Skip to main content

Posts

Showing posts with the label FIFA

FAIZ SUBRI - Pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016

Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017. Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus). Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016, tahun lepas. Tahniah Faiz, Malaysia bangga kerana mu.

FIFA Piala Dunia 2018 & 2022

ZURICH: Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022.  Keputusan itu diumumkan Presiden FIFA, Sepp Blatter. BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. EMIR Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (kiri), Presiden FIFA, Sepp Blatter (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov bergambar bersama trofi Piala Dunia selepas Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022. Ini adalah kali pertama Russia dan Qatar terpilih sebagai tuan rumah temasya bola sepak dunia itu. RAKYAT Qatar di Doha meraikan kejayaan selepas diumumkan sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022, malam tadi. Qatar menjadi negara Arab pertama diberi penghormatan itu.