HARI KETIGA 08 DISEMBER 2014
PARAPAT-BERASTAGI-MEDAN
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brastagi.
Dari Parapat menuju ke arah bandar Kabanjahe, Karo iaitu 110 km dari Parapat untuk melihat air terjun Sipisopiso. Air terjun ini terletak di sebelah Utara Danau Toba, 24 km dari Kabanjahe, Karo.
Singgah di Air Terjun Sipiso-Piso.
Air Terjun Sipiso-piso merupakan air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 120 meter. Menariknya, air terjun yang muncul dari lubang di tebing dan sumber air terjun ini sebenarnya adalah sebuah sungai bawah tanah Karo Plateau. Selepas kejatuhan, sungai yang mengalir melalui sebuah kampung kecil, Tongging kecil sebelum air nya masuk ke Danau Toba.
Di sini juga terdapat gerai-gerai menjual pakaian, t-shirt, sarung, pelekat magnet dan beberapa jenis cenderahati.
Danau Toba dari Sipiso-piso |
belakang - Gunung Sibayak |
Meneruskan perjalanan ke Berastagi sejauh 12 km mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Singgah pekan Berastagi untuk makan tengahari.
Shopping lagi. Di Berastagi, T-shirt disini boleh dikatakan murah berbanding dengan di Pulau Samosir dan di Sipiso-piso.
Kemudiannya solat jamak di Masjid Istihrar. Meneruskan perjalanan ke Kota Medan. Jarak perjalanan Berastagi ke Kota Medan sejauh 65 km. Kelewatan ini disebabkan keadaan jalan yang kecil, berbukit dan banyak selekoh serta jam/sesak.
Tiba di Kota Medan, singgah di Masjid Raya Medan.
Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun terletak di tengah-tengah kota di Jalan Sisingamangaraja dibangunkan oleh Sultan Mai'mun Al Rasyid Perkasa Alam pada tahun 1906 dan selesai pada tahun 1909. Masjid adalah identiti Kota Medan. Pada umumnya berbentuk segi empat tetapi sebenarnya berbentuk bundar segi delapan dengan 4 serambi utama - di depan, belakang, dan samping kiri kanan, yang sekaligus menjadi pintu utama masuk ke masjid. Empat penjuru masjid berkubah warna hitam dan kubah utama di bumbung bangunan utama masjid.
Check-in di Hotel Madani kemudian itu keluar makan malam di Rumah Makan dan Buffets Famili.
Selepas makan malam, pulang ke hotel , istirehat dan penginapan.
Tamat hari ketiga.
Klip Video Kenangan
Gambar-gambar kenangan ketika percutian ke Medan - Danau Toba.
ITERNARI PERJALANAN
Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.
- HARI 01 (06 Disember 2014) - KLIA2 - Medan (klik)
- HARI 02 (07 Disember 2014) - Medan - Parapat - Pulau Samosir (klik)
- HARI 03 (08 Disember 2014) - Parapat - Berastagi - Medan (klik)
- HARI 04 (09 Disember 2014) - Medan - KLIA2 (klik)
LINK
Comments