ZURICH: Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022. Keputusan itu diumumkan Presiden FIFA, Sepp Blatter.
BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar.
EMIR Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (kiri), Presiden FIFA, Sepp Blatter (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov bergambar bersama trofi Piala Dunia selepas Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022. Ini adalah kali pertama Russia dan Qatar terpilih sebagai tuan rumah temasya bola sepak dunia itu.
RAKYAT Qatar di Doha meraikan kejayaan selepas diumumkan sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022, malam tadi. Qatar menjadi negara Arab pertama diberi penghormatan itu.
Comments