Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Muhasabah

BIAR JADI PEMALU DARIPADA TIDAK TAHU MALU

Isu artis K Pop peluk gadis bertudung dalam satu fanmeeting telah mengundang pelbagai reaksi SECARA fitrahnya, manusia mempunyai sifat malu, tetapi fitrah itu terjejas akibat godaan syaitan seperti peristiwa merujuk kepada Nabi Adam dan Hawa yang diceritakan dalam al-Quran. Firman Allah bermaksud: “ Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya sudah merasai buah itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua? ” ( Surah al-‘Araf, ayat 22 ) Aspek iman tidak boleh dipisahkan dengan sifat malu kerana malu itu adalah cabang iman. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Sifat malu adalah satu cabang daripada cabang iman. ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) Sabda Baginda lagi: “ Malu it...

SANDY : IKTIBAR DAN RENUNGAN BERSAMA

TAUFAN SANDY ( 30 Oktober 2012) Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina telah menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.   Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas. Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan. Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turu...

Difference between "Wife" and "Girlfriend"

Gambar Hiasan Satu nota yang menarik dari catatan seseorang bergelar Acik Izan. Nota ini telah diilhamkan dan diposkan dalam Facebook pada jam 1.00 tengahari hari Rabu 17 November 2010. Berikut adalah catatan beliau : by Acik Izan on Wednesday, November 17, 2010 at 1:00pm Some people say : Wife is a HARIMAU ............... Girlfriend is HARI HARI MAU And some say: Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP) At home watch TV, Go out bring HP. No money, sell TV. Got money change HP. Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP. TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated. TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy and very portable at any time. Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding. Most Important, TV got remote but HP doesn't have. Last but not least....... TV do not have virus but HP have VIRUS.... Once get it, HABIS LAH. So better c...

PESANAN LUQMAN HAKIM

LUKMANUL HAKIM dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua. Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.  " Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai, " kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka. " Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu ? " tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya. " Dengar ayah ," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. " Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya ," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai. " Nampakkah kalian betapa anak yang tak...

1,000 warga emas dijangka pulangkan wang ihsan

Isu hangat wang ihsan di Pulau Pinang yang diberi oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 kepada warga emas tetapi dipulangkan dengan alasan tidak sanggup makan wang haram. FATWA KEBANGSAAN [Klik] Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: 1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan...

Wang Sumbangan Kerana Hasil Judi ?

Pandangan   Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut. DARI SUDUT HUKUM Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeli...

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau ISTERI - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebaha...

Gejala anak gadis lari dari rumah, kenapa?

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku. Kes 1 : 29 April 2009, Utusan Malaysia - Gadis lari rumah dirayu pulang Nurbahar Mohd. Hashim SHAH ALAM 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya. Bapa saudaranya, Abdul Mubin Akol Ali berkata, seorang jiran melihat Nurbahar keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, Klang kira-kira pukul 7 petang pada 20 April lalu dengan membawa sebuah beg pakaian. Kes 2 : 13/6/2010 MyMetro - 10 kali lari dari rumah NUR FATIHAH... dicari JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini ...

Facebook : Fitnah Dan Bala Akhir Zaman

Oleh Dr Abdul Basit Abdul Jangan kita mendedahkan keburukan dan keaiban diri sendiri dan orang lain dalam Facebook. Jadikanlah Facebook satu media untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan dan menerangkan yang benar .   Perkara perlu kita ambil perhatian. Antaranya: Pihak Facebook Corp. dapat mengetahui setiap benda yang kita masukkan dalam profile kita. Ini termasuklah gambar, maklumat, aktiviti, kegemaran, jaringan dan sebagainya. Sebab itulah timbul teori FB dijadikan sebagai medium untuk monitor pengguna. Benda ini mungkin hanya teori tapi tak mustahil. Gambar-gambar, posting-posting dan maklumat-maklumat yang kita masukkan atau orang lain masukkan untuk kita akan terdedah kepada siapa saja (jika tidak diprivasikan). Risiko untuk diri anda di’dajal’kan oleh orang adalah sangat tinggi. Semoga khutbah yang disampaikan oleh Ustaz dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. Rujukan lain : Nasihat Penggunaan Facebook

Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat.

Ketahuilah, bukan semua manusia patut dijadikan sabahat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan. ” Sayugialah hendaknya rakan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat dan kelakuan yang istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya hendaklah sabahat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal-hal keduniaan. Adapun sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan, kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang yang ahmak atau kurang akalnya, sebab yang demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan, sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang ahmak itu, adalah suatu pengorbanan (mendekatkan diri) kepada...

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA

oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid Buku bertajuk DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA ini ditulis oleh  Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid . Perkara-perkara yang dibahaskan dalam buku tersebut telah dicatat/dimuatnaikkan dalam Laman Web/Blog CINA ISLAM oleh Drs Khalil Idlam Lim. Berikut adalah koleksi yang telah dikumpulkan untuk tatapan dan rujukan kita. Adapun hal-hal yang diharamkan adalah: 1. SYIRIK 2. RIYA’ DALAM IBADAH 3. THIYARAH 4. BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN ALLAH 5. DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH 6. TIDAK THUMA’NINAH DALAM SHALAT 7. BANYAK MELAKUKAN GERAKAN SIA-SIA DALAM SHALAT 8. MENDAHULUI IMAM SECARA SENGAJA DALAM SHALAT 9. MASUK MASJID SEHABIS MAKAN BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH ATAU SESUATU YANG BERBAU TAK SEDAP 10. ZINA 11. LIWATH (HOMOSEKSUAL) 12. PENOLAKAN ISTRI TERHADAP AJAKAN SUAMI 13. MINTA DITHALAK SUAMI TANPA SEBAB YANG DIBOLEHKAN SYARA’ 14. ZHIHAR 15. MENGGAULI ISTERI SAAT HAID 16...

PIJAK PERUT ISTERI HAMIL

Contohi lah pemimpin agung : Saidina Umar ibni al-Khattab Kisah Saidina dengan isterinya : Saidina Umar juga dikatakan pernah dibebel isterinya.... Satu hari ada seorang hamba Allah ni berniat nak mengadu pada Saidina Umar R.A selaku Khalifah islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya.., tapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, hamba Allah itu tak jadi nak mengadu sebaliknya terus pulang.. Kenapa? Takut Saidina Umar marah dia atau lempang dia kerana takut kat isteri sendiri? Bukan!.., Si hamba Allah itu patah balik tak jadi mengadu kerana sewaktu beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar yang garang itu, beliau sempat terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu! Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?” Si suami tadi menjawab, “...

Gejala Buang Bayi - INSAFLAH dan Jangan Hampiri ZINA

Imam Al-Ghazali berkata:  " Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa ." Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman: Daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini, 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Sepanjang tahun 2009, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.  Sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati. 

Ribut Taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin - Ujian atau Peringatan?

Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa . Kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan. Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Renungan...

Utusan Malaysia 12 Ogos 2010 SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur. Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula. Juallah apa sahaja, termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, acar pisang butir banyak, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa. Sekali gus bulan Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun. Bazaar Ramadhan Putrajaya 11 Ogos 2010 Sumber : Utusan Malaysia