29 November 2014, berkunjung ke Kuching, Sarawak bersama Saudara Zaini kerana menghadiri perkahwinan anak lelaki Datuk Mustapa, Saudara Anwar dengan pasangannya Cik Salbiah di Dewan Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya. Datuk Mustapa adalah jiran kami di Taman Cheras Jaya.
Bertolak ke Kuching dari KLIA2, dan tiba di Airport Antarabangsa, Kuching jam 11.50 tengahari, AirAsia delay lebih kurang setengah jam. Selepas check-out di Imigresen, kami mendapatkan teksi dan terus ke Pustaka Negeri Sarawak.
Majlis Perkahwinan di Sarawak dibuat awal kira-kira jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Majlis mereka dibuat secara makan serentak dan bernasib baik, kami sampai ketika mereka sedang makan, kalau tidak terlepaslah.
Selepas majlis, kami berpeluang untuk pergi ke Serikin bersama-sama rombongan sebelah lelaki.
Selepas ronda-ronda dan membeli barang di Serikin, kami pulang ke Kuching. Sebelum check-in di Hotel Grand Continental untuk penginapan, kami menikmati makan malam di Resotran Kopi O Corner do Satok.
Keesokan hari, selepas sarapan pagi di hotel, kami menyusuri jalan untuk pergi ke Grand Margherita, tempat penginapan rombongan pengantin lelaki bermalam. Kami menyertai mereka untuk pergi membeli kek lapis dan ikan terubuk masin yang terkenal di kuching sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke semenanjung.
Selepas memborong kek lapis dan ikan terubuk masin, pulang ke hotel untuk berehat sebentar. Jam 2.00 petang kami keluar menuju Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Sekian.
Comments