Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sukan

AZIZUL HASNI AWANG MENANG EMAS DI KEJOHANAN BASIKAL TREK DUNIA HONG KONG 2017

Azizul Hasni Awang muncul Juara Dunia Acara Keirin di Hong Kong, pada Khamis l3 April 2017 lalu. Tercatat sejarah unggul di arena Sukan di Malaysia, Azizul Hasni merupakan pelumba berbasikal pertama Malaysia meraih juara setelah 10 tahun mencuba,   Selain mengecapi pelbagai kejayaan se­panjang bergelar pelumba, ter­masuk meraih gang­sa Sukan Olimpik 2016, Malaysia bangga dengan pencapaian mu. PENCAPAIAN Juara keirin dunia 2017 Pingat gangsa Sukan Olimpik 2016 Pingat perak keirin  dunia 2010, pecut 2009 Pingat gangsa keirin dunia 2016, 2015 Pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 (keirin individu), 2010 (berpasukan campuran)

22 NOV 2014 - FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX

Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia termasuk Beijing, Berlin, London dan Miami. Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56 kilometer adalah venue kedua kejohanan selepas Beijing, China pada 13 September lepas. Sebanyak 20 pelumba bertaraf antarabangsa daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik. Pemandu pasukan Virgin Racing, Sam Bird menampilkan persembahan menakjubkan untuk melakar kemenangan pada perlumbaan Formula E di litar jalanan Putrajaya. Memulakan saingan di petak kedua, Bird melengkapkan 31 pusingan perlumbaan dengan catatan 51 minit 11.979 saat meninggalkan juara pusingan pertama di Beijing, China, Lucas Di Grassi dari pasukan Audi Sport ABT di kedudukan kedua. AKSI pelumba Britain dan pasukan Formula E Virgin Racing, Sam Bird Pelumba Switzerland yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1), Sebastien Buemi dari...

Manchester City MENANG BESAR..

23 Oktober 2011 : OLD TRAFFORD - David Silva pemain Manchester City mengawal bola dari dirampas Rio Ferdinand (tengah) dan Wayne Rooney (kanan) pemain Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam. Manchester City menang 6-1 mengalahkan Manchester United hasil jaringan daripada Mario Balotelli (22, 60), Sergio Auero (69), Edin Dzeko (89, 90) dan Davil Silva (90) manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Darren Fletcher (81). Manchester United terpaksa beraksi 10 orang bermula minit ke-48 kerana Jonathan Evans mengasari Mario Baletolli dan menerima kad merah diperintah keluar padang oleh pengadil.

Malaysia Tersingkir Dari Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014

28 Julai 2011. Malaysia tersingkir dari saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia selepas seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 - Satu sejarah

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009. Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya. Ia bermula apabila Indonesia memperoleh...

FIFA Piala Dunia 2018 & 2022

ZURICH: Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022.  Keputusan itu diumumkan Presiden FIFA, Sepp Blatter. BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. EMIR Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (kiri), Presiden FIFA, Sepp Blatter (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov bergambar bersama trofi Piala Dunia selepas Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022. Ini adalah kali pertama Russia dan Qatar terpilih sebagai tuan rumah temasya bola sepak dunia itu. RAKYAT Qatar di Doha meraikan kejayaan selepas diumumkan sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022, malam tadi. Qatar menjadi negara Arab pertama diberi penghormatan itu.

12 Emas Malaysia dalam Sukan Komanwel XIX 2010

Selama sebelas hari Sukan Komanwel ke19 New Delhi 2010 berlangsung, hari ini 14 Oktober 2010 merupakan hari terakhir temasyah tersebut. Malaysia berjaya melepasi sasaran 10 pingat emas. Malaysia memperolehi 12 pingat emas dan berada ditangga yang ketujuh. Berkut adalah penyumbang pingat emas. 1. Amirul sumbang emas pertama Malaysia Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat kategori 56 kilogram 2. Aricco penyumbang emas kedua negara Aricco Jumith - A ngkat Berat kategori snatch clean & jerk 62kg 3. Josiah tambah koleksi emas, kemenangan Azizul terbatal Josiah Ng - Keirin (Basikal)   4. Nicol kali pertama rangkul emas Sukan Komanwel Datuk Nicol Ann David - Skuasy Perseorangan Wanita 5. Skuad badminton negara kecewakan tuan rumah   6. Ratu menembak negara akhiri kemarau kilauan emas Nur Ayuni Halim dan Nur Suryani Mohd Taibi - 10m pistol udara wanita berpasangan 7.  2010 merupakan tahun gemilang buat Pandelela Riong Pandelela Riong - Terjun 10m pla...

Komanwel: Amirul Hamizan Sumbang Emas Pertama Malaysia Melalui Acara Angkat Berat

NEW DELHI, 4 Okt 2010 -- Amirul Hamizan Ibrahim, 29, menepati ramalan awal untuk memenangi pingat emas pertama negara dalam Sukan Komanwel ke-19 apabila menewaskan dua atlet tuan rumah melalui acara angkat berat 56kg lelaki di Kompleks Sukan Indira Gandhi di sini hari Isnin. Beliau berjaya mengangkat bebanan 116kg dalam acara snatch dan 141kg dalam clean and jerk bagi mengumpul jumlah angkatan sebanyak 257kg. Atlet India Sukhen Dey, 21, yang mendapat sokongan padu para penyokong mengekori rapat dengan mendapat angkatan keseluruhan 252kg selepas mengangkat bebanan 112kg (snatch) dan 140kg (clean and jerk) untuk meraih pingat perak. Seorang lagi atlet India, VS Rao, 29, memperoleh pingat gangsa setelah mengangkat bebanan 107kg (snatch) dan 141kg (clean and jerk) untuk jumlah keseluruhan angkatan 248kg. Bagaimanapun, nasib seorang lagi peserta negara, Mohd Syafiq Ismail, 22, tidak begitu baik apabila hanya mampu melakukan mengangkat bebanan 109kg (snatch) dan tidak dapat ...

Program Karnival Bola Sepak Jalanan MTCJ 2010

29 Mei 2010 . Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan. Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini. Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau : Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching