Pada Sabtu 25 Disember 2010, saya sekeluarga pergi percutian sehari ke Universal Studio, Singapura. Universal Studio ini terletak di sebahagian Pulau Sentosa. Isteri dan anak-anak saya belum pernah menjejaki Negara Singapura, saya telah beberapa kali masuk ke Singapura, ketika zaman sekolah, waktu berkerja tetapi saya juga belum pernah ke Universal Studio.
Kami bertolak dari Hotel Mutiara, Johor Bahru pada jam 9.20 pagi dan bersarapan di Taman Pelangi sebelum menuju Komplek CIQ (Custom & Immigration Quarantine) Johor Bahru. Kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melepas Woodland Checkpoint, Singapura. Dari Woodland Checkpoint, kami terus menuju kawasan Orchard Road dan singgah sebentar di Merlion Park untuk bergambar.
Lebih kurang 40 minit, kami menuju ke Sentosa untuk ke Universal Studio. Kami telah dimaklumkan tiket untuk memasuki Universla Studio telah habis dijual untuk tempoh 20 Disember 20101 hingga 2 Januari 2011. Kami sekeluarga bernasib baik, satu agen pelancong memberitahu kami, pelanggan mereka tidak sampai dan kemungkinan tidah hadir. Beliau telah menjual tiket tersebut kepada kami. Harga tiket untuk dewasa SD 72.00 dan SD 55.00 untuk kanak-kanak. Oleh kerana harganya sama, kami bersetuju untuk membelinya. Ke Universla Studio kalau tidak dapat masuk memang suatu kehampaan bagi kami. Peringatan pastikan sebelum ke sini, kita telah membeli tiket untuk memasuki Universal Studio.
Setelah kami dapat membeli tiket masuk ke Universal Studio, kami mulai lah menyusur ke kawasan tarikan berpandukan pelan panduan yang disediakan oleh pihak penganjur. Di dalam Universal Studio ini terdapat tujuh kawasan Tarikan iaitu
1. Tarikan Hollywood
2. Tarikaan New York
3. Tarikan Sci-Fi City
4. Tarikan Ancient Egypt
5. Tarikan The Lost World
6. Tarikan Far Far Away
7. Tarikan Madagascar
Kami mulai dengan menyusur Laluan Utama, Tarikan Hollywood. Disini terdapat beberapa kedai yang menjual cenderhati berkonsepkan Hollywood serta Universal Studio, gerai-gerai Coklat dan Kek dan beberapa Restoran. Kami sempat bergambar dengan beberapa gaya artis Hollywood.
Di kawasan kedua, Tarikan utama adalah Lights, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. Sesiapa yang pergi disin jangan sampai terlepas peluang untuk menyaksikan pembikinan filem dengan penuh dengan kesan-kesan menakjubkan seperti Tiupan Taufan Hurricane ke atas Bandar new York. Tetapi, kami juga terlepas untuk menyaksikannya, rasa menyesal pun ada. Tayangan ini sesuai untuk semua.
Tarikan ketiga adalah Dunia Sains dan Teknologi , Sci-Fi City. Disini tarikan berkisar berkaitan dunia sains dan teknologi, robot-robot. Terdapat tarikan baru yang baru siap tetapi belum lagi beroperasi iaitu Battlestar Galactica. Battlestar Galactica terdapat dua laluan coaster yang berkelajuan 90km/j yang cukup mengerunkan. Kami dapat mencuba Accelerator bagi menguji inter-galactic stamina.
Kemudian kami ke Tarikan Keempat, Acient Egypt. Kami dapat mencuba Revenge of the Mummy. Kami menyusuri laluan malap sebelum sampai ke Roller Coaster. Kami pun menaiki Roller Coaster, sungguh kucut perut kami dibuatnya. Bagi yang ada penyakit lemah jantung dan lemah semangat tidak digalakkan untuk mencubanya. Kita kami menaiki ke stau tempat yang begitu mencabar, kamera-kamera yang dipasang membuat snapshot menujukkan setiap muka yang menaiki roller coaster ini dalam ketakutan. Gambar ini boleh dibeli selepas itu dengan harga SD 18.00.
Salah satu yang sesuai dicuba adalah Treasure Hunters. Kita akan menaiki Desert Jeep menyusur melihat suasana gurun, batu batan, beberapa badak air.Kami tidak dapat mencuba Treasure Hunters, kerana ramai orang, masa menunggu dalam sejam dan meneruskan ke tarikan berikut.
Tarikan berikut adalah Far Far Away. Disini tersapat sebuat Istana besar dan kartun-kartun dalam filem Shrek. Salah satu yang mesti dicuba adalah menonton Shrek 4D Adventure. Semasa kita menonton, kita akan mengalami suasana seperti dalam filem tersebut.
Disini kami juga mencuba Enchanted Airways sebuah Junior Roller Coaster bagi mengalami terbangan atas Far Far Aways. Kecut perut juga walaupun ia merupakan mini roller coaster.
Kami pun menuju Tarikan Madagascar dan menonton persembahan binatang-binatang yang terdapat dalam filem Madagascar.
Tarikan terakhir , kami menuju ke The Lost World. Kebiasaan pengunjung akan mengakhiri kunjungan mereka disini. Ini kerana aktiviti yang ada disini mungkin akan membasahi kita. Pastikan kita mempunyai baju spare, takut-takut kita disimbahi air. Kita boleh mencuba Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Fiyer dan Water World.
Ini merupakan satu percutian sangat menarik dan menyeronokkan. Semua permainan, persembahan hanya sehingga jam 7.00 malam. Tetapi kami juga menghadapi masalah terutama solat dan makanan halal. Saya cadangan kalau ingin kesini, anda mesti sudah solat jamak zohor dengan asar, baru masuk. dan sedia kan juga makanan dan minuman. Pastikan anda dapat mengunjuginya walaupun sekali. Kami pulang dan keluar dari Singapura jam 11,00 malam dan tiba di Hotel jam 11.47 malam. Percutian menyeronokkan.
Sekian.
LINK
Comments