Soalan 75
Kalau wanita memakai stoking, kira kena dam jugakah?
Jawapan
Tengoklah dulu stoking apa. Kalau stoking tangan, memanglah kena dam kerana wanita dilarang memakai stoking tangan.
Tapi untuk stoking kaki, tidaklah ada larangan untuk wanita memakainya. Bahkan wajib bagi wanita menutup kakinya kerana ia adalah bahagian aurat wanita.
Soalan 76
Biasanya ada pegawai perubatan dan nurse yang bertugas. Mereka juga buat haji.Ada masanya kena pakai sarung tangan plastik untuk merawat pesakit.
Jawapan
Itu kes lain. Kalau tidak pakai sarung tangan mungkinakan berlaku jangkitan penyakit. Maka memakai sarung tangan termasuk satu keperluan ketika bertugas. Oleh itu, ia tidaklah berdosa dan tidaklah kena dam.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments