh 20 Disember 20101 hingga 2 Januari 2011. Kami sekeluarga bernasib baik, satu agen...