Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Medan

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Keempat

HARI KEEMPAT 09 DISEMBER 2014 MEDAN-KLIA2 Sarapan pagi di hotel. Kali ini cuba sarapan dengan Lontong Pakis. Ketupatnya lembut dan paku pakis nya juga lembut tiada batang pakis yang keras. Rasanya sedap, boleh cuba bila balik nanti. Lontong Pakis atau Ketupat Gulai Pakis atau Gulai Paku merupakan menu utama di Hotel Madani. Gulai Paku adalah makanan yang cukup popular di Sumatera Barat, terutama di daerah pesisir barat. Bahan asas dalam gulai ini adalah daun pakis dengan santan, lengkuas, lada hijau, asam kandis dan kunyit. Selepas sarapan, kami dibawa melawat Istana Maimoon. Istana Maimoon dibina pada tahun 1888 oleh Sultan Deli. Tarikan utama ialah struktur 30 bilik dibina dengan pengaruh seni Melayu, Itali dan Mogul. Daripada 30 bilik, hanya bilik utama boleh dibenarkan kepada orang ramai memasukinya. Di bilik ini, pelancong boleh melihat takhta sulung yang mewah. Sementara itu, sayap belakang istana itu diduduki oleh ahli-ahli keluarga Sultan semasa. Ketika sampai ...

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Ketiga

HARI KETIGA 08 DISEMBER 2014 PARAPAT-BERASTAGI-MEDAN Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brastagi. Dari Parapat menuju ke arah bandar Kabanjahe, Karo iaitu 110 km dari Parapat untuk melihat air terjun Sipisopiso. Air terjun ini terletak di sebelah Utara Danau Toba, 24 km dari Kabanjahe, Karo. Singgah di Air Terjun Sipiso-Piso. Air Terjun Sipiso-piso merupakan air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 120 meter. Menariknya, air terjun yang muncul dari lubang di tebing dan sumber air terjun ini sebenarnya adalah sebuah sungai bawah tanah Karo Plateau. Selepas kejatuhan, sungai yang mengalir melalui sebuah kampung kecil, Tongging kecil sebelum air nya masuk ke Danau Toba. Di sini juga terdapat gerai-gerai menjual pakaian, t-shirt, sarung, pelekat magnet dan beberapa jenis cenderahati. Danau Toba dari Sipiso-piso belakang - Gunung Sibayak Meneruskan perjalanan ke Berastagi sejauh 12 km mengambil masa lebih kurang 30 minit. Singgah pekan Ber...