Kawan-kawan PTK5 12-20 Mei 2010 Saya baru selesai mengikut kursus PTK5 di INTAN Bukit Kiara. Kursus ini bermula pada 12 Mei 2010 dan tamat pada 20 Mei 2010. Dua hari pertama, kami diberi ceramah/kuliah berkaitan pengurusan iaitu Teknik dan Taktik Perundingan, Pengurusan Strategik, Organisasi Cemerlang, Kepimpinan, Integriti dan Pengurusan Kewangan. Hari ketiga membuat persembahan pengurusan kerja/SKT. Hari keempat pula kena sampaikan Perucapan Awam (Public Speaking). cakap orang putihlah. Hari kelima diberi tayangan video, ucapan KSN bertajuk 'Connected Government'. Lepas ini kena buat pulak kertas renungan berkaitan ucapan tersebut. Kena beri komen, analisa, pendapat dan lain-lain lagi. Lepas itu ada pula persembahan berkumpulan. Persembahan Kumpulan ada dua bahagian. Bahagian pertama tajuk berkisar generik/umum dan bahagian kedua pula berkaitan fungsional. Kumpulan saya mempersembahkan 'Isu dan Masalah Ummah' dan 'Jurang Digital'. Rasa tertekan juga. Hari Akh...